Friday, October 9, 2009

Azeez sengaja mulakan sengketa?

Jika dilihat, tiada lah kesan lebam di leher Ketua Biro Putra UMNO, Azeez. Tak cukup dengan itu, rakaman video ketika dia melalui di dalam kumpulan penyokong PAS juga tidak menunjukkan dia di serang.

Tidak lama selepas itu, dia mula mereka reka cerita yang dirinya dipukul, di terajang dan macam macam lagi. Kemudian keesokan hari nya, tiba tiba leher nya kelihatan di balut agar menampakkan ianya satu kesakitan yang serius. Akhirnya selepas sehari, menurut berita, dia keluar dari Hospital kuala Lumpur. Semuanya disiarkan oleh media, walau pun sehingga sekarang, tidak terdapat sebarang bukti untuk pengesahan.

Semalam, dikhabarkan orang UMNO berkumpul. Selepas berkumpul pada malam itu, selepas keluar, terjadi lah insiden tetak kepala seperti di laporkan oleh PAS. Dan bermula lah episod keganasan.

Sebelum ini, kita tahu bahawa Bagan Pinang adalah dibawah ADUN BN, setelah BN di kalah kah beberapa kali pada pilihanraya kecil lepas, kini tiba giliran BN untuk mempertahankan kawasannya. Adalah malu, sekiranya ianya jatuh ke tangan PAS. Lantas ia menjadi isyarat apa akan berlaku pada PRU13 nanti.

Kerana itu maka, usaha untuk mengekalkannya dibuat, biarpun memerlukan kaedah kaedah haram termasuk cara samseng termasuk membawa senjata parang dan lain lain lagi.

Pada 8hb, berita ganas di keluarkan di dalam Sinar Harian. Ianya satu ancaman, ugutan dari UMNO. 2 perenggan yang cukup menarik untuk diperhatikan. yakni,
1) Setiausaha Pemuda Kebangsaan, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid memaklumkan seramai 4,000 jentera barisan sayap Pemuda UMNO ditempatkan di Bagan Pinang bersedia bertindak lebih ganas jika polis masih gagal menjaga keselamatan

2) Sementara itu, Exco Pemuda Kebangsaan, Abdul Razak Abdul Rahman berkata, Pemuda yang sebelum ini sudah dilatih ala komando akan lebih kental dan tegas bertindak jika pihak Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi cuba mencetuskan suasana tidak baik semasa berkempen.
Adakah maka dengan semua ini bermulanya episod pilihanraya samseng?

Rujuk artikel ini ..angkasanuri

No comments:

Post a Comment