Saturday, October 10, 2009

Berapa juta UMNO belanja di Bagan Pinang

Kalau kata SPR nak kawal kos berkempen parti bertanding. Tu bohong !

Tak pernah nya kawal. Tambah tambah lagi kalau BN yang lebih belanja. Aduhai .. tutup mata la kalau dah kawan yang buat salah.

Dulu, di Permatang Pauh, jelasnya BN berbelanja sebanyak RM50 juta. Tu cerita 1 minggu punya tempoh berkempen. Pautan DI SINI.

Cerita di Bagan Pinang lagi hebat. Kawasan ni tak luas sangat. Banyak yang menganjur ke pantai. Tapi kalau kita lalu ditepi pantai sepanjang pantai PD selepas pekan PD lama membawa ke arah selatan anda akan lihat pesta pesta lelaki dan perempuan. Nak kenal UMNO atau tidak, di letak banner UMNO besar besar. Hari hari ada saja anjurannya. Makan tengahari, sambut deepavali, pesta air, nyanyi sana sini, cari harta karun. Boleh kata memang meriah. penduduk kampung pun joint syok sekali.

Tengok gambar di bawah.

putri6

Gambar lain ada DI SINI.

Tu cerita pasal pesta. T-shirt tempahan pula cukup banyak. Rumah sewa, hotel dan penginapan bagi penyokong penyokong, Banner, poster dan kain rentang pilihanraya jelas memang BN la juara, duit minyak, makan minum .. UMNO memang hebat.

Mungkin Isa Samad dah tau kelemahan penduduk di P. Dickson dan Bagan Pinang ni. Dan dia tau apa yang boleh melemahkan remaja di sana. Kerana itu dia cukup confident.

Kalau di kira semuanya, berapa juta lah agaknya yang langsai di Bagan Pinang. Semata mata nak capai cita cita sebagai ADUN. Kadang kadang kita muyshkil juga, kenapa lah parti sanggup berhabisan kerana mahu kuasa. Ada udang di sebalik batu?

Pelaburan. Takkan kalau RM50 juta langsai, cuma untuk jadi pemimpin tanpa untung? tak caya aku ni ..

2 comments:

  1. tulah budaya umno....budaya... itulah yang membezakan umno ngan pas,kalau x nampak lagi tak taulah nak cakap.

    ReplyDelete
  2. bonus payah nak bagi.. biler prk ader plak duit...

    ReplyDelete