Dah lama juga tidak rasa roti canai. Hari ni aku sempat singgah ke sebuah restoran mamak yang menyediakan roti canai. Bukan lah kegeramaran ku, tapi cukup untuk kembali kan nostalgia ketika menuntut dulu.
Aku bersama teman yang sealiran denganku. Kami sama sama anti pada BN, anti pada UMNO. Dan kerana dianya mempunyai ramai kenalan di sekeliling, maka meja kami di datangi oleh seorang ahli kuat UMNO yang tidak sedar kami bukan sealirannya dengannya.
Dari soal keluarga dan kehidupan membawa kepada cerita tentang politik. Kali ni isu tentang wang ehsan Kelantan. Dengan gagahnya, pro UMNO ini bercerita. Menurutnya, kerajaan Kelantan tidak kenal diuntung. Sudah diberikan wang ehsan, tapi mahukan royalti. Menurutnya lagi, Tuan Guru Nik Aziz sudah setuju, tapi ramai ADUN yang tidak puas hati. Pada pandangannya, orang PAS ni tidak betul dan tidak pandai bersyukur. Malah katanya, minyak yang disedut keluar itu bukan lah di kawasan Kelantan.
Aku cuma diam kerana aku mahu tahu sikap sibodoh UMNO ini di dalam menerima semua cerita bohong propaganda media BN. Rupanya memang betul bahawa ahli UMNO ini memang bodoh bodoh belaka. Aku tidak kesah sangat dengan orang atasan kerana mereka itu bijak menggunakan peluang berada di barisan kepimpinan, tapi aku kesian melihat betapa pengikut yang hidupnya tidak lah semewah mana, tapi mudah di tipu oleh UMNO.
Mereka tidak tahu perbezaan tentang royalti minyak dan wang ehsan. Dimana nilai wang ehsan adalah sedikit berbanding royalti. Dan wang ehsan yang diberikan itu bukanlah untuk kerajaan Kelantan, tapi kepada wakil UMNO di Kelantan. Sudah pasti Awang Adek yang cukup beruntung di dalam hal ini. Kerana itu Awang Adek sudah bercerita tentang kemana arah wang itu akan disalurkan. Untuk rakyat, katanya. Ye ke? Tidak semua rakyat, tapi untuk pembangunan yang membawa keuntungan kepada syarikat syarikat yang mempunyai kepentingan di dalam UMNO.
Soal kedudukan tapak galian pula sudah di sahkan ianya milik Kelantan. Pemberian wang ehsan itu adalah bukti bahawa ianya diberikan kerana kedudukan pelantar minyak itu berada di perairan Kelantan. Kalau tidak, perlu apa wang ehsan itu? Lebih baik tidak dinamakan wang ehsan, tetapi sebut saja "duit UMNO untuk rakyat". Bukan kah lebih mudah?
Kesimpulannya, propaganda media BN yang disiarkan setiap hari, tidak mudah untuk menipu rakyat negara kita. Yang berjaya di tipu adalah ahli UMNO, yang kebanyakannya, tidak sedar diri ditipu akibat terlalu taksub kepada kepimpinan yang kononnya, tanpa mereka Melayu kebulur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment