Monday, October 5, 2009

BN di saran terus belasah PR dalam media

Dulu mungkin kita rasa marah kalau kalau media arus perdana kritik PR. Kita sebenarnya bimbang kalau kalau rakyat percaya dengan dakyah yang dibawa. Tapi sekarang tidak lag kerana rakyat tidak bodoh lagi.

Semalam teman lepak di restoran. Bila media siarkan kritikan dari Muhyiddin dan Pemimpin UMNO terhadap PR, maka ramai penontong yang ketawa sinis. Ada pulak yang siap kutuk kutuk Muhyiddin. Suasana yang sama berlaku bila cerita tentang Azeez yang kononnya di 'karate' oleh penyokong PAS tempoh hari sehingga lehernya berbalut seperti jatuh kuda.

Apa yang berlaku adalah, perubahan yang begitu jelas tentang penerimaan rakyat Malaysia tentang semua berita berita media. Semua berita yang disiarkan di dalam media, akan di tapis oleh minda rakyat melalui perbandingan dengan berita internet. Kalau benar, maka benar lah ia. Tapi kalau tidak, yang buat cerita karut tu akan dikutuk pula oleh penonton.

BN tidak bijak kalau terus menggunakan media arus perdana untuk menghentam PR dan menunjuk nunjuk budi dan jasa kerana persepsi rakyat berbeza. Apa yang perlu PR bimbang adalah, sekiranya BN betul betul berubah berbanding dulu. Kalau masih sama, kita boleh terus makan kuaci dan cekak pinggang. BN akan jatuhkan diri sendiri dengan cara mereka yang sama.

Kita tak perlu nak susah susah. Kita hanya perlu galakkan BN gunakan media seperti biasa atau pun kalau boleh, lebih hebat lagi.

No comments:

Post a Comment