Monday, October 19, 2009

Pilihanraya di Perak?

Di Bagan Pinang, UMNO berjaya. Disusuli dengan kata berapi api di perhimpunan UMNO minggu lepas. Selepas itu Najib dikejarkan ke Ipoh untuk perasmian 1Malaysia di sana. Buat apa kecoh kecoh? Semuanya perancangan.

Ada yang kata, Perak akan ada pilihanraya tidak lama lagi. Itu bergantung kepada keputusan dari mahkmah tentang kemelut yang berlaku. Di dalam masa yang sama, BN akan cuba anjurkan sidang dewan. Kalau sidang dewan berjaya di adakan, maka kerajaan Perak akan kekal.

Soalnya, Sah kah sidang dun itu? Siapa speaker yang sah, sedangkan keputusan mahkamah mashi belum di perolehi?

Segala galanya bergantung kepada mahkamah. Khabar khabar menceritakan keputusan akan memihak kepada PR. Kalau itu berlaku, maka DUN akan di bubarkan dan pilihanraya akan di adakan,

Perasmian 1Malaysia malam tempoh hari adalah untuk melihat sejauh mana sokongan rakyat kepada BN. Dalam masa yang sama, nak tunjuk pada rakyat, kononya 1Malaysia berjaya dan rakyat sokong BN. Kalau ikut khabar dari utusan, 60,000 yang hadir. Dalam Malaysianinsider pula sebut hanya 30,000 yang hadir. Strategi ni dah biasa. Brapa cawangan UMNO di Perak? Kalau satu cawangan dapat hantar 1 bas, semu cawangan dah boleh cecah jumlah sasaran. Kempen bawak orang ni dah mula di buat waktu, perhimpunan UMNO minggu lepas.

Sayangnya Malaysianinsider melaporkan, ada penonton yang dedah, mereka di bayar RM30 dan bas percuma untuk datang stadium. aduh .. sudah pecah lobang. Cerita ni dah di sebarkan seluruh Perak. Maka usaha untuk yakinkan rakyat, tidak menjadi. Fail .. ! Gagal !!!.

Sekarang BN kena tunggu persidangan DUN pula. Kalau gagal, tunggu mahkamah. BN masih ragu ragu. Mereka terus kecut nak terima realiti. Media, berita dan blogger UMNO dok sibuk canang kononnya kerajaan Perak sekarang SAH. Kejantanan mereka tiada bukti. Kalau betul berani, bubarkan saje. Berapa lama nak tunggu daaaaaaaa .....

No comments:

Post a Comment