Monday, October 5, 2009

Mahu tahu Pas menang atau kalah di Bagan Pinang?

Isu kontroversi di Bagan Pinang adalah undi POS. Di sebabkan di Port Dickson merupakan kawasan yang ramai jumlah tentera nya, maka undi POS di Bagan Pinang tinggi jumlahnya.

Kerana itu Port Dickson merupakan kawasan selamat untuk BN memerintah.
Orang tak suka pun, dia masih menang. Kalau tentera mengundi, kita faham. Tapi kalau pendedahan demi pendedahan menceritakan tentang bagaimana beberapa undi POS di lakukan oleh hanya seorang, makanya ianya satu penipuan. Tak mustahil kalau BN bersungguh sungguh mempertahankan undi POS. Sedangkan zaman undi POS sudah sepatutnya tiada.

Kalau kita sudah tahu bahawa pengadil menipu dalam satu satu perlawanan, maka apa yang diharapkan pada kemenangan?

Untuk menilai kemenangan sebenarnya parti yang bertanding di Bagan Pinang, lalu perlunya kita mengira jumlah undi dengan menolak undi POS. Kalau kelebihan kepada PAS, maka PAS menang walaupun pada SPR mungkin ianya kalah setelah undi POS dikira.

Jadinya, jumlah undi POS sebanyak 4,600 perlu di tolak samasekali atau pun sekiranya majoriti kemenangan BN kelak berjumlah kurang dari 4,000, maka dikira PAS masih menang.

Ada faham?

2 comments: