Saturday, November 14, 2009

Mereka tak mahu jumpa wakil rakyat BN

Penduduk kampung bercerita tentang masalah tanah mereka. Tidak bertukar nama walaupun sudah dibayar. Kita cuba memberikan pendapat, agar mereka bertemu dengan wakil rakyat di tempat mereka.

Mereka kata, wakil rakyat mereka adalah wakil rakyat BN,. Kerana itu lah mereka tidak mahu bertemu, Bimbang tanah tidak dapat, wakil rakyat pula yang sapu bersih.

Cerita tentang wakil rakyat BN sapu tanah orang ni dah biasa dengar. Di mana mana pun ada cerita. Kalau sapu tak apa lagi, ramai juga wakil rakyat yang memperolehi tanah dan menjualnya dengan kadar segeri. Cari untung atas angin. Kerana itu lah maka, penduduk kampung langsung tidak percaya pada wakil rakyat mereka.

Mungkin cerita cerita seperti ini yang membuatkan rakyat tidak mahu BN lagi.
Kalau lah PR itu teruk, BN lagi la buruk. Kalau nak di bandingkan, mahu tak mahu terpaksa juga pilih PR sebab dari pilih BN baik lah PR. Sekurang kurangnya wakil rakyat PR tidak menyeleweng amanah rakyat.

Soal tanah, menurut mereka lagi, laporan dah dibuat, tapi pihak berkaitan tidak mahu ambil tindakan. Banyak alasan. Antara laporan yang dibuat adalah di balai polis dan pejabat tanah. Sudah masuk 8 tahun, tapi tak buat tindakan langsung. Semuanya hampeh kerana masing masing kenal antara sama lain. Pendek kata, semua yang membelit ni, sama gang.

No comments:

Post a Comment