Thursday, October 29, 2009

Bongkar .. kenapa Badrul lompat Bebas !

Aku kenal Badrul ni dari kecik lagi. Kalau dia berubah perangai, tu aku tak boleh nak komen. Tapi kisah ADUN tak suka MB ni memang dah banyak dengar. Usah tuduh orang lain, tapi dalam Selangor, ramai yang komen pasal Khalid kat belakang-belakang. Depa tak berani nak sound depan depan. Maklumlah, ramai YB dah dapat elaun tu, elaun ini, maka tahan saja la. Sapa nak bagi sampai berbelas ribu untuk jadi YB. Kalau ada rezeki, sambung lagi, kalau tak ada, duit pencen jadi YB pun dah cukup untuk hari tua.

Itu pandangan YB yang sempat aku jumpa.

Kita melalak kutuk Badrul sebab kita tak tau hujung pangkal cerita nya. Di Selangor, ADUN pening nak cari duit untuk jumpa rakyat. Diorang nak masuk tender, tak dapat, nak cari duit sampingan tak dapat. Duit tu untuk sumbang pada rakyat. Untuk bantu rakyat. Dana dari Kerajaan Negeri tak cukup. Bila rakyat jumpa diorang minta tolong, tak boleh nak janji. Silap silap mungkir janji. Tak macam UMNO dulu. Diorang kaya sebab banyak projek, jadi tak ada masalah sangat. Cumanya, UMNO belasah lebih sangat sampai lupa pada rakyat. Sifirnya, 10 untuk aku, 1 untuk rakyat.

Balik kepada Khalid, orang Ijok pun pening pada dia. Mesyuarat tak buat, sampai Anwar jumpa dan belasah Khalid beberapa bulan yang lepas. Kalau tak buat mesyuarat, cawangan yang dibuka jadi tidak sah. Itu yang Anwar pening. Khalid bukan pandai sangat politik.

Khalid tak boleh disentuh. Di sebabkan orang Selangor tak rapat dengan dia, orang tak tau. Aku tak nafikan Khalid ni lagi bersih dari Khir Toyo, tapi ADUN yang bekerja untuk rakyat pening kepala sebab rakyat nakkan perkhidmatan lebih baik dari ADUN UMNO yang lepas. Orang pentingkan wang, kalau ADUN tak boleh bantu bayar anak sekolah, bil itu dan bil ini. Rakyat jadi marah. Masa UMNO dulu, dah sampai tahap bayar bil pun jumpa YB.

Kerana itu lah BADRUL letak jawatan. Dalam pada itu, Noh dah kata, dia akan salurkan bantuan kepada Badrul selepas dia lompat ke BN. Kalau selepas ini Badrul boleh perform sebagai ADUN, Khalid akan ada problem. Apa yang dia tuduh Badrul tu, orang akan sangka fitnah. Dalam pada yang sama, Badrul akan cerita buruk Khalid ni pada orang ramai. Dan yang rugi adalah Khalid.

Pada aku Khalid adalah satu punca kenapa Selangor akan jatuh semula ke tangan BN pada pilihanraya akan datang. Kalau tak caya, nkorang tunggu !

Dalam pada itu, isu 'orang Indon' yang berkaitan dengan Badrul ni mungkin kecil, kalau di banding dengan bantuan yang dia akan bagi pada rakyat nanti melalui dana dari BN.

10 comments:

  1. lorr gitu ke kisahnyer...dugaan hebat pada org org yang berjuang demi islam.

    ReplyDelete
  2. Badrulhisham memberi alasan kes anwar ibrahim punca dia quit .logik ke

    ReplyDelete
  3. Bukan senang nak tukar minda rakyat yang dah biasa makan suap..sikit2 minta bantuan ADUN...usaha sendiri malas...kalau kat Terengganu lagi teruk...malas berusaha..nak harap rumah PPRT je..macam ni susah la MELAYU nak maju...mentiliti teruk...apa la nak jadi dengan orang MELAYU in future..cuba korang fikir...kalau kata orang MELAYU malas marah...tapi memangpun...lebih ramai malas daripada rajin..,kalau ada yang berjaya penuh dengan PhD..perasaan hasad dengki...dengan kaum lain tak dengki pulak...hairan sungguh!!!...Yang merisaukan kerana perangai sebilangan MELAYU yang ntah apa-apa..takut ISLAM pula yang suffer...buntu rasa....

    ReplyDelete
  4. "rakyat nakkan perkhidmatan lebih baik dari ADUN UMNO yang lepas. Orang pentingkan wang, kalau ADUN tak boleh bantu bayar anak sekolah, bil itu dan bil ini. Rakyat jadi marah. Masa UMNO dulu, dah sampai tahap bayar bil pun jumpa YB."
    wah hebat juga Rakyat P klang ni,bil pun minta YB bayar,tapi tak patut si badrul beri alasan kes anwar ibrahim punca dia quit,moral kunun, bagitaulah pasal sifat rakyat kawasan dia yg asyik2 minta bayr bil ja..sampai gaji dia habis bayar bil rakyat.apa moral rakyat yg asyik datang minta bayar bil/wng/yuran sekolahlah..tapi saya yakin bukan semua rakyat di kawasan adun tu perangai macam tu(asyik2 minta duiT YB) ada yg tidak macam tu tapi undi juga utuk si badrul tu....sekarang ni dah jadi katak...lainkali kita jangan undi orang macam ni.

    ReplyDelete
  5. Bro....YB BaD mmg cam gitu, takleh perform sure tunding jari kat orang lain...gua dah kene woooo

    ReplyDelete
  6. Smue itu alasan, bila dah tak suka,masaalah itu ini di bongkar konon Khalid salah,Anwar salah.

    Masa di terima jadi Chalon mengapa tak kaji ini smue???

    Masa di pilih bukan main seronok nya,aku lah yg.terbaik dari sekelian yang ada.

    Kesana kemari menonjolkan diri,beri apa saja,saya akan berkhidmat untuk rakyat smue>

    Porrraahhhhh!!!! Jawab dgn hati terbuka., Tak usah kelentong buat tambah Dosa.,,katakan aku dapat tawaran jadi kaya raya,wang berjuta di hadapan mata.,Noh Omar jadi penantara nya Najib punya rancana.

    Lagi pon Aku Lelaki mcm yg.lain juga ,mau itu...untuk tukar tukar rasa,asyik makan temenong nak juga rasa ikan siakap sekali sekala.,.

    Smua ini dalam poket punya cerita.

    Badrul siapa tak kenal die.

    Terkilas ikan di air kita dah tau jenis nya.

    ReplyDelete
  7. ini semua umno punya keja .... buatlah sesuatu yang boleh kembalikan kepercayaaan rakyat, ni tidak cari adun yang ada masalah umpan duit suruh lompat parti jadi bebas.. memang sah tewas pru13....

    ReplyDelete
  8. la ada jugak pencacai UBN nak defense mamat Badrul ni...setahu aku klu dah jadi ADUN dari mana2 parti pun TUJUAN asalnye nak jadi WAKIL KEPADA RAKYAT yang melantik dia tak pasal2 nak salahkan orang lain..ADUN macam ni dah hilang MORAL DAN MARUAH..

    ReplyDelete
  9. TAK DA FAKTA.... RUBBISH

    ReplyDelete
  10. Nak fakta boleh tapi kena sumbang duit la. Buat apa buang masa cari fakta nak bagi lu orang baca?

    ReplyDelete