Thursday, September 24, 2009

Hassan Ali kemaruk nak jadi MB?

Kalau dah kemaruk sangat, sebut terang terang dan tak payah bermuslihat lagi.
Kan lebih baik?

Pas Selangor di katakan tidak mahu interogasi SELCAT di buat secara terang terang. Betul ke PAS Selangor atau sebahagian saja?

Kenapa? Takut dedah rahsia?

Bukan kah kita mahu semuanya dibuat secara telus dan terang? Ada pulak yang kata kalau dibuat secara terang boleh menakut nakutkan orang yang disiasat.

Berani buat, berani tanggung. Kalau takut nak tanggung, tak payah la buat.
Kan mudah.
Apa PAS Selangor pun nak jadi macam UMNO jugak ke? Simpan simpan .. dah terbongkar baru kecoh. Lepas terbongkar, usaha nak tutup balik.

Kalau Pas Selangor nak jadi cam UMNO, baik tukar bendera.

1 comment:

  1. Kita tahu bahawa pakatan rakyat mengamalkan sikap terbuka terhadap kritikan. Tetapi bukan bermakna tidak ada cara lain selain dari mengkritik melalui sidang akhbar. Apatah lagi dalam keadaan dimana Pakatan di selangor diasak dari pelbagai penjuru oleh UBN.

    Siapa pulak yang mahu pemuda PAS menjadi seperti pemuda UMNo,simpan...simpan. Tetapi Islam juga menganjurkan kita menyalurkan kritikan atau pandangan yang berbeza melalui saluran yang sesuai terutama dalam keadaan seperti sekarang. Tak tahulah kalau pemuda PAS dan PAS selangor hanya tahu satu cara sahaja untuk menyampaikan pandangan iaitu dengan membuat kenyataan akhbar sahaja.

    Mustahil pemuda PAS dan PAS selangor tidak faham keadaan sekarang dimana serangan UBN melalui SPRM dan lain-lain agensi kerajaan telah digunakan sepenuhnya bagi melemahkan kerajaan pakatan negeri. Macamlah pesuruhjaya PAS tu duduk disatu kawasan yang paling remote, tidak boleh menghadiri mesyuarat mingguan exco dan lain-lain forum untuk menyampaikan pandangannya kepada rakan dalam kerajaan.

    Sekarang apa dah jadi. UBN dan geng-geng telah mengeksploitasikan isu ini dan memberi persepsi yang merisaukan dikalangan penyokong pakatan rakyat yang berbilang kaum. Tak cukup msaalah ke hangpa dengan bermacam-macam cara UBN cuba melemahkan hangpa semua.

    Kalau asyik dok nak menepis serangan UBN sahaja, apatah lagi isu-isu yang tidak sepatutnya timbul tapi timbul kerana bodoh....ada ke masa untuk hangpa semua berkhidmat untuk rakyat? Rakyat beri mandat kat hangpa semua untuk membawa perubahan bukan untuk saling tunjuk hero bila diberi kuasa!

    bat8

    ReplyDelete