Wednesday, November 25, 2009

Kenapa ramai sangat percaya pada Mahathir?

Mudah lupa .. tu memang perangai orang kita. Tak per ... sikit sikit tak per. Sebab tu la maka ramai pemimpin yang lupa daratan. Belasah wang rakyat selagi mahu. Bila tiba pilihanraya, muka muka penyamun ni la yang datang jumpa orang kampung dan bersalam mesra. Masa tu, semua orang kata penyamun ni baik, sopan santun dan sebagainya.

Hakikatnya, diorang ni memang pandai menipu, berlakun dan beracah-acah. Kononnya mereka tak bersalah. Tektik orang British jaman penjajah dulu.


Dalam soal Mahathir, aku tak kata dia ni jenis jahat segala galanya. Ada juga baiknya. Tapi kukunya di selindung untuk tidak tunjuk tanduk di dahi. Orang semua percaya dia ni la yang bangunkan negara. Dengan nilai pendapatan negara yang berbilion, sapa sapa pun boleh jadi macam dia. Tambah lagi dengan teknik pemerintahan kediktatorannya, menjadikan kerjanya menjadi. Tapi dalam hebat hebat, hebat lagi dia membelasah. Baca komen Slonne, dan fikirlah sendiri. Bandingkan dengan negara lain, kalau dengan wang sebegitu banyak, berapa banyak pembangunan agaknya yang boleh dilakukan di negara. Jepun tiada mahathir, jepun tiada UMNO, tapi diorang boleh menjadi negara yang hebat selepas di punahkan oleh Amerika.Sejarah ni semua orang tau. Tak tau kalo .. memang bodoh.

Adakah berbaloi dengan nilai kemajuan yang kita berolehi di banding yang lesap entah kemana? Mungkin kalau di manafaat kan sekarang, tak ada la antara kita yang mengeluh untuk sekolah kan anak. Soal jalan dan bangunan, memang kita puji. Tapi semuanya kena bayar beb ...

Menantu : Siapa pemimpin UMNO yang seperti TGNA ?

Tak perlu lah aku nak cerita tentang tindakan TGNA terhadap menantunya. Semua orang dah tahu.
Tapi siapa lah orang UMNO@BN yang mempunyai sikap seperti beliau?

Semunya Sampah .. !

Baru baru ni adik Najib dikatakan bersubahat dalam kehilangan BALA .. eleh sampai hari ni buat buat pekak badak. Tak der pun orang UMNO yang celik mata fikirkan perkara ni. Tapi dok sibuk dengan urusan orang lain. UMNO memang buta, atau sengaja di butakan?

SPRM pun sama .. haprak. Macam sial.

Monday, November 16, 2009

Apa pulak bentuk sabotaj kumpulan UG pada pilihanraya Seputih

SPR tak perasan bahawa dia sekadar balaci dalam pilihanraya. Bila speaker merujuk kepada perlembagaan terdapatnya kesalahan pada ADUN sehingga menyebabkan perlucutan jawatan ADUN berkenaan, maka adalah hak kepada Speaker untuk membubarkan DUN berkenaan. Tapi disebabkan SPR dah jadi senjata UBN dalam menjaga kepentingan parti tersebut, maka perlanggaran perlembagaan pun berlaku. Tidak semena-mena SPR memikul tugas untuk mengesahkan adanya pilihanraya atau tidak. Ini yang berlaku pada Kota Seputih. Ianya turut berlaku di Perak sehingga menyebabkan rampasan kuasa disana.

Hari ini mahkamah Tinggi KL dah bagi tau SPR untuk adakan pilihanraya kerana ADUN Kota Seputih tak hadir persidangan Dewan Negeri tanpa alasan. Maruah SPR tercalar. Mungkin tercabar. Mungkin juga mereka baru tahu bahawa mereka itu tidak lebih dari bertugas sebagai budak pejabat yang mengikut kata orang lain. Bukan mengada-ngada tunjuk kuasa yang bukan miliknya.

Satu masalah kita dah selesai. Selepas ini apa yang aku bimbang adalah sikap Golongan UBN di dalam PAS yang kerap kali menimbulkan isu yang menyebabkan PR kalah di dalam pilihanraya Seperti yang dilakukan oleh Hassan Ali ketika Pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Adalah menjadi tugas kita untuk memantu sikap pemimpin pemimpin UG ni agar tidak mengulangi muslihat terdahulu. Hassan, Mustapha, Nasaruddin dan Hadi juga perlu di pantau agar tidak menggunakan media arus perdana demi untuk menimbulkan pelbagai cerita sensitif.

Kita sekadar berjaga jaga. Jangan sampai pisang berbuah dua kali.

Saturday, November 14, 2009

Blogger Parti atau Blogger Rakyat?

Ada yang pelik kenapa blogger tiba tiba berubah haluan. Dulunya mereka sokong PR, sekarang ni diorang belasah PR, termasuk pemimpin PAS sendiri. Ulamak, tak ulamak, mereka peduli apa? Yang penting, ulamak sebenar hanya Allah swt yang tahu. Bukan kita punya kuasa untuk letak title ulamak pada orang.

Sebenarnya blogger yang tidak berhaluan seperti mereka adalah blogger rakyat. Kepentingan atas dasar keperluan rakyat. Kalau dirasakan, pemimpin itu sudah melencong jauh dari perjuangan, maka mereka akan hentam pemimpin sebegini. Contohnya apa yang berlaku pada kumpulan UG di dalam PAS. Terang-terang meraka ini sudah gila kuasa dan cuba untuk bersepakat dengan UMNO, diatas tujuan Islam dan Melayu, maka mereka ini menjadi API yang membakar sekam. Sedikit demi sedikit.

Mungkin pelayar tidak tahu, tapi blogger mempunyai sumber yang mereka cukup percaya. Berlainan dengan blogger UMNO yang seperti mencipta isu untuk belasah PAS. Menjadikan bahasa mereka tidak teratur dan tanpa fakta serta rujukan. Pendek kata, tulis ikut sedap kepala. Sedangkan pelayar tidak menerima bahasa mereka, terutama yang menggunakan bahasa lucah dan kasar. Nak buat macamana? Dah mereka sendiri pun tak sekolah.

Saya lebih menghormati blogger yang tidak menerima sebarang upah dari parti atau sesiapa pun. Mereka bebas melontarkan pendapat berpandu kepada kejanggalan tindakan seseorang pemimpin itu. Oleh itu, jangan pelik kepada blogger yang tiba tiba ubah haluan. Selagi perjuangan mereka tidak terbabas. Blogger seperti itu juga, tidak buta mata dengan habuan habuan. Apatah lagi pangkat.

Tabek sama lu orang !

Mereka tak mahu jumpa wakil rakyat BN

Penduduk kampung bercerita tentang masalah tanah mereka. Tidak bertukar nama walaupun sudah dibayar. Kita cuba memberikan pendapat, agar mereka bertemu dengan wakil rakyat di tempat mereka.

Mereka kata, wakil rakyat mereka adalah wakil rakyat BN,. Kerana itu lah mereka tidak mahu bertemu, Bimbang tanah tidak dapat, wakil rakyat pula yang sapu bersih.

Cerita tentang wakil rakyat BN sapu tanah orang ni dah biasa dengar. Di mana mana pun ada cerita. Kalau sapu tak apa lagi, ramai juga wakil rakyat yang memperolehi tanah dan menjualnya dengan kadar segeri. Cari untung atas angin. Kerana itu lah maka, penduduk kampung langsung tidak percaya pada wakil rakyat mereka.

Mungkin cerita cerita seperti ini yang membuatkan rakyat tidak mahu BN lagi.
Kalau lah PR itu teruk, BN lagi la buruk. Kalau nak di bandingkan, mahu tak mahu terpaksa juga pilih PR sebab dari pilih BN baik lah PR. Sekurang kurangnya wakil rakyat PR tidak menyeleweng amanah rakyat.

Soal tanah, menurut mereka lagi, laporan dah dibuat, tapi pihak berkaitan tidak mahu ambil tindakan. Banyak alasan. Antara laporan yang dibuat adalah di balai polis dan pejabat tanah. Sudah masuk 8 tahun, tapi tak buat tindakan langsung. Semuanya hampeh kerana masing masing kenal antara sama lain. Pendek kata, semua yang membelit ni, sama gang.

Thursday, November 12, 2009

Video : Bala, the missing PI



Berita dari malaysianinsider
KUALA LUMPUR, Nov 13 — Missing private investigator P. Balasubramaniam has claimed in a video clip that he was offered RM5 million to retract his statutory declaration that linked Datuk Seri Najib Razak to murdered Mongolian model Altantuya Shaaribuu, reigniting allegations that the prime minister has vehemently denied.

Balasubramaniam's claims were aired in an undated 88-second video clip today hosted by the Malaysia-Today.net website whose main contributor is the fugitive blogger Raja Petra Kamarudin. The first statutory declaration (SD) was also put up with the video clip.

"Deepak actually came to see me because he want me to retract my first SD... After that he offered me RM5 million for me to retract the SD," Balasubramaniam said in the video clip, referring to a person whom Raja Petra says is linked to Najib's wife Datin Seri Rosmah Mansor.

Balasubramaniam, a former police officer, disappeared with his family on July 4, 2008 after making a second SD that overturned the first declaration. His location remains unknown until now.

The Malaysia-Today.net website said there will be more video clips featuring the Balasubramaniam interview. In the first part, the private investigator also claimed he was asked to go to Putrajaya to meet certain individuals over his SD.

"He was asking me to go to Putrajaya with him but he never mentioned whom he wanted me to meet in Putrajaya," Balasubramaniam said, referring to the country's administrative capital.

Balasubramaniam's two SDs had rocked the murder trial of Altantuya, who was killed on Oct 19, 2006. Three people, including political and defence strategist Abdul Razak Baginda, were arrested for plotting her death.

Abdul Razak, who admitted to an affair with the Mongolian model who also acted as an interpreter, claimed he did not order her death but wanted the policemen to stop her from harassing or blackmailing him over their affair.

He was acquitted without his defence being called while the two policemen charged, Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar, were sentenced to the gallows for killing her.

Balasubramaniam was initially hired by Abdul Razak to keep watch over Altantuya's movements when she was in Kuala Lumpur to allegedly blackmail the political strategist, who is a known close associate of then Deputy Prime Minister and Defence Minister Najib.

His first SD was announced in a press conference with opposition leaders on July 2, 2008 but a day later, he stunned the country when a different lawyer brandished a second SD that overturned the contents of the first declaration.

Balasubramaniam then went missing, according to his nephew who claims his uncle is now in an undisclosed location.

Tuesday, November 10, 2009

Betul ke masalah ekonomi dah berlalu?

Susahnya nak percaya apa yang Najib katakan .. masalah ekonomi Malaysia dah selesai.
Mungkin tipunya untuk orang UMNO.

Kerana UMNO memang untuk ditipu

Saturday, November 7, 2009

Kenapa Kerajaan Kelantan mahukan royalti?K

Kepada si bengap bengap UMNO yang pandai nak kritik pasal Kerajaan Kelatan. Sila baca baik baik. Lepas baca ni jangan jadi bangang lagi.

Royalti minyak adalah perjanjian Kerajaan Pusat kepada Kerajaan negeri yang keluarkan hasil minyak. Kalau sekadar wang ehsan, bermakna Kerajaan pusat tidak berniat untuk bantu kerajaan negeri, tapi cuma orang UMNO di Kelantan. Bila bantuan itu diserahkan orang UMNO kelantan akan agih-agihkan antara mereka. Sejarah penipuan ni pernah berlaku di Terengganu, dimana wang itu digunakan untuk Monsun Cup dan Masjid Kristal. Pembangunan seperti itu, hanya dinikmati oleh pemimpin dan kontraktor@kroni UMNO.

Dan sekarang sekiranya wang ehsan di serahkan kepada Kelantan, realitinya, ia diserahkan kepada golongan UMNO disana. Buktinya, cuba klik tajuk akhbar hari ini, Wang ihsan disalurkan menerusi JPP: Awang Adek 

Jadi diharap, selepas ini tiada lah grombolan UMNO yang bodoh berfikir bahawa Kerajaan Kelantan tak pandai bersyukur lagi kerana menolak wang ehsan. Atau ada otak bangang yang sengal kata "Bagi salah, tak bagi salah."

Sebenarnya penipuan UMNO ini adalah untuk menipu golongan UMNO sendiri. Sedangkan Orang lain memang tak pernah percaya pada UMNO pun. Sebab orang lain lebih bijak dari UMNO.

Friday, November 6, 2009

Musuh masih di dalam, selamat kah PAS

Hari ni dikatakan seminar PAS sedang dijalankan. Kepimpinan yang meeting tempoh hari kata, seminar ni untuk mendamaikan PAS. Dari kecoh nak diamankan. Betul ke?

Ehh .. aku tak rasa penyokong yang hendak diubah, tapi pemimpin yang condong ke dacing yang perlu berubah. Kalau pemimpin yang patut berubah, kenapa seminar yang dibuat?

Tu tandanya, kemelut PAS tidak akan berakhir. Jadi selepas keluar dewan, kalau tiada berlaku sebarang perubahan struktur kepimpinan, bermakna kecoh PAS terus berlaku. Kerana itu EGM penting buat PAS.

Penyokong PAS pun dah jadi bangang macam UMNO?

Bila Nasaruddin Tantawi start komplen pasai Aziz Bari, aku dah rasa dia pun dah start bengong.. Bila Ketua Pemuda pun dah bengong, aku tak hairan ramai penyokong PAS pun ikut bengong macam dia.

Ramai antara yang bijak berfikir sudah pasti kenal tektik bodoh, talibarut UMNO di dalam PAS. Aziz bari kita tak kesah kerana berada di luar, tapi ada pihak yang cuba tutup pendedahan dalang UMNO yang di dalam PAS.

Elok la. Sampai waktu, PAS pun di tolak rakyat. Pas dan perasan bagus sebab menang pada PRU12 dulu. Mereka ingat boleh berdiri sendiri dengan kekuatan ahli? Rakyat kalau tak undi, meragan la PAS.

Penyokong UMNO bagan Pinang kena tipu

Sudah hampir seminggu kepulangan aku ke tanah air. Berkunjung ke rumah pakcik di Port Dickson. Selepas solat Jumaat, ajak anak dan isteri ke Pantai Teluk Kemang. Aku tergerak untuk tahu tentang peristiwa Pilihanraya di Bagan Pinang tempoh hari.

Aku sempat temubual seorang remaja sekitar 21 tahun umurnya, seorang kakitangan pengusaha bot pelancung. Tugasnya, membawa pelancung di pantai Teluk Kemang untuk di bawa ke pulau berdekatan dengan menggunakan bot pakciknya. Tidak jauh, tapi sekitar RM50 ringgit tambangnya. Untung tidak lumayan, tapi kalau ramai pelanggan, perkhidmatan itu agak berbaloi.

Menceritakan kembali sejarah tersebut, Pemuda itu berkata, pada minggu berkempen, wakil BN datang berjumpa dengan mereka untuk mengibarkan bendera parti. Mereka menolak kerana tidak mahu membabitkan diri dengan politik. Menurutnya, kalau ada bendera parti politik di bot, menyukarkan mereka mencari pelanggan.

Thursday, November 5, 2009

PAC siasat, SPRM buat bodoh

Ni semua kerja bodoh. PAC buat siasatan tapi SPRM masih buat bodoh. Boss SPRM masih terhegeh hegeh buat keputusan. Sampai bila SPRM nak tipu rakyat Malaysia.

Kes lain dia sibuk, tapi kes bersangkutan orang UMNO, SPRM kerja macam siul.

SPRM ingat dia boleh bodohkan orang Malaysia?
Sorry la bro .. kalau dah anjing, sampai mampus pun anjing.

PAC berhak buat cadangan
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhak mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk menyiasat penglibatan semua pihak termasuk personaliti besar dalam skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, cadangan PAC itu membuktikan badan bebas itu bersikap telus dan bertanggungjawab dalam menyiasat skandal berkenaan.

''Siasatan SPRM dan polis dalam kes ini berjalan lancar. PAC boleh membuat cadangan.

''Saya tidak boleh kata saya gembira atau tidak dengan syor PAC tetapi saya gembira apabila bercakap mengenai ketelusan dan tanggungjawab saya dalam kes ini. Itu yang penting," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai cadangan PAC supaya SPRM dan polis menyiasat penglibatan semua pihak termasuk personaliti-personaliti besar dalam skandal projek PKFZ.

PAC dalam laporan mengenai PKFZ yang dikeluarkan semalam mengesyorkan SPRM dan polis menyiasat bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choi dan bekas Pengurus Besar PKFZ, Datin Paduka O.C Phang dalam mengeluarkan surat sokongan akujanji untuk projek itu yang boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah pecah amanah.

Mengulas lanjut, Tee Keat berkata, beliau selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap PKFZ memang sejak dari awal lagi mahu siasatan terhadap skandal itu dibuat secara menyeluruh.

''Apabila skandal ini dimaklumkan kepada Kementerian Pengangkutan, pihak kita yang mengarahkan satu siasatan secara menyeluruh dan mendalam dibuat.

''Jadi, ditubuhkan tiga panel untuk menyiasat kes ini. Antara lain panel ini mengkaji secara menyeluruh dan mendalam kelemahan dalam laporan dalaman dan urus tadbir korporat yang perlu ditambah baik dan berusaha memulihkan daya maju PKFZ," katanya.

Dalam pada itu, Tee Keat memilih untuk berdiam diri apabila diminta mengulas krisis dalaman MCA.

Pembohongan UMNO hanya untuk tipu orang UMNO

Dah lama juga tidak rasa roti canai. Hari ni aku sempat singgah ke sebuah restoran mamak yang menyediakan roti canai. Bukan lah kegeramaran ku, tapi cukup untuk kembali kan nostalgia ketika menuntut dulu.

Aku bersama teman yang sealiran denganku. Kami sama sama anti pada BN, anti pada UMNO. Dan kerana dianya mempunyai ramai kenalan di sekeliling, maka meja kami di datangi oleh seorang ahli kuat UMNO yang tidak sedar kami bukan sealirannya dengannya.

Dari soal keluarga dan kehidupan membawa kepada cerita tentang politik. Kali ni isu tentang wang ehsan Kelantan. Dengan gagahnya, pro UMNO ini bercerita. Menurutnya, kerajaan Kelantan tidak kenal diuntung. Sudah diberikan wang ehsan, tapi mahukan royalti. Menurutnya lagi, Tuan Guru Nik Aziz sudah setuju, tapi ramai ADUN yang tidak puas hati. Pada pandangannya, orang PAS ni tidak betul dan tidak pandai bersyukur. Malah katanya, minyak yang disedut keluar itu bukan lah di kawasan Kelantan.

Wednesday, November 4, 2009

SPRM kerja merapu

Kecoh dengan benda yang bukan bukan bukan sampai SPRM lupa nak siasat perkara yang perlu disiasat.

Kos tanah PKFZ 67% lebih tinggi dari harga semasa. Berbillion hilang macam tu saja.
SPRM sibuk nak bersekongkol dengan BN untuk jatuhkan Pakatan Rakyat di Selangor.

Tak boring ke SPRM buat kerja merapu dan hasil gaji nya pula untuk bagi makan anak bini? Atau SPRM ni dah tak tau malu?

Serangan BN di Selangor sudah bermula?

Pakatan rakyat sepatutnya sudah membuat persiapan langkah langkah pertahan, kalau kalau di serang oleh BN di dalam usaha menjatuhkan kerajaan PR di Selangor.

Banyak tanggapan tentang rampasan kuasa seperti yang berlaku di Perak akan berlaku di Selangor juga. Kerana itu PR dan parti dibawahnya terpaksa memerah kepala dan usaha untuk mengelak sebarang perkara buruk berlaku. Seperti yang di katakan oleh Raja Petra dan Tulang besi sepatutnya di ambil serius oleh setiap kepimpinan. Sekarang bukan masa lagi untuk menuding jari sesama PR, tetapi lebih kepada penyatuan parti dan penyokong untuk menghindar sebarang kemungkin berlaku.

Duit menjadi alasan pertama penolakan rakyat kepada PR. Peruntukan dari Pusat juga di sekat untuk merosakkan lagi nama baik PR selama ini. Jesteru itu, kakitangan kerajaan yang sudah biasa dengan rasuah turut merasa perit dan kemungkinan kerjasama dari mereka dan BN untuk menjatuhkan PR, besar kemungkinan akan berlaku.

Tuesday, November 3, 2009

Awas Khalid Ibrahim !

Kita dah masak dengan sikap penyokong. Suka hati hangpa la.
Aku tak kesah kalau Badrul kena tendang atau ikut UMNO. Yang penting, aku tak makan hasil pendapatannya, dan kalau Badrul lompat, bukan aku yang pening, bukan aku yang kaya. Sekadar dah cerita apa yang kita tahu, apa yang kita rasa.

Tapi kenyataan tentang sikap MB Selangor yang tak jaga YB dan orang politik menyebabkan Kerajaan PR akan hancur, itu aku tak boleh pandang ringan.

Cuba baca artikel raja petra yang di alih bahasa oleh Gomalaysia
Masih banyak lagi pegawai di negeri Selangor setia kepada UMNO. Mereka sebenarnya ditempatkan di sana kerana hubungan mereka dengan UMNO. Jadi, walaupun Pakatan Rakyat dapat mengawal pucuk pimpinan Selangor, ia tidak bermakna mereka mampu mengawal pegawai dibawahnya. Ringkasnya, kepalanya kini bergerak menuju ke satu arah manakala tubuhnya menuju ke arah bertentangan.

Perkara pertama yang dilakukan oleh Khir Toyo ketika kejatuhan BN di Selangor ke dalam tangan pembangkang (selain menghapuskan semua bukti kesalahannya) adalah mengarahkan pegawai Selangor dan jabatan-jabatan Selangor supaya tidak bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Hal ini adalah dilakukan oleh mereka setiap hari. Jadi 'wujudlah pelbagai "perkara-perkara yang melucukan' berlaku di Selangor seperti masalah pengharaman bir, penangkapan bekas Mufti Perlis, kuil dirobohkan dan yang sebagainya. - pautan dari sini
Aku tak marah kalau penyokong tu taat pada pemimpin, tapi biar lah taat guna akal. Kalau taat membabi buta, itu dah kira UMNO toktok. Kalau tak suka UMNO, jangan buat perangai umno.

Kita kritik Khalid kerana sayang kan Kerajaan PR di Selangor, tapi anggapan sesetangah badut, kita nak jatuhkan kerajaan PR. Susah juga bicara dengan tunggul.

Tentang peringatan Raja Petra tu, Khalid kena dengar. Khalid tak jadi MB pun tak apa. Dia dah kaya. Tapi yang susah adalah rakyat yang mahu perubahan pada Selangor. Kalau berubah cuma semusim, tak payah jadi orang Selangor. Baik jadi orang Terengganu. Nak menang susah, dah menang pun susah.