Aku kenal Badrul ni dari kecik lagi. Kalau dia berubah perangai, tu aku tak boleh nak komen. Tapi kisah ADUN tak suka MB ni memang dah banyak dengar. Usah tuduh orang lain, tapi dalam Selangor, ramai yang komen pasal Khalid kat belakang-belakang. Depa tak berani nak sound depan depan. Maklumlah, ramai YB dah dapat elaun tu, elaun ini, maka tahan saja la. Sapa nak bagi sampai berbelas ribu untuk jadi YB. Kalau ada rezeki, sambung lagi, kalau tak ada, duit pencen jadi YB pun dah cukup untuk hari tua.
Itu pandangan YB yang sempat aku jumpa.
Kita melalak kutuk Badrul sebab kita tak tau hujung pangkal cerita nya. Di Selangor, ADUN pening nak cari duit untuk jumpa rakyat. Diorang nak masuk tender, tak dapat, nak cari duit sampingan tak dapat. Duit tu untuk sumbang pada rakyat. Untuk bantu rakyat. Dana dari Kerajaan Negeri tak cukup. Bila rakyat jumpa diorang minta tolong, tak boleh nak janji. Silap silap mungkir janji. Tak macam UMNO dulu. Diorang kaya sebab banyak projek, jadi tak ada masalah sangat. Cumanya, UMNO belasah lebih sangat sampai lupa pada rakyat. Sifirnya, 10 untuk aku, 1 untuk rakyat.
Balik kepada Khalid, orang Ijok pun pening pada dia. Mesyuarat tak buat, sampai Anwar jumpa dan belasah Khalid beberapa bulan yang lepas. Kalau tak buat mesyuarat, cawangan yang dibuka jadi tidak sah. Itu yang Anwar pening. Khalid bukan pandai sangat politik.
Khalid tak boleh disentuh. Di sebabkan orang Selangor tak rapat dengan dia, orang tak tau. Aku tak nafikan Khalid ni lagi bersih dari Khir Toyo, tapi ADUN yang bekerja untuk rakyat pening kepala sebab rakyat nakkan perkhidmatan lebih baik dari ADUN UMNO yang lepas. Orang pentingkan wang, kalau ADUN tak boleh bantu bayar anak sekolah, bil itu dan bil ini. Rakyat jadi marah. Masa UMNO dulu, dah sampai tahap bayar bil pun jumpa YB.
Kerana itu lah BADRUL letak jawatan. Dalam pada itu, Noh dah kata, dia akan salurkan bantuan kepada Badrul selepas dia lompat ke BN. Kalau selepas ini Badrul boleh perform sebagai ADUN, Khalid akan ada problem. Apa yang dia tuduh Badrul tu, orang akan sangka fitnah. Dalam pada yang sama, Badrul akan cerita buruk Khalid ni pada orang ramai. Dan yang rugi adalah Khalid.
Pada aku Khalid adalah satu punca kenapa Selangor akan jatuh semula ke tangan BN pada pilihanraya akan datang. Kalau tak caya, nkorang tunggu !
Dalam pada itu, isu 'orang Indon' yang berkaitan dengan Badrul ni mungkin kecil, kalau di banding dengan bantuan yang dia akan bagi pada rakyat nanti melalui dana dari BN.