Monday, November 16, 2009

Apa pulak bentuk sabotaj kumpulan UG pada pilihanraya Seputih

SPR tak perasan bahawa dia sekadar balaci dalam pilihanraya. Bila speaker merujuk kepada perlembagaan terdapatnya kesalahan pada ADUN sehingga menyebabkan perlucutan jawatan ADUN berkenaan, maka adalah hak kepada Speaker untuk membubarkan DUN berkenaan. Tapi disebabkan SPR dah jadi senjata UBN dalam menjaga kepentingan parti tersebut, maka perlanggaran perlembagaan pun berlaku. Tidak semena-mena SPR memikul tugas untuk mengesahkan adanya pilihanraya atau tidak. Ini yang berlaku pada Kota Seputih. Ianya turut berlaku di Perak sehingga menyebabkan rampasan kuasa disana.

Hari ini mahkamah Tinggi KL dah bagi tau SPR untuk adakan pilihanraya kerana ADUN Kota Seputih tak hadir persidangan Dewan Negeri tanpa alasan. Maruah SPR tercalar. Mungkin tercabar. Mungkin juga mereka baru tahu bahawa mereka itu tidak lebih dari bertugas sebagai budak pejabat yang mengikut kata orang lain. Bukan mengada-ngada tunjuk kuasa yang bukan miliknya.

Satu masalah kita dah selesai. Selepas ini apa yang aku bimbang adalah sikap Golongan UBN di dalam PAS yang kerap kali menimbulkan isu yang menyebabkan PR kalah di dalam pilihanraya Seperti yang dilakukan oleh Hassan Ali ketika Pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Adalah menjadi tugas kita untuk memantu sikap pemimpin pemimpin UG ni agar tidak mengulangi muslihat terdahulu. Hassan, Mustapha, Nasaruddin dan Hadi juga perlu di pantau agar tidak menggunakan media arus perdana demi untuk menimbulkan pelbagai cerita sensitif.

Kita sekadar berjaga jaga. Jangan sampai pisang berbuah dua kali.

1 comment:

  1. Untuk melihat apakah serangan pertama geng UG dalam PRK kota seputih tak susah. Kita tengok apa isu yang hassan ali akan timbul kat selangor. Kita tunggu bila PRK sudah sah diadakan nanti. sekarang ini SPR sedang berusaha keras untuk mengelak dari diadakan.

    Jikalah hassan ali mula buat hal nanti, maka sahlah bahawa geng UG daam PAS masih aktif dan tak serik lagi. Cerita tidak patuh kepada keputusan Presiden baru-baru ini tak timbul kerana presiden pun geng depa.

    Jika berlaku, persoalan pokok adalah apakah Presiden PAS bercakap benar apabila mengatakan pintu UG sudah ditutup dan dirantai?

    sama-samalah kita beli murtabak dan air kopi o nanti untuk tengok apa yang berlaku.


    bat8

    ReplyDelete