Monday, September 7, 2009

1Malaysia satu pembohongan

Sikap perkauman yang jelek yang di tunjukkan oleh penyokong UMNO akhir akhir ini membuktikan bahawa seruan 1Malaysia yang dibuat oleh Najib Razak adalah satu retorik atau penipuan yang terancang.

Ketiadaan tindakan undang undang terhadap pengusung kepala lembu, adalah bukti awalan, segala tindakan yang dibuat seperti salah satu dari langkah untuk menjatuhkan kerajaan Negeri Selangor.

Hisamuddin Hussin Onn, selaku menteri dalam negeri turut menyokong tindakan mengarak kepala lembu yang berdarah menuju ke SUK. Kenyataan terang terangan itu disiarkan oleh Malaysiakini dan sekarang pihak SKMM (Mulmimedia) mengarahkan pernyiaran video itu di tarik balik, bimbang kalau kalau boleh dijadikan bukti bahawa Hisamuddin sebenarnya memberikan kenyataan yagn berlawanan setelah ucapan kedua nya memberitahu tindakan undang undang akan dikenakan kepada yang terbabit.

Sekirannya Najib razak jujur kepada cogankata 1Malaysianya, sudah pasti tindakan bahalol mengusung kepala lembu dan mengganggu majlis dialog akan dikenakan tindakan. Tapi ini tidak berlaku.

Ada pihak yang menyatakan bahawa Najib bertindak sendirian di dalam usaha 1Malaysianya, tapi melihat pada ketiadaan tindakan undang undang pada mereka yang bersalah sebenarnya menjelas kan bahawa beliau adalah talam dua muka. Di depan kata 1Malaysia, di belakang pula kata, belasah 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment