Friday, September 25, 2009

Bagan Pinang : Adakah beg misteri bakal turun lagi?

Hari ni adik buat panggilan ucapan Hari Raya. Sempat juga cerita lebih kurang tentang politik tanah air. Disebabkan adik ni beraya di Kelantan, jadi ceritanya berkisar tentang PRK Manek Urai yang lepas.

Khabarnya, rakyat Kelantan sibuk bercerita tentang kandungan beg hitam yang turun ketika PRK Manek Urai yang sehingga sekarang masih menjadi misteri. Saksi saksi siap dengan imej imej yang mereka ambil, tapi tiada seorang pun yang mahu menafikan bahawa beg itu berisi wang. Tambah meyakinkan apabila beg beg tersebut di iringi oleh barua barua yang asyik mengerling mata memandang keliling, sepanjang perjalanan membawa beg tersebut.

Cerita itu tidak habis disitu, khabarnya selepas pilihanraya tersebut, ramai yang tiba tiba mengubahsuai rumah menjadi lebih besar. Rumah yang buruk pula berubah menjadi cantik. Ada juga cerita cerita yang mengesahkan bahawa terdapatnya simpanan wang keping RM50 dengan jumlah yang banyak, disimpan oleh orang orang tengah yang bertugas untuk membeli undi pada Pilihanraya. Namun, Pilihanraya selesai, tapi lebihan wang masih ada.

Maka cerita cerita itu membuatkan ramai yang tidak berpuas hati dengan sikap orang tengah yang tidak menyalurkan bantuan wang itu kepada yang sepatutnya. Dengan ertikata lain, harapkan orang tengah, tapi dia yang belasah.

Merujuk kepada cerita itu, tertanya lah kita, berapa banyak kah beg beg hitam misteri yang bakal turun pada pilihanraya Bagan Pinang 3hb Oktober nanti?

Buka mata, pasang telinga. Kita akan saksikan fenomena yang serupa setiap kali pilihanraya. Kalau nak dikaitkan dengan jumlah PRK yang terlalu banyak pada tahun ini, hati bertanya juga, apakah tujuan sebenar perancangan Yang Maha Kuasa?

Pendedahan untuk perubahan jangka panjang?

No comments:

Post a Comment