Tuesday, September 1, 2009

BN, cuba cuba lah berubah

Ramai yang sudah menduga, sekiranya sebarang urusan kenegerian yang melibatkan UMNO, sudah pasti jawapannya, memihak kepada mereka.

Hari ni segalanya terbukti. Maka berlonjaklah wakil ADUN Kedah yang tidak menghadirkan diri tanpa alasan, pada awalnya, tetapi masih di gelar ADUN.

Keputusan SPR di dalam isu ini amat jelas. Walaupun memihak kepada ADUN BN tersebut, tapi realitinya, ramai yang seperti malas untuk bertegang leher.

Seperti yang di sebut oleh ramai blogger, bahawa SPR dikatakan sebagai kuda tunggangan UMNO sejak azali lagi. Oleh itu, setiap pengerusi yang dilantik, secara tidak langsung atas ehsan pemimpin tertinggi UMNO sendiri. Jika tidak, sudah pasti tidak berdaya mencium walau sekelumit bau aircond pejabat pengerusi SPR. Tambahan lagi, naik turun gaji mereka bergantung kepada kerjasama mereka kepada pemimpin BN.

Mungkin pihak yang menang di dalam isu tersebut boleh mendabik dada. Tapi realitinya rakyat bertambah tambah meluat dengan perkembangan yang semakin jelas membayangkan bahawa undang undang dan penguatkuasaan jelas memihak kepada BN.

Hari ni mereka gembira, tapi rakyat semakin jauh meninggalkan mereka.
Cuma antara sedar atau tidak.

No comments:

Post a Comment