Wednesday, September 23, 2009

Cubaan merampas kuasa pengarah JAIPK (Update)

Hari ni kecoh lah cerita tentang kegagalan pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang tak dapat keluarkan bonus kepada siak dan bilal masjid di Perak sempena hari raya.

Ada satu artikel yang cukup menarik di SINI.
ANa tidak berminat hendak mengulas secara detail prosedur perjalanan kewangan bonus itu drp kerajaan negeri sehinggalah ke akaun masjid kerana setiap prosedur dan tatacara perlu diperhalusi dengan sebaik-baiknya... Bayangkan kita raya pada 20hb september... waran kewangan dikeluarkan pada 9hb september... selama 11 hari digunakan untuk meneliti, menyiasat, mengumpul maklumat dan sebagainya mengenai bilal dan siak dalam negeri perak.. hampir terdapat 700 buah masjid dalam negeri perak... jd... proses untuk selesaikannya, anda semua boleh fikirkan dengan sendiri la...
Aku tak sabar menanti kenyataan dari Pengerusi JAIPk itu sendiri. Tentunya kenyataan beliau itu amat menarik dan bakal menutup mulut UMNO serta blogger blogger barua mereka dari terus menuduh beliau menyeleweng wang tersebut.

Tunggu ...
UPDATE
Kenyataan dari Pengarah JAIPk
Sheikh Mohamah Nor berkata JAIP menerima waran daripada Pejabat Kewangan Negeri bagi pembayaran saguhati itu pada 9 Sept lepas dan mengagihkan kepada Pejabat-pejabat Daerah pada 11 Sept.

"Pejabat Daerah pula diarahkan untuk memproses segera bayaran tersebut ke dalam akaun setiap masjid pada 16 Sept 2009.

"Pada hemat saya, selewat-lewatnya 18 atau 19 Sept 2009, pegawai-pegawai masjid berkenaan telah menerima saguhati tersebut," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ipoh hari ini. - malaysiakini
Kita tengok siapa yang bersalah sebenarnya ... dan apa pulak kata blogger blogger barua UMNO yang melalut tanpa usul periksa. Mungkin ada yang tertelan kahak sendiri nanti.

No comments:

Post a Comment