Monday, October 12, 2009

Tahniah kepada Mahfuz dan Salehuddin

Kita terima kekalahan. Ada hikmah di sebalik kekalahan di Bagan Pinang. Aku tak tau la apa nak jadi kalau PAS menang kat sana. Silap silap rosak nama je.

Maklumlah, kawasan yang selama ni dipanggil syurga dunia, tiba tiba ikut hukum. Tak menjerit ke orang kampung. Tak hairan lah kalau di Bagan Pinang, PAS cuma berjaya ujud 4 cawangan. Semua nak syok .. bebas ..
Dunia ku syurga ku.

Aku belek belek berita sepanjang pilihanraya, aku dapat rasakan bahawa nama pemimpin yang sering di sebut adalah Mahfuz, Salehuddin dan Hatta. Itu orang PAS la .. Yang lain setakat tunjuk muka je. Mana presiden, mana timbalan? Hidup lagi ke diorang tu?

Ada yang ku dengar, siap ada yang sewa hotel mahal-mahal. Tak berkampung pun. Banyak yang jalan-jalan makan angin.

Penyokong PAS masih hebat. Sanggup turun jauh jauh. Sanggup berdepan dengan provokasi yang paling hebat setakat ni. Sabung nyawa. Silap silap kena belasah samseng UMNO lagi.

Tahniah pada mereka yang memang bekerja, bertugas dan bukan kepada mereka yang macam honeymoon. Berlagak setakat pangkat di dalam PAS tapi tak tau buat kerja.

Hadi ? Nasaruddin?
Bangang sangat ke orang PAS pilih diorang ni?

No comments:

Post a Comment