Tuesday, September 1, 2009

BN memang double standard


Dilaporkan kumpulan penduduk Seksyen 23, Shah Alam akan bertemu dengan Menteri Dalam negeri, Hisamuddin Tun Hussien untuk melahirkan rasa tidak puas hati.

Terdahulu, pada Jumaat lepas, seramai 50 orang antara mereka telah berarak membawa kepala lembu untuk di pamerkan kepada umum bahawa mereka marah benar dengan keputusan kerajaan negeri untuk membangunkan kuil di tempat mereka.

Jelasnya, apa pun alasan Kerajaan Negeri, mereka tidak mahu dengar.

Yang menarik, perhimpunan yang dianjurkan ada minggu lepas, sekiranya di lakukan oleh Pakatan Rakyat, sudah pasti mendapat bantahan oleh kerajaan dan pihak berkuasa bakal menebengkan muka mereka di tepi tepi jalan, bersedia untuk menyembur dengan air kimia, mengasapkan mereka dengan gas pemedih mata dan tidak mustahil yang berada di situ akan ditangkap.

Terlalu banyak bukti untuk menjelaskan semua ini.

Tapi kenyataan Ketua Polis Negeri Selangor, mereka perlu siasat dulu.
Ah! Tiba tiba KPN menjadi manusia yang mulia antara manusia manusia durjana disekelilingnya.
Jelas semakin jelas,
Kalau PR, tangkap dulu baru siasat.
Kalau BN, siasat dulu baru tangkap.

Tapi nampaknya, banyak yang lepas.
Pautan SINI

No comments:

Post a Comment