Saturday, September 26, 2009

Hassan Ali cakap bagi pihak Khir Toyo ke?

Masih lagi dengan hal Hassan Ali. Dalam soal Selcat ini, nampaknya yang cukup bimbang adalah Khir Toyo dan kerajaan nya yang lalu, kerana tindakan soal jawab secara terbuka itu menyebabkan ramai rakyat sudah tahu tembelang dia dan partinya.

Yang terakhir, DO Gombak menjelaskan banyak kontrak di tawarkan ketika musim pilihanraya. Ada kontrak yang cuma di luluskan dalam masa 24 jam. Dalam masa yang sama, campur tangan politik di dalam soal tender sungguh memualkan.

Seharusnya, Khir Toyo melahirkan kebimbangan dengan tindakan Selcat itu. Ataupun kakitangan yang bersubahat menyeleweng wang rakyat. Tapi di sini, Hassan Ali memainkan peranannya membantu Khir Toyo.

Siapa sebenarnya Hassan Ali ini? Sikapnya yang berat sebelah telah terserlah sejak isu perbalahan 'erdogan' dan 'pro muzakarah' berlaku. Ada masih dendam lagi?

Atau dia masih ghairah untuk menjadi MB? Nasihat aku pada Hassan, biarlah Khir Toyo cakap sendiri. Tak perlu ada jurucakap pun.

1 comment:

  1. Hassan Ali tu pengampu UMNO dan Khir toyol. Dua dua ini sama perangai -gila royan. Khak Ptuiii!

    ReplyDelete