Tuesday, October 20, 2009

PAS jangan nak kerek sangat

Baru baru ni keluar artikel dari Prof Aziz Bhari tentang kaedah untuk memulihkan PAS. Beruk beruk di dalam PAS yang walak tak tentu arah, telah mengkritik artikel tersebut. Gua tak ada hal .. Lu nak kutuk, itu lu punya pasal. Tapi kalau lu boleh kutuk orang, maka jangan marah kalau orang kutuk lu pulak. Kalau nak bersikap terbuka, biar betul betul terbuka. Jangan dok hentam UMNO macam macam, tiba tiba bila ada orang hentam PAS, dia pulak melompat.

Nak bagi tau kat Orang orang PAS yang loqlaq ni. Sesungguhnya aku beranggapan orang bijak saja yang sokong PAS. Kerana itu UMNO tak boleh nak gelembong spesis yang macam ini. Kalau tak ada bukti sah, orang tak caya cerita UMNO. Makanya, penyokong yang sebegini akan beralih kepada PAS kerana berharap PAS berada di landasan yang betul.

Tapi ... sedarkah PAS bahawa manusia yang sama menolak UMNO ni, boleh berfikir secara waras tentang tipu helah yang mungkin berlaku di dalam PAS juga. Tentang komplot UG nak guling kan kepimpinan PAS ni, ramai yang bijak pandai dah dapat hidu tektik diorang ni. Ramai yang dah tau nama pemimpin pemimpin PAS yang pro BN ni. Cuma tak payah lah nak sebut banyak kali. Tentang sewa hotel 5 bintang satu tingkat penuh tu .. ramai orang PAS dah tau.

PAS ni kalau tak ada TG NIk Aziz, tak ramai orang sokong nye. PAS menang pun bukan kerana PAS semata mata, tapi kerana orang tak suka UMNO. Gua masih ingat lagi masa jumpa rombongan kaum India di Kelantan dulu dulu. Diorang kata, kaum India sokong PAS bukan kerana PAS tu parti Islam, tapi kerana terpesona dengan TG Nik Aziz. Tu sendiri mau ingat la.

No comments:

Post a Comment