Thursday, September 17, 2009

BN ada tugas berat di Bagan Penang

Calon BN, Allahyarham Azman Mohd Nor yang meninggal dunia memenangi kerusi itu dengan mendapat 6,430 undi dengan majoriti 2,333 undi.

Meskipun demikian, dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS Ramli Ismail berjaya memperolehi 4,097 undi, hampir kesemuanya dipercayai dari 9,267 pengundi yang tidak mengundi melalui undi pos.

Pengundi POS tidak boleh kira, kerana ia talian hayat BN.

66 peratus dari pengundi Bagan Penang adalah Melayu, 10.5 peratus Cina, 19.9 India dan 3.5 peratus bangsa-bangsa lain

Isu yang akan mungkin di ceritakan ketika musim berkempen adalah Isu Kuil di Shah Alam, Kepala lembu, Kalung Selipar dan PKFZ.

BN pasti berhadapan dengan masalah meyakinkan pengundi. Kerja berat terutama kepada pada MIC. Tapi mungkin juga BN yakin sebab talian hayat sebanyak 4,600 undi masih ada. Lantak hangpa la.

No comments:

Post a Comment