Friday, November 6, 2009

Penyokong UMNO bagan Pinang kena tipu

Sudah hampir seminggu kepulangan aku ke tanah air. Berkunjung ke rumah pakcik di Port Dickson. Selepas solat Jumaat, ajak anak dan isteri ke Pantai Teluk Kemang. Aku tergerak untuk tahu tentang peristiwa Pilihanraya di Bagan Pinang tempoh hari.

Aku sempat temubual seorang remaja sekitar 21 tahun umurnya, seorang kakitangan pengusaha bot pelancung. Tugasnya, membawa pelancung di pantai Teluk Kemang untuk di bawa ke pulau berdekatan dengan menggunakan bot pakciknya. Tidak jauh, tapi sekitar RM50 ringgit tambangnya. Untung tidak lumayan, tapi kalau ramai pelanggan, perkhidmatan itu agak berbaloi.

Menceritakan kembali sejarah tersebut, Pemuda itu berkata, pada minggu berkempen, wakil BN datang berjumpa dengan mereka untuk mengibarkan bendera parti. Mereka menolak kerana tidak mahu membabitkan diri dengan politik. Menurutnya, kalau ada bendera parti politik di bot, menyukarkan mereka mencari pelanggan.



Lalu wakil itu terus bertemu dengan pengusaha yang lain. Tujuan wakil UMNO itu adalah untuk menyewa beberapa bot untuk mengibarkan bendera UMNO dan BN dari Pantai di Batu 4 ke Batu 6. Peristiwa itu dirakam media arus perdana. Memang hebat ketika itu dan keratan surat khabar memaparkan peristiwa itu, ada mereka simpan.

Malangnya, pengusaha bot hanya di berikan RM80.00 untuk sebuah bot sebagai upah. Menurut wakil UMNO itu, mereka berikan hanya deposit tetapi bakinya akan diserahkan selepas perarakan laut itu dibuat. Pada waktu malam selepas rancangan itu berjalan lancar, wakil UMNO itu tidak kelihatan lagi dan panggilan talipon tidak dilayan.

Pemuda itu menceritakan peristiwa itu sambil ketawa.
Pada hari yang sama, ,terdapat juga 2 buah bot yang disewa oleh PAS untuk buat perkara yang sama. Tiap sebuah bot itu dibayar RM200.Tetapi PAS hanya mampu untuk menyewa 2 buah bot sahaja.

Pemuda itu merasakan, barua UMNO yang menjanjikan upah pada pengusaha bot itu sudah memperolehi wang, tapi tidak menyerahkan kepada mereka. Kemungkinan, wang tersebut di balun sendiri.

Selepas peristiwa itu, pengusaha bot tidak mahu lagi mengibarkan bendera UMNO dibot mereka. Ramai yang kecewa dan bertambah malang, pada hari yang sama, bot yang mengibarkan bendera UMNO, tidak mendapat pelanggan kerana pengunjung yang datang ke pantai, adalah orang luar yang menyokong PAS.

Pada hari ini, seorang remaja yang berumur 21 tahun itu bercerita tentang peipuan UMNO ketika berkempen. Apa yang aku ingin bayangkan, apakah mereka mampu mengingati peristiwa itu ketika pilihanraya UMUM ke 13 nanti?

Sekiranya mereka tidak goyah, pastinya keputusan PRU13 nanti, tidak lah sehebat Pilihanraya kecil Bagan Pinang. Silap silap Isa Samad hanya sempat menjadi ADUN untuk hanya 2 ke 3 tahun sahaja.

No comments:

Post a Comment