Thursday, October 8, 2009

BN Ketakutan, media tak siar laporan insiden tetak kepala

Saya memperolehi email dari adik saya baru ini. Menurutnya, media arus perdana di Malaysia, tidak menyiarkan sebarang berita tentang insiden tetak kepala yang berlaku di Bagan Pinang awal pagi tadi.

Berita jam 7, NTV 7, Awani, Berita Bernama, TV 3 dan semua seangkatan dengan nya seolah olah terima arahan untuk TIDAK menyiarkan berita tersebut. Berbanding dengan apa yang kononnya berlaku pada Azeez (Ketua Biro Putra UMNO).

Keadaan yang berbeza ini menjelaskan bahawa BN sekarang sedang nazak mengharap agar pengundi mendapat berita berita gembira dari BN dan tidak sebaliknya. Bimbang akan kehilangan undi.

Perlu di perjelaskan kepada pemimpin pemimpin BN yang sesungguhnya bangang tidak habis habis bahawa pengundi pilihanraya adalah terdiri dari Pengundi Bagan Pinang. Berita yang berlaku di sekitar kawasan tersebut tidak memerlukan media arus perdana untuk diketahui.

Kerana itu, apa yang berlaku pada saat ini, kurang dari 3 jam, semua penduduk sudah tahu. Lantas, menghalang berita dari disiarkan, tidak menjamin kemenangan kepada BN, malah BN di lihat ketakutan dan cuba menyembunyikan fakta dan cerita semata mata untuk menang.

Dengan kata lain, cuba menipu pengundi Bagan Pinang.

No comments:

Post a Comment