Sunday, October 4, 2009

Pekerja ladang lebih logik guna undi POS

Maka ramai lah pro dan tak pro BN menuduh PAS cuba cari alasan untuk kalah bergaya. Mereka bilang, PAS mempertikaikan undi POS agar, ianya di jadikan alasan sekiranya PAS kalah dalam pilihanraya. Kalau PAS menang, tak pula di pertikaikan undi POS tu. Betul ke?

Sebenar nya pak lawak-pak lawak ni semua tak faham. Apesal terpusing pusing isu? Persoalan di sini, apa perlu nya undi POS?

Sekiranya tiada undi POS, tiada lah pertikaian.

Dihutan, komunis sudah tiada. Chin Peng pun tak dibenarkan pulang. Kem tentera pula letaknya di tepi jalan. Tentera hantar anak kesekolah, jalan kaki. Kalau tentera boleh pergi Pasar, kenapa tak boleh pergi undi?

Masih lagi dengan pot pet pot pet, menyalahkan satu sama lain. PAS salahkan SPR, SPR dan BN salahkan PAS.

Nak hentikan pertikaian, hapuskan undi POS. Kenapa di panjang panjang kan cerita yang tak bermanafaat ni? Sekarang tak macam dulu. Rasanya pekerja ladang (estate) lagi duduk jauh di dalam ladang di banding tentera. Kalau ikut jarak, lebih logik kalah buruh ladang praktik undi POS berbanding tentera.

SPR tak payah buat lawak la ...

No comments:

Post a Comment