Saturday, October 31, 2009

Ramai ahli PAS yang masih bangang

Pak Angguk. Ingat dalam UMNO aje ada Pak angguk, rupanya dalam PAS pun ramai juga. Keputusan mesyuarat PAS selesai kan kes 3 barua UMNO di dalam nya, telah berkeputusan, siasatan ke atas PAS selangor.

Merujuk kepada blog Nik Aziz, tidak dinyatakan penglibatan PAS Selangor keseluruhannya, dia nyatakan lebih kurang, 3 mangkok hayun di dalam kepimpinan PAS perlu di buang. Tapi keputusan yang diumumkan oleh Pemimpin PAS pusat, siasat PAS selangor. Kan ke bodoh namanya tu?

Sekiranya siasatan itu untuk mencari pembabitan Hassan dalam merosakkan parti, aku terima. tapi kalau sekadar untuk buang masa, baik tak payah. Tunggu punya tunggu, last sekali, keputusannya, Hassan tak bersalah. Hassan sudah lepas, apa jadi pula pada Nasha dan Mustapha? Takkan hantu itu mahu di biarkan merosak parti?

Ni semua kerja mengarut. Kalau kita nak suruh UMNO menajdi lebih demokratik, PAS pun kena begitu juga. Jangan cakap tak serupa bikin. EGM melibatkan ramai ahli untuk membuat keputusan, tapi nampaknya kepimpinan PAS pentingkan diri sendiri dari ahli mereka. PAS akhirnya, lebih kurang macam UMNO juga.

Tapi bagaimana aku nak komen, kalau ahli PAS sendiri pun bangang.

No comments:

Post a Comment