Wednesday, October 21, 2009

SPRM jatuh bodoh


Dia lah .. Dr Pornthip Rojanasunand. Bila tengok gambar ni baru aku ingat, nama dia menjulang naik bila dia buat penyiasatan dalam kes pembunuhan ahli politik Thailand. Selain dari tu, dia ni yang aktif dalam mencari DNA mangsa Tsunami beberapa tahun dulu. Di dalam National Geopraphic ada cerita tentang dirinya. Anak dia sorang je. Pompuan jugak. Serupa style rambut. Tapi memang lah antara yang terror, berani dan tidak mudah dibeli. Dalam penyiasatan nya di Thailand, setakat diugut tu biasa la. Tapi dia memang brani.

Hari ni, maka terkejut lah SPRM bila penemuan yang diperolehi dari mayat Teoh Beng Hock. Kenyataan seperti ini bukan mudah na dapat. Kalau Pakar bedah siasat kat Malaysia tak berani macam dia ni. Semuanya macam dah kena tarik telur. Kecut giler.

Dia kata 80% petanda TBH di bunuh, cuma 20% sahaja bunuh diri. Syabas !
Apa pulak nak di temberangkan oleh SPRM agaknya?

Tapi kat Malaysia, macam macam boleh jadi. Seelok eloknya, rakyat Malaysia dah kena guna pakar dari luar, penyiasat dari luar dan laporan kalau nak buat pun, buat lah kat luar. Kalau kat dalam ni, biasa la .... kes tutup.

No comments:

Post a Comment