Wednesday, September 30, 2009

SPR cuba bodohkan rakyat


Bukan kali pertama SPR tolak saranan rakyat untuk hapuskan undi POS. Alasannya, undang-undang bukan pada dia. Sedangkan dia boleh buat usul untuk diubah. Tapi sejak dulu lagi, bila Pengarahnya di tanya, dia akan bagi alasan demi alasan. Tu susah lah .. ini susah lah .. akhirnya lepas pilihanraya, semua isu ni di diamkan dan timbul lagi setiap kali ada pilihanraya.

Undi POS di Bagan Pinang.
Semua orang tau ada kem tentera di Port Dickson. Waktu dulu, undi pos dijalankan di tengah hutan. Beg undi pos di bawa ke bandar menggunakan helikopter untuk dikira. Sekarang ni kem tentera letak di tepi jalan. Kalau SPR nak hantar beg undi ke tempat pengundian, guna basikal pun boleh sampai. Apa logiknya undi POS ni? Kan lebih baik, tentera tu datang sendiri ke pusat undi dan beratur macam orang biasa.

Kalau masih di pertahankan undi POS ni, memang sah ada udang sebalik batu. Semalam MB N9 kata, undi POS tidak menjamin kemenangan. ye ke? Kalau berani tak payah guna undi pos. Itu pun kalau ada teloq. PRU 12 dulu, kalau tak der undi POS, Bagan Pinang tu dah sah jatuh ke PAS. Majoriti undi cuma 2,000 lebih sementara undi POS ada 4,000 lebih. Kalau tak ada undi POS, jangan harap BN nak menang.

Di dalam pusat undi POS, tiada wakil dari mana mana pihak kecuali tentera sendiri. Betul ke tentera tu tak der parti? Masa bawa beg undi POS pun, tiada siapa pulak yang jadi saksi. Kalau berlaku apa apa ketika dalam perjalanan, semua orang tak tahu. Beg bertukar? Cam biasa dengar.

Minggu lepas MAFREL nak jadi saksi undi POS. Kita tengok berani tak SPR bagi kebenaran. BN usah cerita la. Diorang lagi la bacol. Kita tunggu apa kata SPR tentang usul Mafrel tu.

SPR jangan nak menggelembong la. Kalau zaman dulu mungkin orang tak pergi sekolah. Sekarang ni semua orang dah cerdik cerdik. Mungkin SPR sahaja yang masih dungu.

No comments:

Post a Comment