Tuesday, November 3, 2009

Awas Khalid Ibrahim !

Kita dah masak dengan sikap penyokong. Suka hati hangpa la.
Aku tak kesah kalau Badrul kena tendang atau ikut UMNO. Yang penting, aku tak makan hasil pendapatannya, dan kalau Badrul lompat, bukan aku yang pening, bukan aku yang kaya. Sekadar dah cerita apa yang kita tahu, apa yang kita rasa.

Tapi kenyataan tentang sikap MB Selangor yang tak jaga YB dan orang politik menyebabkan Kerajaan PR akan hancur, itu aku tak boleh pandang ringan.

Cuba baca artikel raja petra yang di alih bahasa oleh Gomalaysia
Masih banyak lagi pegawai di negeri Selangor setia kepada UMNO. Mereka sebenarnya ditempatkan di sana kerana hubungan mereka dengan UMNO. Jadi, walaupun Pakatan Rakyat dapat mengawal pucuk pimpinan Selangor, ia tidak bermakna mereka mampu mengawal pegawai dibawahnya. Ringkasnya, kepalanya kini bergerak menuju ke satu arah manakala tubuhnya menuju ke arah bertentangan.

Perkara pertama yang dilakukan oleh Khir Toyo ketika kejatuhan BN di Selangor ke dalam tangan pembangkang (selain menghapuskan semua bukti kesalahannya) adalah mengarahkan pegawai Selangor dan jabatan-jabatan Selangor supaya tidak bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Hal ini adalah dilakukan oleh mereka setiap hari. Jadi 'wujudlah pelbagai "perkara-perkara yang melucukan' berlaku di Selangor seperti masalah pengharaman bir, penangkapan bekas Mufti Perlis, kuil dirobohkan dan yang sebagainya. - pautan dari sini
Aku tak marah kalau penyokong tu taat pada pemimpin, tapi biar lah taat guna akal. Kalau taat membabi buta, itu dah kira UMNO toktok. Kalau tak suka UMNO, jangan buat perangai umno.

Kita kritik Khalid kerana sayang kan Kerajaan PR di Selangor, tapi anggapan sesetangah badut, kita nak jatuhkan kerajaan PR. Susah juga bicara dengan tunggul.

Tentang peringatan Raja Petra tu, Khalid kena dengar. Khalid tak jadi MB pun tak apa. Dia dah kaya. Tapi yang susah adalah rakyat yang mahu perubahan pada Selangor. Kalau berubah cuma semusim, tak payah jadi orang Selangor. Baik jadi orang Terengganu. Nak menang susah, dah menang pun susah.

No comments:

Post a Comment