Tuesday, September 1, 2009

Usaha Rampas Selangor diteruskan

SPRM seperti yang di arahkan terus menjalankan tugas menyelongkar semua perkara dan aktiviti berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa kepimpinan Pakatan Rakyat.

Hari ni seorang kontraktor kecil telah di panggil untuk kali keduanya bagi menyiasat kaitan sekiranya ada, dengan ADUN DAP di Selangor.

Pautan DI SINI.

Di waktu pemerintahan BN dulu lebih banyak, tapi SPRM tak berminat untuk menyelongkar. Rupa nya ada yang ghairah mendapatkan habuan sekiranya ditemui isu yang boleh dibawa ke atas, sehingga jatuhnya kerajaan PR di Selangor.

Sedikit petikan artikel Malaysiakini,
Yong juga berkata pihak berkuasa telah merampas komputer Lee pada 16 Julai tanpa memberi sebarang notis.

"Ini melanggar Seksyen 33 (3) Akta SPRM, yang menetapkan senarai barangan yang dirampas mesti disediakan kepada pemiliknya," kata Yong, yang tidak senang dengan tindakan pegawai penguatkuasa SPRM.


"Adakah ini bermakna SPRM dengan mudah boleh masuk ke rumah saya dan rampas barang-barang saya tanpa memberi sebarang resit bagi barangan yang mereka ambil? Apakah bezanya antara mencuri dan merampasnya?" soal Yong.
Sudah tak perlu mengikut undang undang. Ini yang dinamakan sebagai keghairahan melampau.
Meluat sungguh.

No comments:

Post a Comment