Saturday, October 10, 2009

Provokasi terancang oleh BN malam tadi

Seperti yang dilaporkan awal, blogger dan kepimpinan PR telah dapat mengesan adanya usaha provokasi yang akan dilakukan pada waktu malam hari. Berbentuk Konvoi, seperti yang dinyatakan oleh Salehuddin Ayub.

Pada siangnya, BN telah tahu bahawa undi POS memihak kepada PAS, lantas malam tadi dijadikan satu malam untuk usaha terakhir menakut nakutkan pengundi di Bagan Pinang.

Sekumpulan penunggang motosikal telah datang dan menyerang semua kenderaan berderetan diletakkan ditepi jalan yang mempunyai logo PAS. Banyak kenderaan rosak dan kemek.

Pihak penyokong PAS yang sedia berkawall telah mengejar mereka dan menghalau samseng UMNO. Samseng UMNO yang sudah siap bermotosikal, telah melarikan diri. Ada banyak Gambar penyokong PAS telah diambil oleh blogger UMNO - rujuk SINI.

Blogger UMNO telah memutar belikan keterangan tentang gambar yang diambil. Bermakna mereka sudah siap sedia berada di tempat kejadian untuk merakam gambar dan disiarkan dengan cara 'reverse'. Sememangnya sudah dirancang. Dibawah sekali video pun sudah diambil. Tapi biasa. Cerita putar belit.

Tiada samseng UMNO yang tercedera kerana mereka lari ketakutan. Motor ditinggalkan. Kerana itu tiada gambar yang diambil. Jika ada yang tercedera sudah pasti, gambarnya disiarkan oleh blogger UMNO.

Blogger PR ada, tapi mereka datang lewat. Kerana jarak kejadian jauh. Dalam pada itu tiada kelengkapan secukupnya berbanding blogger UMNO. Pautan di blog PAS

Gambar di ambil oleh blogger PR.



laporan insiden di PD Marina
Pergaduhan di hadapan Marina Resort!
Lagi provokasi dari Pemuda BN apabila mereka secara sengaja bertembung dengan kumpulan penyokong PR di tapak ceramah berhampiran Marina Resort, Teluk Kemang kira-kira jam 1.15 pagi tadi.

Kumpulan pemuda BN terbabit yang menunggang motosikal (seperti biasa) dalam jumlah yang agak besar, telah bertindak menyerang bukan sahaja kumpulan penyokong PAS, malah bertindak lebih liar dan biadap apabila menyerang dan merosakkan kenderaan yang mempunyai lambang PAS di sepanjang jalan berhampiran. - Pautan di SINI
Gambar ada, video pun ada .. UMNO akan buat laporan polis esok? Belit atau betul?

Berikut adalah rakaman video oleh blogger UMNO yang dimaksudkan. Tonton video guna akal. Fikir logik, jangan terima bulat bulat.



Lihat .. semua yang terlibat berbaju hitam. Tajaan?

No comments:

Post a Comment