Thursday, September 10, 2009

Usaha tutup pekung

Perak sudah di rampas dengan cara menongkah perlembagaan. Insiden ini menyebabkan mahkamah dan perlembagaan negara menjadi tidak menentu. Habis semuanya hancur dibuatnya.

Kini, Kedah dan Selangor menjadi tumpuan utama. ADUN PKR menjadi sasaran utama memandangkan kebanyakan mereka berasal dari UMNO. Dan di dalam UMNO, masing masing tahu pekung masing masing. Maka strategi memaksa mereka berpaling tadah adalah dengan ugut dan paksa. Dengan cara mengimbau sejarah sejarah hitam mereka. Baik dari segi rasuahnya atau peribadi. Kerana itu, tidak dapat di tolak lagi, maka terpaksa mereka melompat parti dari PR kepada BN, di dalam keadaan tidak rela.

BN bersungguh sungguh merampas kuasa dari kerajaan PR adalah kerana untuk menutup pekung semua yang terlibat. Tiada siapa yang berkecuali di dalam hal ini kerana BN adalah gedung korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Merampas kuasa adalah ikhtiar untuk menutup pekung mereka dari dibongkarkan satu persatu.

Apa yang berlaku pada Khir Toyo adalah satu contoh kecil yang berlaku di dalam BN. Walaupun ternyata tuduhan di kepilkan dengan bukti dan saksi, namun tiada tindakan dibuat. SPRM cuba beralasan, siasatan dibuat memakan masa kerana yang terlibat adalah individu berprofil tinggi. Kalau hendak di sangkutkan dengan kes, tak perlu semua tapi satu pun sudah cukup. Kalau satu kes yang disiasat, tidak lah perlu memakan masa yang lama. Tapi ini tidak berlaku.

Jesteru itu, BN tidak mampu menanti untuk PRU13 yang dijangkakan pada tahun 2012 atau 2013. BN tidak boleh berharap kepada Pilihanraya kerana sejak awal pun, BN memang tidak menilai kuasa rakyat untuk menubuhkan kerajaan. Dan itu lah yang berlaku pada negeri Perak. Untuk diterbalikkan kepercayaan, sekarang ni dah ada usaha blogger blogger UMNO menjelaskan kononnya Kerajaan Perak Haram sekarang ini adalah kerajaan pilihan rakyat. Adakah rakyat yang buat pilihan? Tidak ... !

Untuk menantikan PRU13, kita memerlukan masa 3 tahun lagi. 3 tahun pada BN terlalu lama. memandangkan banyak kes yang akan terbongkar akibat usaha SELCAT, misalnya memanggil seorang demi seorang talibarut BN yang bekerja di dalam kerajaan negeri Selangor.

Baru baru ini apa yang didedahkan oleh DO Gombak, memang dah jelas. Tapi SPRM tidak memberikan sebarang komen.

Oleh itu, ada yang mengganggarkan Kerajaan negeri Selangor akan dirampas sekitar tahun ini. Maka berlakukan bantahan kuil dan sebagainya yang merupakan rentetan rentetan yang akan dikumpulkan bagi menguatkan usaha merampas kerajaan Negeri.

No comments:

Post a Comment