Wednesday, November 4, 2009

Serangan BN di Selangor sudah bermula?

Pakatan rakyat sepatutnya sudah membuat persiapan langkah langkah pertahan, kalau kalau di serang oleh BN di dalam usaha menjatuhkan kerajaan PR di Selangor.

Banyak tanggapan tentang rampasan kuasa seperti yang berlaku di Perak akan berlaku di Selangor juga. Kerana itu PR dan parti dibawahnya terpaksa memerah kepala dan usaha untuk mengelak sebarang perkara buruk berlaku. Seperti yang di katakan oleh Raja Petra dan Tulang besi sepatutnya di ambil serius oleh setiap kepimpinan. Sekarang bukan masa lagi untuk menuding jari sesama PR, tetapi lebih kepada penyatuan parti dan penyokong untuk menghindar sebarang kemungkin berlaku.

Duit menjadi alasan pertama penolakan rakyat kepada PR. Peruntukan dari Pusat juga di sekat untuk merosakkan lagi nama baik PR selama ini. Jesteru itu, kakitangan kerajaan yang sudah biasa dengan rasuah turut merasa perit dan kemungkinan kerjasama dari mereka dan BN untuk menjatuhkan PR, besar kemungkinan akan berlaku.



Malah timbul persoalan pada kes penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Asri. Di dalam banyak negeri yang dilawatinya, hanya di Selangor, beliau di tahan? Adakah Dr. Asri mempunyai tauliah untuk mengajar agama dari lain lain negeri kecuali Selangor? Malah yang menjadi kemusykilan adalah kerjasama pihak polis di dalam serbuan tersebut. Siapa kah yang mampu mengarah polis untuk bertindak seperti itu?

Selepas kes tersebut, SPRM pula menyambung tugas untuk menahan ADUN dan orang politik termasuk BN sendiri, bagi mengaitkan dengan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Dan orang yang ditahan oleh mereka adalah bekas ADUN BN. Bukan individu BN yang sekarang berstatuskan ADUN. Bersih sangatkah Khir Toyo? Bersih sangat kah Warno Dogol atau bersih sangatkah Rahman Palil? Tahu kah anda bahawa Yahya Shari, orang PKR yang ditahan itu adalah orang penting PKR di dalam perancangan kepada kemenangan PKR di Selangor pada PRU12 dulu? Pembabitan beliau di dalam kes yang ditimbulkan oleh SPRMitu bakal membuat dia sibuk untuk tidak campur tangan di dalam usaha menghalang kebangkitan BN nanti?

Jika ini menjadi satu ‘starting point’ untuk menjatuhkan kerajaan PR, maka tidak mustahil lepas ini akan ada 10 orang ADUN PR yang akan dipalitkan dengan kes kes itu nanti. Jika merujuk kepada artikel Malaysianwaves dan Raja Petra, jumlah 10 orang ADUN ini lah akan dihadapkan ke mahkamah dan selepas itu, maka berlaku lah rampasan kuasa.

Banyak persoalan yang tidak dapat di jawab sekarang kerana kemungkinan-kemungkinan itu belum lagi berlaku. Merujuk kepada peristiwa rampasa kuasa di Perak, hanya selepas ianya di rampas, baru kita tahu bahawa segalanya berkaitan dan itu lah yang dirancang. Namun kerja kita adalah untuk tidak mengulangi kesilapan itu. Berfikir lah ke hadapan !

Ini bukan satu perkara main main. Di dalam BN, memang ada kumpulan yang 24 jam dari waktu harian mereka digunakan untuk berfikir bagaimana mahu merampas kuasa. Ini di lakukan kerana kos dan modal untuk merampas itu jauh lebih rendah berbanding mengadakan pilihanraya. Dan kerana itu lah BN tidak mahu tunggu PRU13 bagi menjatuhkan kerajaan PR.

No comments:

Post a Comment