Saturday, October 3, 2009

Bila ada UMNO, mesti kecoh

Seperti yang diduga, bila ada penglibatan calun UMNO di dalam pilihanraya kecil, sudah pasti keadaan menjadi kelam kabut.

Ketika PR bertembung dengan calun BEBAS di Permatang Pasir, tidak ada apa yang berlaku. Tiada hasad dengki, tiada provokasi dan tiada usaha usaha untuk melagakan penyokong mana mana parti. Semuanya berjalan secara aman dan tenteram.

Tapi kebiasaannya, alasan kekecohan akan cuba di putarbelitkan oleh media agar kelihatan PR itu ganas. Sedangkan kisah lontaran botol air ke arah penyokong PR yang berlaku pagi tadi tidak dijadikan isu penting.

Bagaikan dirancang, berita berita yang tidak pasti kebenarannya ini akan dijadikan berita utama sebagai usaha mempengaruhi pengundi di lokasi pilihanraya. Selepas pilihanraya semuanya akan selesai.

No comments:

Post a Comment