Analisa
Sesungguhnya politik itu menarik. Tambah tambah lagi politik UMNO yang penuh dengan hasad dengki, khianat dan jatuh menjatuh. Apa yang aku mahu perbincangkan hari ini adalah tentang politik Bagan Pinang. Dari mula kemelut pemilihan calon kepada pengumuman Isa Samad semalam .
Benarkah Mahathir membantah pencalunan Isa Samad atas dasar sejarah korupsinya?
Kalau Mahathir bimbang tentang status korupsi UMNO, sudah pasti Najib sendiri tidak menjadi Perdana menteri atau anak anak Mahathir pun tidak lah berbelanja sakan seperti yang kita tahu.
Perlu di perjelaskan bahawa rasuah di dalam UMNO adalah Budaya, bukan lagi jenayah atau kesalahan. Kalau ada tindakan dan hukuman dalaman UMNO terhadap kes tersebut, ianya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.
Sebut sahaja UMNO, sudah pasti membayangkan kemampuan kewangan mereka di dalam mengagihkan projek dan pembelian sokongan. Bodoh benar lah pemimpin UMNO itu kalau tidak berasuah kerana ianya merupakan pendapatan sampingan yang turut di gunakan bagi kekal berkuasa. Malah pendapatan sampingan ini kerapnya lebih dari pendapatan tetap hasil dari kepimpinan mereka.
Lantas itu, kalau alas an Mahathir tidak mahu Isa kerana rasuahnya, ianya tidak benar sama sekali. Bersih mana Mahathir untuk tidak menerima rasuah?
Yang menarik untuk dihighligtkan sejak tempoh tempoh terdekat ini adalah, MB Negeri Sembilan sekarang, Datuk Seri Mohamad Hassan tidak memberikan sebarang komen, walaupun dia Menteri Besar. Seperti yang kita tahu dia dilantik menjadi Menteri besar, ketika zaman pemerintahan Mahathir lagi. Sukar untuk mengaitkan antara kejatuhan Isa Samad dan naiknya Mohamad Hassan sebagai pengganti kerana tiada bukti bukti yang kukuh. Kita sekadar kata, ianya mungkin konspirasi.
Yang jelas, Mohamad Hassan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, tidak banyak bercerita tentang Bagan Pisang atau calun yang patut diletakkan di sana. Kenapa?
Sokongan UMNO di Bagan Pinang kepada Isa Samad memang hebat. Kalau ada pun yang tak suka, hanya muka beberapa kerat manusia yang sedang berjinak jinak untuk berbaik dengan Mohamad Hassan.
Ada khabar dari sana memberitahu bahawa terdapatnya penyokong Isa Samad yang tidak terbela selepas Mohamad Hassan menjadi Menteri Besar.Kontrak pun kurang, agihan projek yang tidak seperti dulu dan tidak kurang juga kumpulan baru yang tiba tiba timbul sebagai pengusaha tender tender kerajaan NS di sana.
Perbezaan ini membuatkan penyokong tegar Isa, kecewa. Kerana ekonomi dan kurangnya projek di sana, telah Berjaya menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong Isa Samad dengan pemerintahan Menteri Besar, Mohamad Hassan. Ditakdirkan ADUN lepas Bagan Pisang meninggal dan ini mencerahkan peluang Isa Samad untuk kembali beraksi. Maka gembira lah penyokongnya dengan harapan, berubah ADUN, mereka berpeluang kembali memperolehi kontrak kontrak dikawasan tersebut.
Mohamad Hassan pula kelihatan tidak berapa selesa dengan sokongan ahli UMNO beberapa kawasan terhadap Isa Samad. Maklumlah, ibarat isteri baru yang tidak selesa kalau janda kepada suaminya datang menjenguk jenguk di pinggir jendela. Cemburu mesti, bimbang pun ada. Kerana itu, bila nama Isa Samad di war warkan oleh penyokong nya sebagai calun yang sepatut bertanding di Bagan Pinang, Mohamad Hassan kelihatan mendiamkan diri, disamping berharap agar saranan Mahathir untuk tidak memilih Isa Samad mendapat sokongan. Malangnya tidak.
Sekiranya Isa Berjaya kembali berkuasa di Bagan Pinang, kebimbangan Mohamad Hassan akan lebih terserlah. Dia akan berhadapan dengan imbauan kisah silam ketika pemerintahan Isa dan kemungkinan UMNO akan berpecah. Kalau perpecahan ini ujud, maka BN Negeri Sembilan akan berhadapan dengan masalah.
Maka itu, menang atau kalah nya PR, tidak perlu diambil kira kerana mungkin ada rahsia tersirat disebalik kejadian. Lagipun, bukan mudah untuk mengawal sebuah kawasan perlancungan yang penuh maksiat di Port Dickson. Kalau sekiranya PAS Berjaya, silap silap nama parti pun rosak. Maka perlukah PAS menang sekarang berbanding PRU13 nanti?
Berserah saja kepada yang Esa, kalau benar waktunya ini adalah masa yang sesuai untuk Bagan Pinang jatuh kepada PAS, kita bersyukur. Kalau kalau pun, kita Redha. Kerana Allah swt tahu apa yang Dia berlaku. Kita setakat berdoa dan berusaha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jahannam UMNO
ReplyDelete