Monday, September 14, 2009

Siapa kata Samy tak pandai silat?

Sekurang kurangnya Samy sekarang sudah kepanasan. Pada awalnya, dia seperti menyindir Mahathir kerana memihak kepada Subramaniam, seterunya. Lantas di dalam ucapannya, rasa tidak puas hati dilontarkan.

Akibatnya, orang bawahan yang tunggu peluang untuk menempa nama, telah meyelitkan ucapan menyokong. Lalu di cadangkan kalungan selipar Jepun.

Telinga UMNO menjadi panas. Itu biasa la. Sikit sentuh pun dah panas, tapi kalau sendiri buat, semuanya macam OK.

Sekarang segelintir dari mereka dah minta Samy untuk minta maaf. Sebelum itu, Samy sendiri dah buat kenyataan. Tindakan pulak akan diambil kepada perwakilan yang buat ucapan tu. Tu dia .. sandiwara pun bermula. Semua cari peluang nak buat nama.

Tapi .... Sapa bilang Samy tak pandai silat?

No comments:

Post a Comment