Sunday, October 11, 2009

BN menang, biarkan ...

Bersyukur aku atas kemenangan BN di Bagan Pinang. Sebelum ni pun aku dah rasa memang BN akan kekal. Banyak faktor yang mempengaruhi kemenangan mereka. Ada hikmah di sebaliknya. Kita perlu akur dengan kehendaknya. Hasilnya bukan sekarang, tapi kemudian. Tak perlu aku sentuh semuanya. Mungkin di lain masa.

Antara faktor kemenangan BN adalah sememangnya orang Bagan Pinang mahukan kebebasan dibawah pemerintahan BN. Masakan mahu kekangan agama di lakukan di bandar yang penuh dengan hiburan dan kelucahan.

Lihat keliling ... Kebanyakan kawasan perlancungan negara mahu kekal di bawah BN. Kalau tak percaya, tanya penduduk Desaru, Tioman, Pulau Pangkor, Langkawi dan Genting Highlang. Tempat tempat sebegini tidak akan jatuh ketangan parti lain terutama PAS. Takkan mahu di kekang kebebasan sedangkan sudah biasa bebas. Tunggu ada Tsunami baru Aceh berubah. Tunggu ada gempa bumi baru Padang berubah. Itu lah secara simboliknya.

Selain dari itu, pelaburan BN memang hebat di Bagan Pinang. Ada cerita bahawa RM500 untuk seorang pengundi. Lumayan tu. Bukan senang nak dapat ketika ekonomi global sekarang sedang merudum.

Dan akhirnya, memang Allah swt dah takdir kan agar P. Dickson kekal di tangan BN. Perkara ni aku dah sentuh di dalam artikel yang lepas. Kalau rajin, selak selak lah posting dulu dan anda akan temui. Buat masa ni takkan ada tangkap basah. Kamu masih bebas.

Pas wajib muhasabah diri. Mana salah dan silapnya. Kenapa masih ada musuh di dalam selimut. Kalau benda ni pun tak boleh di tangani, aku tak hairan kalau PAS terus terkubur satu hari nanti.

Ingat ! Pas tidak boleh di tentang dari luar. Tapi dia akan hancur dari dalam. Banyak yang jahil sudah pandai berkupiah. Banyak yang sudah pandai menyebut 'anta' dan 'ente' tapi sebenarnya dibelakang lebih gemar sebut 'I' dan 'You'.

Sekarang ianya sedang menyerang dari dalam. Membina akar dan umbi bertujuan untuk merosakkan segalanya. Semuanya politik. Politik kalau di renung benar benar, pasti tau muslihat yang tersembunyi.

1 comment:

  1. Antara faktor kemenangan BN adalah sememangnya orang Bagan Pinang mahukan kebebasan dibawah pemerintahan BN. Masakan mahu kekangan agama di lakukan di bandar yang penuh dengan hiburan dan kelucahan.

    Lihat keliling ... Kebanyakan kawasan perlancungan negara mahu kekal di bawah BN. Kalau tak percaya, tanya penduduk Desaru, Tioman, Pulau Pangkor, Langkawi dan Genting Highlang. Tempat tempat sebegini tidak akan jatuh ketangan parti lain terutama PAS. Takkan mahu di kekang kebebasan sedangkan sudah biasa bebas. Tunggu ada Tsunami baru Aceh berubah. Tunggu ada gempa bumi baru Padang berubah. Itu lah secara simboliknya.

    Selain dari itu, pelaburan BN memang hebat di Bagan Pinang. Ada cerita bahawa RM500 untuk seorang pengundi. Lumayan tu. Bukan senang nak dapat ketika ekonomi global sekarang sedang merudum.

    Kadang-kita terlupa kita ni manusia

    ReplyDelete