Thursday, September 10, 2009

Siapa lagi mahu bantu BN?

Kenyataan yang dibuat oleh DO Gombak dan beberapa lagi wakil kerajaan ketika soal jawab SELCAT memang berani. Sesungguhnya mereka tiada pilihan. Mahu tutup, atau mahu dedah. Kalau tutup, dikira bersubahat. Kalau dedah, sekiranya BN memerintah, kena fikir cara lain untuk cari makan.

Tapi realitinya, setiap kali pilihanraya kecil atau besar, berguni guni duit akan datang semata mata untuk membeli hati dan undi para pengundi. Dan wang itu dari sumber kontrak-kontrak, dari orang kaya yang menjadi tulang belakang BN. Orang kaya dan peniaga ini melaburkan wang untuk digunakan oleh BN dan sekiranya berjaya, mereka akan kembalikan di dalam bentuk kontrak atau pun apa jua jalan untuk cari kekayaan.

Dan pada PRU12 lepas, mereka yang melabur ini telah kerugian berjuta juta ringgit kerana BN kalah di beberapa negeri, menyebabkan BN gagal untuk membayar balik.

Merujuk kepada kes Elegant Advisory, yang melibatkan hutang BN sebanyak RM218 juta, membuktikan bahawa tiadanya keselamatan berurusan dengan parti politik ni. Walapun jumlah nya tidak lah sebesar mana berbanding kekayaan yang dimiliki oleh pemimpin BN, namun keadaan genting BN, tidak mengizinkan mereka melabur lebih, bimbang terus kalah dan tidak langsung mempunyai peluang untuk kembali berkuasa. Sekarang syarikat itu terpaksa menerima hakikat bahawa melabur di dalam arena politik ini tidak memberikan jaminan lagi. Tambah tambah lagi untuk membantu BN.

Jesteru itu, dirasakan PRU13 nanti, BN akan berhadapan dengan masalah besar kerana kekurangan DANA yang teruk menjelang pilihanraya. Lantas kaedah yang lebih jimat adalah untuk memaksa ADUN ADUN PR untuk melompat parti sebelum tempoh matang pilihanraya.

Sejauh mana BN boleh berkokok lagi? Kita lihatkan saat saat indah ini.

No comments:

Post a Comment