Tuesday, October 6, 2009

Isa Samad masih tidak bersih dari rasuah !

Dengan bangganya, Isa samad dikatakan oleh pemimpin BN sebagai satu contoh pemimpin yang hebat dan dosanya terhadap rasuah sudah terhapus kerana hukuman telah di jalankan.

Hebat mana anggota Disiplin parti sehingga boleh memaksa kita terima bahawa hukuman itu boleh di terima ramai sedangkan badan yang sepatutnya mewakili rakyat di dalam hal rasuah, langsung tidak campur tangan?

Ingat Datuk Norza Zakaria yang disoal siasat oleh SPRM? Ya .. dia sekiranya bersih dari tuduhan di mahkamah kelak, masih boleh kita terima keputusannya kerana adanya campur tangan SPRM dan sistem kehakiman di sana sedangkan kalau sekadar Badan disiplin parti yang buat tindakan, kita tak sepatutnya pandang pun. Kerana kita bukan lah ahli UNMO yang wajib terima keputusan yang mereka buat.

Secara dasarnya, di dalam kesalahan rasuah,  2 badan perlu bertanggung jawab. Yakni SPRM dan Sistem Mahkamah.  Selepas soal siasat oleh pihak SPRM, pendakwaan di buat dan akhirnya melalui perbicaraan Hakim akan memutuskan samaada individu yang dituduh itu bersalah atau tidak. Dengan kata lain, Badan Disiplin UMNO telah melakukan kerja untuk 3 pihak termasuk SPRM, Mahkamah dan Hakim.

Dengan itu anda sendiri fikir samada logikkah kita terima tindakan UMNO itu sebagai sah di sisi undang undang negara atau UMNO cuba memperbodohkan kita kononnya mereka telah bersihkan ahli mereka sedangkan kelihatannya seperti cuba menyelamatkan ahli mereka dari tindakan undang undang yang sepatutnya di kenakan.

No comments:

Post a Comment