Wednesday, September 30, 2009

Khalid .. kenapa Selangor bukan negeri anti rasuah?


Baru baru ni Badan Internationl Transparency meletakkan Malaysia di tangga ke 47 (antara terkebawah) dalam usaha benteras rasuah. Pulau pinang pula mendapat pujian kerana anti rasuah mereka. Tapi tak sebut pun Kedah atau Selangor yang dibawah Pakatan Rakyat terlibat sama. Kenapa ?

Kalau nak sebut negeri di bawah pemerintahan BN sebagai negeri anti rasuah, mampuih aku tak caya.

Apa yang patut menjadi contoh dari Pulau Pinang adalah melalui usaha merubah struktur kerajaan. Selepas PR ambil alih, Bos bos PBT di tukar. Bimbang budaya rasuah terus kekal. Mereka dah di asuh dari dulu bagaimana nak cari duit sampingan dan bantu parti. Kerana tu usaha buang mereka ini di lakukan oleh Pulau Pinang. Yang tak dapat diubah adalah badan badan berunsur kan agama Islam kerana isu tu sensitif. Maka Guan Eng biarkan orang yang sama buat kerja.

Di Selangor, berlaku sebaliknya. Semalam gua terima email dari Shah Alam, menyatakan bahawa 2 hari lepas, MBSA buat undian kerja sebut harga (tender). Tengok punya tengok, syarikat syarikat yang selalu di pilih oleh Datuk Bandar masih kekal. Syarikat kroni lah agaknya. Diorang terus dapat kontrak. Maka ramai antara Ahli Majlis - ahli majlis MBSA yang tidak puas hati. Rasa tak puas hati mereka ini di dengar oleh Datuk Bandar sendiri. Kerana itu, mereka buat ancaman. Kalau Datuk Bandar tak tarik balik keputusan tu, diorang nak bawa benda ni ke SPRM.

SPRM lagi .. mampuih aku tak caya.

Apa yang aku nak komen di sini adalah, Khalid Ibrahim patutnya buka sikit telinga tu. Mata tu jangan lelap. Dulu jawatan Datuk bandar ni dah expired, pastu dia sambung juga. kenapa?

Dari awal lagi orang dah bising. tapi Khalid buat derk jer.
Nak tunggu bila lagi?

Khalid ni pun satu. Jangan kerana barua-barua BN dalam kerajaan, sampai rosakkan perancangan. Bila dah terhantuk, baru nak terngadah. Kalau apa apa jadi dalam Selangor, lu punya pasal la.

1 comment: