Friday, October 9, 2009

Anak muda Bagan Pinang bakal tolak BN

Tinggal sehari lagi waktu berkempen akan berakhir. Dengan ini, bermula tengah malam ini, tiada siapa di benarkan berkempen lagi.

Isu undi pos terus menjadi teka teki. Proses undi ini dilanjutkan kepada 2 hari setengah berbanding jangkaan awal, selama 2 hari saja. Ia dinyatakan malam tadi, oleh Pengerusi SPR. Tentu ini menjadikan kemusykilan kerana undi anggota tentera hanya berada dikem dan sekitar kewasan Bagan Pinang. Kalau anggota tentera berada di luar kawasan dan SPR terpaksa menanti mereka pulang untuk mengundi, maka Undi POS itu sendiri menjadi pelik. Kenapa tidak datang mengundi seperti rakyat biasa?

Antara yang masih menjadi kebimbangan BN di Bagan Pinang ini adalah jumlah anak muda yang bakal kembali ke kampung halaman untuk mengundi. Kebanyakan anak muda yang berada sekitar Lembah Kelang adalah lebih cenderung untuk memilih PR kerana fikiran mereka lebih terbuka, berbanding anak kampung yang terus menetap di Bagan Pinang. Selain dari kerap menerima berita dari saluran alternatif, termasuk media internet dan blog.

Pengundi kaum India dan Cina, tidak perlu di ragui lagi. Mereka bakal bersama mengundi Pakatan Rakyat. Harapan BN hanyalah dari pengundi Melayu, generasi tua yang sukar untuk diubah pendirian mereka kerana sudah sekian lama di bohongi oleh Barisan Nasional.

Namun, kembali nya anak muda untuk mempengaruhi minda orang tua adalah senjata yang tidak kurang hebatnya kepada Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment