Monday, October 12, 2009

Masih ragu ragu dengan undi POS

Dah kalah sudah la .. apesal nak bising-bising? Kita akur dengan keputusan, tapi kita masih tidak puas hati dengan ketelusan sistem pilihanraya yang ada.

PR sudah muak di tipu. Kita masih lagi bercerita tentang perkara yang sama sejak zaman dulu lagi. Ye la .. kalau dulu ada komunis, kita terima alasan. Tapi bila dah tak ada, takkan nak guna undi pos lagi? Dah sah ada udang di sebalik batu. Kalau BN berani, kenapa tidak dihapuskan?

Usah di cerita PAS perolehi 600 undi dari undi POS. Itu bukan tajuk penting. Yang wajib adalah hapuskan undi POS. Biarpun PAS perolehi 2,000 undi.

Jangan nanti bila mahu pilihanraya baru sibuk cerita tentang tajuk itu. Sekarang bila dah dapat keputusan, kita senyap tak berkata.

No comments:

Post a Comment