Thursday, November 5, 2009

PAC siasat, SPRM buat bodoh

Ni semua kerja bodoh. PAC buat siasatan tapi SPRM masih buat bodoh. Boss SPRM masih terhegeh hegeh buat keputusan. Sampai bila SPRM nak tipu rakyat Malaysia.

Kes lain dia sibuk, tapi kes bersangkutan orang UMNO, SPRM kerja macam siul.

SPRM ingat dia boleh bodohkan orang Malaysia?
Sorry la bro .. kalau dah anjing, sampai mampus pun anjing.

PAC berhak buat cadangan
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhak mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk menyiasat penglibatan semua pihak termasuk personaliti besar dalam skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, cadangan PAC itu membuktikan badan bebas itu bersikap telus dan bertanggungjawab dalam menyiasat skandal berkenaan.

''Siasatan SPRM dan polis dalam kes ini berjalan lancar. PAC boleh membuat cadangan.

''Saya tidak boleh kata saya gembira atau tidak dengan syor PAC tetapi saya gembira apabila bercakap mengenai ketelusan dan tanggungjawab saya dalam kes ini. Itu yang penting," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai cadangan PAC supaya SPRM dan polis menyiasat penglibatan semua pihak termasuk personaliti-personaliti besar dalam skandal projek PKFZ.

PAC dalam laporan mengenai PKFZ yang dikeluarkan semalam mengesyorkan SPRM dan polis menyiasat bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choi dan bekas Pengurus Besar PKFZ, Datin Paduka O.C Phang dalam mengeluarkan surat sokongan akujanji untuk projek itu yang boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah pecah amanah.

Mengulas lanjut, Tee Keat berkata, beliau selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap PKFZ memang sejak dari awal lagi mahu siasatan terhadap skandal itu dibuat secara menyeluruh.

''Apabila skandal ini dimaklumkan kepada Kementerian Pengangkutan, pihak kita yang mengarahkan satu siasatan secara menyeluruh dan mendalam dibuat.

''Jadi, ditubuhkan tiga panel untuk menyiasat kes ini. Antara lain panel ini mengkaji secara menyeluruh dan mendalam kelemahan dalam laporan dalaman dan urus tadbir korporat yang perlu ditambah baik dan berusaha memulihkan daya maju PKFZ," katanya.

Dalam pada itu, Tee Keat memilih untuk berdiam diri apabila diminta mengulas krisis dalaman MCA.

No comments:

Post a Comment