Sunday, October 11, 2009

PAS tak mampu tangani provokasi BN


Berlaku di Bagan Pinang... polis tak dapat berbuat apa apa.

Pas perlu akui bahawa mereka tidak mampu tangani provokasi yang dibuat oleh BN, terutama dari parti UMNO. Mungkin pihak berkuasa yang seperti memihak kepada parti tersebut, menyebabkan mereka bebas berbuat apa saja. Tapi PAS perlu professional di dalam hal ini.

Apa yang berlaku di Bagan Pinang, sedikit mengecewakan. Pilihanraya di negara kita sudah seperti satu pesta mandian darah. Kerana provokasi yang dibuat oleh BN, dikhabarkan dibiarkan oleh pihak berkuasa, lantas menjadikan ianya berlarutan. Diserangbalas dan akhirnya menjadi satu tragedi yang boleh digunakan untuk mengurangkan kepercayaan rakyat kepada PAS. PAS juga yang kena. Itu lah tujuan sesuatu itu berlaku.

Peristiwa baling botol di Teluk kemang, misalnya. PAS perlu fikirkan cara baik untuk mengawal semua ini dari berlaku. Mungkin bukan di lakukan pada ahli parti, tapi perbincangan atau perangkap untuk pihak berkuasa agar mereka bimbang bahawa kealpaan mereka menjalankan tugas itu nanti menjadi modal untuk PAS kembali mendapat kepercayaan.

2 comments:

  1. Tak pahaylah terikut-ikut macam umno, mereka dah terlatih dalam hal ni..
    Tak payah import samseng gedebe dr Kelate...
    Pamirkan Akhlaq Islam, Akhlaq Rasul..

    ReplyDelete
  2. Gambar tu macam penyokong BN tu blowjob kawan dia.

    ReplyDelete