Saturday, October 3, 2009

UMNO Bagan Pinang berpecah dua

Anda pasti nya sudah mendengar ceita tentang surat Adnan Mansor menolak calun lain bertanding di Bagan Pinang. Pautan SINI. Tapi Adnan Mansor cuba menafikan diri nya terbabit mengeluarkan surat tu. Lantak hangpa la. Kita dah biasa tengok fe'el UMNO. Sindrom nafi ni memang selalu sangat jadi.

Gua dengar cerita dari Bagan Pinang sendiri. Kata pemberi maklumat tu, ada 2 group sedang bertelagah tentang pilihanraya kecil ni. Ni berlaku dalam UMNO sendiri. Katanya, satu pihak tidak mahu Isa Samad kerana bimbang, kaduk naik junjung. Dan ada satu lagi nak kan Isa Samad kerana dahagakan projek. Alasannya, aku dah ceritakan pada posting yang lepas.

Sekarang ni peperangan dingin sedang berlaku lagi. Antara puak A dan puak B.

Keputusan PRU 12 dulu pun kebanyakannya berpunca dari cerita yang sama. Tapi kita masa tu tengah sibuk meraikan kemenangan. Tak peduli lah itu semua.

Sekarang ni undi kaum Cina dan India sudah confirm ke PAS. Cuma yang tinggal, undi POS dan undi Melayu. Kalau Undi melayu berpecah kepada 2, silap silap PAS boleh menang kali ni.

Baru baru ni pun bila projek Mee segera di lancarkan, katanya sudah ada kumpulan yang tak berpuas hati. Diorang dah mengadu pada boss mereka. Tapi pemimpin UMNO ambil sikap lepas tangan. Kenapa masih nak pilih Isa? Kalau pilih Isa, dia sudah ada sponsor untuk tanggung semua belanja. Tu yang diorang cerita tentang 1 Tan Sri dan 2 Datok tu.

Ha ha menarik kan?

No comments:

Post a Comment