Mudah lupa .. tu memang perangai orang kita. Tak per ... sikit sikit tak per. Sebab tu la maka ramai pemimpin yang lupa daratan. Belasah wang rakyat selagi mahu. Bila tiba pilihanraya, muka muka penyamun ni la yang datang jumpa orang kampung dan bersalam mesra. Masa tu, semua orang kata penyamun ni baik, sopan santun dan sebagainya.
Hakikatnya, diorang ni memang pandai menipu, berlakun dan beracah-acah. Kononnya mereka tak bersalah. Tektik orang British jaman penjajah dulu.
Dalam soal Mahathir, aku tak kata dia ni jenis jahat segala galanya. Ada juga baiknya. Tapi kukunya di selindung untuk tidak tunjuk tanduk di dahi. Orang semua percaya dia ni la yang bangunkan negara. Dengan nilai pendapatan negara yang berbilion, sapa sapa pun boleh jadi macam dia. Tambah lagi dengan teknik pemerintahan kediktatorannya, menjadikan kerjanya menjadi. Tapi dalam hebat hebat, hebat lagi dia membelasah. Baca komen Slonne, dan fikirlah sendiri. Bandingkan dengan negara lain, kalau dengan wang sebegitu banyak, berapa banyak pembangunan agaknya yang boleh dilakukan di negara. Jepun tiada mahathir, jepun tiada UMNO, tapi diorang boleh menjadi negara yang hebat selepas di punahkan oleh Amerika.Sejarah ni semua orang tau. Tak tau kalo .. memang bodoh.
Adakah berbaloi dengan nilai kemajuan yang kita berolehi di banding yang lesap entah kemana? Mungkin kalau di manafaat kan sekarang, tak ada la antara kita yang mengeluh untuk sekolah kan anak. Soal jalan dan bangunan, memang kita puji. Tapi semuanya kena bayar beb ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment