Tuesday, September 1, 2009

Speaker DUN tiada kuasa?

Tidak hadir ke sidang DUN adalah di bawah kuasa Speaker Kerajaan Negeri. Dengan itu Speaker DUN Kedah pun buat keputusan untuk nyatakan Datuk Abu Hasan Sarif, ADUN Kota Seputih, tidak layak menjadi DUN.

Kemudian ianya di bawa ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah untuk di perkenan. Disamping itu surat memohon untuk di adakan pilihanraya dihantar ke SPR.

Semalam SPR buat keputusan untuk tidak menerima saranan mengadakan pilihanraya kecil di DUN berkenaan.

Di sini jelas SPR lebih berkuasa dari Speaker. Itu sudah bercelaru. Dinyatakan oleh Harakahdaily bahawa ketetapan SPR untuk tidak adakan pilihanraya, boleh di pertikai. Pautan DI SINI.

Perkara yang sama berlaku di Perak dulu, bila keputusan Speaker di tolak oleh SPR.
Adakah ini juga satu titik mula perubahan kerajaan di Kedah?

Kita saksikan mainan politik lawak BN yang sudah biasa menolak dan menggubah perlembagaan mengikut kehendak mereka.

No comments:

Post a Comment