Wednesday, September 30, 2009

SPR cuba bodohkan rakyat


Bukan kali pertama SPR tolak saranan rakyat untuk hapuskan undi POS. Alasannya, undang-undang bukan pada dia. Sedangkan dia boleh buat usul untuk diubah. Tapi sejak dulu lagi, bila Pengarahnya di tanya, dia akan bagi alasan demi alasan. Tu susah lah .. ini susah lah .. akhirnya lepas pilihanraya, semua isu ni di diamkan dan timbul lagi setiap kali ada pilihanraya.

Undi POS di Bagan Pinang.
Semua orang tau ada kem tentera di Port Dickson. Waktu dulu, undi pos dijalankan di tengah hutan. Beg undi pos di bawa ke bandar menggunakan helikopter untuk dikira. Sekarang ni kem tentera letak di tepi jalan. Kalau SPR nak hantar beg undi ke tempat pengundian, guna basikal pun boleh sampai. Apa logiknya undi POS ni? Kan lebih baik, tentera tu datang sendiri ke pusat undi dan beratur macam orang biasa.

Kalau masih di pertahankan undi POS ni, memang sah ada udang sebalik batu. Semalam MB N9 kata, undi POS tidak menjamin kemenangan. ye ke? Kalau berani tak payah guna undi pos. Itu pun kalau ada teloq. PRU 12 dulu, kalau tak der undi POS, Bagan Pinang tu dah sah jatuh ke PAS. Majoriti undi cuma 2,000 lebih sementara undi POS ada 4,000 lebih. Kalau tak ada undi POS, jangan harap BN nak menang.

Di dalam pusat undi POS, tiada wakil dari mana mana pihak kecuali tentera sendiri. Betul ke tentera tu tak der parti? Masa bawa beg undi POS pun, tiada siapa pulak yang jadi saksi. Kalau berlaku apa apa ketika dalam perjalanan, semua orang tak tahu. Beg bertukar? Cam biasa dengar.

Minggu lepas MAFREL nak jadi saksi undi POS. Kita tengok berani tak SPR bagi kebenaran. BN usah cerita la. Diorang lagi la bacol. Kita tunggu apa kata SPR tentang usul Mafrel tu.

SPR jangan nak menggelembong la. Kalau zaman dulu mungkin orang tak pergi sekolah. Sekarang ni semua orang dah cerdik cerdik. Mungkin SPR sahaja yang masih dungu.

Khalid .. kenapa Selangor bukan negeri anti rasuah?


Baru baru ni Badan Internationl Transparency meletakkan Malaysia di tangga ke 47 (antara terkebawah) dalam usaha benteras rasuah. Pulau pinang pula mendapat pujian kerana anti rasuah mereka. Tapi tak sebut pun Kedah atau Selangor yang dibawah Pakatan Rakyat terlibat sama. Kenapa ?

Kalau nak sebut negeri di bawah pemerintahan BN sebagai negeri anti rasuah, mampuih aku tak caya.

Apa yang patut menjadi contoh dari Pulau Pinang adalah melalui usaha merubah struktur kerajaan. Selepas PR ambil alih, Bos bos PBT di tukar. Bimbang budaya rasuah terus kekal. Mereka dah di asuh dari dulu bagaimana nak cari duit sampingan dan bantu parti. Kerana tu usaha buang mereka ini di lakukan oleh Pulau Pinang. Yang tak dapat diubah adalah badan badan berunsur kan agama Islam kerana isu tu sensitif. Maka Guan Eng biarkan orang yang sama buat kerja.

Di Selangor, berlaku sebaliknya. Semalam gua terima email dari Shah Alam, menyatakan bahawa 2 hari lepas, MBSA buat undian kerja sebut harga (tender). Tengok punya tengok, syarikat syarikat yang selalu di pilih oleh Datuk Bandar masih kekal. Syarikat kroni lah agaknya. Diorang terus dapat kontrak. Maka ramai antara Ahli Majlis - ahli majlis MBSA yang tidak puas hati. Rasa tak puas hati mereka ini di dengar oleh Datuk Bandar sendiri. Kerana itu, mereka buat ancaman. Kalau Datuk Bandar tak tarik balik keputusan tu, diorang nak bawa benda ni ke SPRM.

SPRM lagi .. mampuih aku tak caya.

Apa yang aku nak komen di sini adalah, Khalid Ibrahim patutnya buka sikit telinga tu. Mata tu jangan lelap. Dulu jawatan Datuk bandar ni dah expired, pastu dia sambung juga. kenapa?

Dari awal lagi orang dah bising. tapi Khalid buat derk jer.
Nak tunggu bila lagi?

Khalid ni pun satu. Jangan kerana barua-barua BN dalam kerajaan, sampai rosakkan perancangan. Bila dah terhantuk, baru nak terngadah. Kalau apa apa jadi dalam Selangor, lu punya pasal la.

Projek Mee Segera cara BN belasah duit rakyat masa pilihanraya


Ni la cara nak belasah duit rakyat masa pilihanraya. BN bukak tender, BN belasah tender. Duit tender buat guna masa pilihanraya. Pasang poster, bayar pengundi.

Tentu kita tanya kenapa setiap kali pilihanraya, BN akan turap jalan.
Merujuk kepada kenyataan DO Gombak ketika di tanya Selcat. Banyak projek di luluskan dengan kadar segera ketika pilihanraya. Kadang kadang tak sampai 1 hari kelulusan dah dapat. Yang menarik lagi, ada juga pembayaran dibuat sebelum buat projek.

Semuanya nak belasah duit rakyat. BN ingat rakyat bodoh ke?
Kalau tak percaya benda ni berlaku, baik tanya JKR yang luluskan projek turap jalan ni.

Tanpa UNDI POS, BN dah lama Mampos

Menurut siasatan awal dari blog INI.. cuma 2000 orang yang tinggal di dalam kem di lokasi pilihanraya untuk undi pos. Tetapi mengikut perangkaan SPR, jumlah undi POS di bagan Pinang adalah 4,000 lebih.

Bayangkan, kalau tiada undi POS, mungkin BN sudah tidak lagi menjadi kerajaan selepas PRU12 lepas.
Kalau BN masih mahu kekalkan Undi Pos,  .. .kena buat Kem dalam Hutan.

Baru la real ... Tak ada lah orang tuduh penipu.

Tuesday, September 29, 2009

Perlukah PAS menang di Bagan Pinang?

Analisa


Sesungguhnya politik itu menarik. Tambah tambah lagi politik UMNO yang penuh dengan hasad dengki, khianat dan jatuh menjatuh. Apa yang aku mahu perbincangkan hari ini adalah tentang politik Bagan Pinang. Dari mula kemelut pemilihan calon kepada pengumuman Isa Samad semalam .

Benarkah Mahathir membantah pencalunan Isa Samad atas dasar sejarah korupsinya?

Kalau Mahathir bimbang tentang status korupsi UMNO, sudah pasti Najib sendiri tidak menjadi Perdana menteri atau anak anak Mahathir pun tidak lah berbelanja sakan seperti yang kita tahu.

Perlu di perjelaskan bahawa rasuah di dalam UMNO adalah Budaya, bukan lagi jenayah atau kesalahan. Kalau ada tindakan dan hukuman dalaman UMNO terhadap kes tersebut, ianya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.

Sebut sahaja UMNO, sudah pasti membayangkan kemampuan kewangan mereka di dalam mengagihkan projek dan pembelian sokongan. Bodoh benar lah pemimpin UMNO itu kalau tidak berasuah kerana ianya merupakan pendapatan sampingan yang turut di gunakan bagi kekal berkuasa. Malah pendapatan sampingan ini kerapnya lebih dari pendapatan tetap hasil dari kepimpinan mereka.

Lantas itu, kalau alas an Mahathir tidak mahu Isa kerana rasuahnya, ianya tidak benar sama sekali. Bersih mana Mahathir untuk tidak menerima rasuah?

Yang menarik untuk dihighligtkan sejak tempoh tempoh terdekat ini adalah, MB Negeri Sembilan sekarang, Datuk Seri Mohamad Hassan tidak memberikan sebarang komen, walaupun dia Menteri Besar. Seperti yang kita tahu dia dilantik menjadi Menteri besar, ketika zaman pemerintahan Mahathir lagi. Sukar untuk mengaitkan antara kejatuhan Isa Samad dan naiknya Mohamad Hassan sebagai pengganti kerana tiada bukti bukti yang kukuh. Kita sekadar kata, ianya mungkin konspirasi.

Yang jelas, Mohamad Hassan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, tidak banyak bercerita tentang Bagan Pisang atau calun yang patut diletakkan di sana. Kenapa?

Sokongan UMNO di Bagan Pinang kepada Isa Samad memang hebat. Kalau ada pun yang tak suka, hanya muka beberapa kerat manusia yang sedang berjinak jinak untuk berbaik dengan Mohamad Hassan.

Ada khabar dari sana memberitahu bahawa terdapatnya penyokong Isa Samad yang tidak terbela selepas Mohamad Hassan menjadi Menteri Besar.Kontrak pun kurang, agihan projek yang tidak seperti dulu dan tidak kurang juga kumpulan baru yang tiba tiba timbul sebagai pengusaha tender tender kerajaan NS di sana.
Perbezaan ini membuatkan penyokong tegar Isa, kecewa. Kerana ekonomi dan kurangnya projek di sana, telah Berjaya menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong Isa Samad dengan pemerintahan Menteri Besar, Mohamad Hassan. Ditakdirkan ADUN lepas Bagan Pisang meninggal dan ini mencerahkan peluang Isa Samad untuk kembali beraksi. Maka gembira lah penyokongnya dengan harapan, berubah ADUN, mereka berpeluang kembali memperolehi kontrak kontrak dikawasan tersebut.

Mohamad Hassan pula kelihatan tidak berapa selesa dengan sokongan ahli UMNO beberapa kawasan terhadap Isa Samad. Maklumlah, ibarat isteri baru yang tidak selesa kalau janda kepada suaminya datang menjenguk jenguk di pinggir jendela. Cemburu mesti, bimbang pun ada. Kerana itu, bila nama Isa Samad di war warkan oleh penyokong nya sebagai calun yang sepatut bertanding di Bagan Pinang, Mohamad Hassan kelihatan mendiamkan diri, disamping berharap agar saranan Mahathir untuk tidak memilih Isa Samad mendapat sokongan. Malangnya tidak.

Sekiranya Isa Berjaya kembali berkuasa di Bagan Pinang, kebimbangan Mohamad Hassan akan lebih terserlah. Dia akan berhadapan dengan imbauan kisah silam ketika pemerintahan Isa dan kemungkinan UMNO akan berpecah. Kalau perpecahan ini ujud, maka BN Negeri Sembilan akan berhadapan dengan masalah.

Maka itu, menang atau kalah nya PR, tidak perlu diambil kira kerana mungkin ada rahsia tersirat disebalik kejadian. Lagipun, bukan mudah untuk mengawal sebuah kawasan perlancungan yang penuh maksiat di Port Dickson. Kalau sekiranya PAS Berjaya, silap silap nama parti pun rosak. Maka perlukah PAS menang sekarang berbanding PRU13 nanti?

Berserah saja kepada yang Esa, kalau benar waktunya ini adalah masa yang sesuai untuk Bagan Pinang jatuh kepada PAS, kita bersyukur. Kalau kalau pun, kita Redha. Kerana Allah swt tahu apa yang Dia berlaku. Kita setakat berdoa dan berusaha.

Mahathir lihat sendiri hasil rosak tangannya

Anak jadi tokey arak terbesar Filipina,  Samy dah jadi lawan bukan kawan dan orang Bagan Pinang pulak tak mahu dengar cakap..

Ingat doa Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dulu?
Mahathir akan saksikan kerosakan-kerosakan yang telah dibuat.

Panjang lah umurnya .. untuk saksikan kesemua.

Monday, September 28, 2009

Pengusaha lembu lebih bijak dari UMNO


Aha .. kali ni kepala dan badan lembu sekali datang ke SUK, Shah Alam. Kerana itu kita tak kesah sangat. Kalau datang kepala sahaja dan di pijak pula, baru lah orang tak puas hati.

Pengusaha lembu lebih bijak dari UMNO rupanya.

Saturday, September 26, 2009

Hassan Ali cakap bagi pihak Khir Toyo ke?

Masih lagi dengan hal Hassan Ali. Dalam soal Selcat ini, nampaknya yang cukup bimbang adalah Khir Toyo dan kerajaan nya yang lalu, kerana tindakan soal jawab secara terbuka itu menyebabkan ramai rakyat sudah tahu tembelang dia dan partinya.

Yang terakhir, DO Gombak menjelaskan banyak kontrak di tawarkan ketika musim pilihanraya. Ada kontrak yang cuma di luluskan dalam masa 24 jam. Dalam masa yang sama, campur tangan politik di dalam soal tender sungguh memualkan.

Seharusnya, Khir Toyo melahirkan kebimbangan dengan tindakan Selcat itu. Ataupun kakitangan yang bersubahat menyeleweng wang rakyat. Tapi di sini, Hassan Ali memainkan peranannya membantu Khir Toyo.

Siapa sebenarnya Hassan Ali ini? Sikapnya yang berat sebelah telah terserlah sejak isu perbalahan 'erdogan' dan 'pro muzakarah' berlaku. Ada masih dendam lagi?

Atau dia masih ghairah untuk menjadi MB? Nasihat aku pada Hassan, biarlah Khir Toyo cakap sendiri. Tak perlu ada jurucakap pun.

Hassan Ali perlu di motivasikan

Kononnya Hassan Ali ni pakai motivasi. Kerana tu mula mula tindakan dia di kala Selangor di tawan PR, dia yang galak sangat buat kursus motivasi pada Kakitangan kerajaan negeri. Kat situ dia dah nampak peluang.

Tapi sedar kah kita, kekadang Doktor dan Akauntan campur 1 dan 3 menggunakan calculator?

Begitu lah juga Hassan Ali, selain perlu di nilaikan taraf dia sekarang, dia juga perlu di motivasikan. Orang yang kata dirinya pandai, tapi sebenarnya lebih bodoh dari orang bodoh.

Nak pendek kan cerita, Noh Omar minta serah borang UNMO pada Hassan Ali. Mungkin dia nak pulang ke ganggang.

Oh Mahathir ...

Mengikut kenyataan di SINI, Mahathir menyatakan, kalau dia lah Isa Samad, dia tidak akan bertanding, tetapi bantu BN berkempen.

Katanya lagi, walaupun penting bagi Umno menang di Bagan Pinang, tetapi calon yang tercemar akan memalukan parti dan kerajaan BN.

Mahathir patutnya tengok la cermin. Jangan cakap ikut sedap mulut. Bersih ke dia tu untuk cerita oleh lain kotor? Selagi dia boleh cakap, dia akan terus cakap. Perasan bagus. Letak jawatan bukan beerti bersih, tidak dibawa kemahkamah, bukan beerti jujur.

Friday, September 25, 2009

Bagan Pinang : Adakah beg misteri bakal turun lagi?

Hari ni adik buat panggilan ucapan Hari Raya. Sempat juga cerita lebih kurang tentang politik tanah air. Disebabkan adik ni beraya di Kelantan, jadi ceritanya berkisar tentang PRK Manek Urai yang lepas.

Khabarnya, rakyat Kelantan sibuk bercerita tentang kandungan beg hitam yang turun ketika PRK Manek Urai yang sehingga sekarang masih menjadi misteri. Saksi saksi siap dengan imej imej yang mereka ambil, tapi tiada seorang pun yang mahu menafikan bahawa beg itu berisi wang. Tambah meyakinkan apabila beg beg tersebut di iringi oleh barua barua yang asyik mengerling mata memandang keliling, sepanjang perjalanan membawa beg tersebut.

Cerita itu tidak habis disitu, khabarnya selepas pilihanraya tersebut, ramai yang tiba tiba mengubahsuai rumah menjadi lebih besar. Rumah yang buruk pula berubah menjadi cantik. Ada juga cerita cerita yang mengesahkan bahawa terdapatnya simpanan wang keping RM50 dengan jumlah yang banyak, disimpan oleh orang orang tengah yang bertugas untuk membeli undi pada Pilihanraya. Namun, Pilihanraya selesai, tapi lebihan wang masih ada.

Maka cerita cerita itu membuatkan ramai yang tidak berpuas hati dengan sikap orang tengah yang tidak menyalurkan bantuan wang itu kepada yang sepatutnya. Dengan ertikata lain, harapkan orang tengah, tapi dia yang belasah.

Merujuk kepada cerita itu, tertanya lah kita, berapa banyak kah beg beg hitam misteri yang bakal turun pada pilihanraya Bagan Pinang 3hb Oktober nanti?

Buka mata, pasang telinga. Kita akan saksikan fenomena yang serupa setiap kali pilihanraya. Kalau nak dikaitkan dengan jumlah PRK yang terlalu banyak pada tahun ini, hati bertanya juga, apakah tujuan sebenar perancangan Yang Maha Kuasa?

Pendedahan untuk perubahan jangka panjang?

Thursday, September 24, 2009

Hassan Ali kemaruk nak jadi MB?

Kalau dah kemaruk sangat, sebut terang terang dan tak payah bermuslihat lagi.
Kan lebih baik?

Pas Selangor di katakan tidak mahu interogasi SELCAT di buat secara terang terang. Betul ke PAS Selangor atau sebahagian saja?

Kenapa? Takut dedah rahsia?

Bukan kah kita mahu semuanya dibuat secara telus dan terang? Ada pulak yang kata kalau dibuat secara terang boleh menakut nakutkan orang yang disiasat.

Berani buat, berani tanggung. Kalau takut nak tanggung, tak payah la buat.
Kan mudah.
Apa PAS Selangor pun nak jadi macam UMNO jugak ke? Simpan simpan .. dah terbongkar baru kecoh. Lepas terbongkar, usaha nak tutup balik.

Kalau Pas Selangor nak jadi cam UMNO, baik tukar bendera.

Khalid Ibrahim lemah

Biasa la. Bila tiba hari raya semuanya berkumpul. Berbilang bangsa, semua ada.
Hari ni kawan kawan tiba dengan cerita masing masing. Seperti biasa, Aziz akan cerita pasal politik. Dia adalah ahli PR sejak 4 tahun yang lepas.

Hari ni dia kelihatan berbeza sekali.
Cerita tentang Khalid Ibrahim. Ada saja yang dia tidak berpuas hati. Semunya salah.

Aziz : Khalid Ibrahim lemah
Aku : Pasti?
Aziz : Ye
Aku : Kalau di tanya antara Khalid dan Khir Toyo, siap yang baik?
Aziz : Khalid teruk, tapi Khir lagi buruk.

Wednesday, September 23, 2009

Bonus Bilal Siak : UMNO terkedu lagi

Bukan mudah untuk UMNO memperolehi isu nak burukkan orang PAS. Sekali dapat cerita tak pasti, kecoh satu dunia. Semua orang cerita benda sama. Baik TV, media dan blogger.

Bila disuruh siasat, depa lengah lengah.

Awal hari ni Pengarah JAIPk, buait sikit kenyataan.
Pautan di SINI.

Kita tengok silat orang orang UMNO macam mana. Aku memang gerenti, UMNO pasti terkedu. Bukan sekali, tapi dah biasa.

Semangat luntur, jiwa hancur, ketenangan campur baur.
UMNO sampai bila pun memang kelakar. Parti lawak, parti jalut dan parti merapu rapu.

Mari kita cabar UMNO untuk buat laporan polis atas siapa yang songlap duit Bonus Bilal dan Siak ni. Kita tengok siapa yang kena, siapa yang termalu, terkedu kedu.

Cubaan merampas kuasa pengarah JAIPK (Update)

Hari ni kecoh lah cerita tentang kegagalan pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang tak dapat keluarkan bonus kepada siak dan bilal masjid di Perak sempena hari raya.

Ada satu artikel yang cukup menarik di SINI.
ANa tidak berminat hendak mengulas secara detail prosedur perjalanan kewangan bonus itu drp kerajaan negeri sehinggalah ke akaun masjid kerana setiap prosedur dan tatacara perlu diperhalusi dengan sebaik-baiknya... Bayangkan kita raya pada 20hb september... waran kewangan dikeluarkan pada 9hb september... selama 11 hari digunakan untuk meneliti, menyiasat, mengumpul maklumat dan sebagainya mengenai bilal dan siak dalam negeri perak.. hampir terdapat 700 buah masjid dalam negeri perak... jd... proses untuk selesaikannya, anda semua boleh fikirkan dengan sendiri la...
Aku tak sabar menanti kenyataan dari Pengerusi JAIPk itu sendiri. Tentunya kenyataan beliau itu amat menarik dan bakal menutup mulut UMNO serta blogger blogger barua mereka dari terus menuduh beliau menyeleweng wang tersebut.

Tunggu ...
UPDATE
Kenyataan dari Pengarah JAIPk
Sheikh Mohamah Nor berkata JAIP menerima waran daripada Pejabat Kewangan Negeri bagi pembayaran saguhati itu pada 9 Sept lepas dan mengagihkan kepada Pejabat-pejabat Daerah pada 11 Sept.

"Pejabat Daerah pula diarahkan untuk memproses segera bayaran tersebut ke dalam akaun setiap masjid pada 16 Sept 2009.

"Pada hemat saya, selewat-lewatnya 18 atau 19 Sept 2009, pegawai-pegawai masjid berkenaan telah menerima saguhati tersebut," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ipoh hari ini. - malaysiakini
Kita tengok siapa yang bersalah sebenarnya ... dan apa pulak kata blogger blogger barua UMNO yang melalut tanpa usul periksa. Mungkin ada yang tertelan kahak sendiri nanti.

Beranikah Gani Patail?

Rais Yatim minta Gani Patail untuk mengklasifikasikan Pembelian gelaran 'Datuk' dan 'kelulusan' yang dibeli adalah satu perbuatan jenayah.

Pautan di sini

Secara logiknya, ianya memang salah. Tapi bagaimana kalau yang terbabit adalah pemimpin BN sendiri?

hai ... bakal kena batang hidung, nampaknya.
Ke kiri salah, ke kanan salah. Habis semua sereba salah.

Bagan Pinang: Undi dari Kaum India dan Cina akan ke PAS

8,577 atau 62.77 % pengundi terdiri daripada kaum Melayu,
2,834 atau 20.74 % pengundi India,
1,498 atau 10.96 % pengundi Cina dan
755 atau 5.54 % terdiri daripada lain-lain bangsa.

Hari ni dinyatakan, Kaum India dari seksyen 23, Shah alam akan bantu PAS berkempen di atas isu kepala lembu. Manakala kaum Cina pula merujuk kepada isu Kematian Teo Beng Hock.

Ini bermakna, kalau UMNO menang pun, undian datangnya dari undi POS yang sebanyak 4,600 serta sebahagian dari Pengundi Melayu.

Oleh itu, berani kah SPR benarkan Mafrel untuk pantau proses undi POS sedangkan itu lah antara harapan untuk mereka kekalkan kerusi?

UMNO Teluk Kemang vs Mahathir

Memang syok tengok keadaan ini.
Mahathir tak mahu ISA manakala UMNO Teluk Kemang pula bertindak sebaliknya.

Apa gerangan pendapat Pemimpin UMNO agaknya?
Di telan mati mak, di luah mati bapak.

Di ikutkan Mahathir, orang kampung tak undi. Isa Samad pasti pasang jarum. Di turutkan kehendak orang Teluk Kemang pulak, bakal mengundang serangan dari PR.

Susah nya jadi UMNO ni ...

Tuesday, September 22, 2009

Giliran BN pula?

Di gembar gemburkan bahawa Adun BN dari Johol di katakan mengidapi sakit kanser tulang dan menyebabkan dia menghulurkan surat perletakan jawatan. Menurut laporan di SINI, surat perletakan jawatan itu di tolak.

Betul ke tidak?

Harap harap betul .. kerana ketika ini kedudukan PRK adalah 8 memihak kepada PR sementara hanya satu dari BN.

Dan 11hb October nanti, Bagan Pinang akan ada pilihanraya. Kerusi lepas di pegang oleh ADUN BN sementara sekiranya betul di Johol akan ada pilihanraya, di situ merupakan kerusi ke3 milik BN yang akan dikosongkan.

Adakah tiba masanya jajahan BN berganti ganti mengalami PRK?
Kalau dulu kebanyakannya jajahan PR dan selepas ini BN pula, ianya bagaikan di susun untuk dijadikan perbandingan untuk rakyat menilai, sokongan mana yang semakin kuat sekarang.

BN akan cuba bertahan dengan tembok yang semakin rapuh menanti runtuh.

Bagan Pinang: UMNO pening

Mahathir cuba campur tangan dalam pemilihan Calun untuk Bukit Gantang. Dia terus bangkitkan soal korupsi calun yang seperti menyindir seseorang. Mahathir masih perasan dia menjadi pemimpin UMNO. Padanya semua orang BN dah tak betul. Samy tak betul, Isa samad pun tak betul. Siapa lagi di dalam BN yang betul?

Mahathir masih cam dulu, mula mula suka, lepas tu kalau burung tiong tak ikut kata, orang tu pulak yang jadi mangsa. Orang yang dipilih dulu pun ramai yang tak betul. Jadi, siapa kah yang paling betul antara yang tak betul?

La nih, orang Bagan Pinang pun dah pening. Calun yang diharapkan mungkin tidak dapat jadi calun. Kalau letak ISA SAMAD, rekod 'cemerlangnya' akan di ulang tayang. Pembangkang sedang tunggu peluang. Silap langkah, peristiwa di Permatang Pasir akan berulang. Dalam waktu berkempen, sopak calun pun terbongkar.


Sekarang, kita tunggu la 29hb. UMNO kata dia nak umumkan nama calun. Bersih mana agaknya calun UMNO tu nanti.

Sunday, September 20, 2009

Hassan Ali masih PAS atau dah masuk UMNO?

Rasanya kalau di tanya siapa orang PAS yang akan masuk UMNO, maka jawapannya adalah Hassan Ali. Lidahnya sekarang bercakap bagi pihak UMNO. Dia sibuk cerita pasal SELCAT sedangkan senyap tentang SPRM.

Dah panas bontot atau dalam proses letak harga upah lompat parti.

Baca artikel Penarik Beca. Di sindir bagus punya. Pautan DI SINI

Cuma nak tanya Hassan, Masih lagi PAS atau dah masuk UMNO?

Friday, September 18, 2009

PRK Bagan Pinang : Berita penyedap hati

Jangan pelik kalau berita berita penyedap hati akan di alun lunak gemalai ketika hari hari awal pilihanraya kecil.

Semuanya berpihak kepada BN. Dulu didendang diPermatang Pauh, di Bukit Gantang, di Manek Urai dan hari ni lenggang lenggok irama beralun semula. Kali ni di Bagan Pinang.

Rujuk Petanda awal pengundi DUN Bagan Pinang sokong BN

Nasihat : Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Thursday, September 17, 2009

Mahathir pula buat UMNO terkedu

Hari ni Mahathir menyatakan kekecewaannya dengan segelintir UMNO yang menghina dia dulu. Bermakna kalau nak disamakan dengan Kalung Selipar tu jauh la bezanya.

Kenyataan itu membuat UMNO yang sibuk buat laporan polis tentang tindakan wakil MIC tu jadi terkedu.
Memang terpikir juga kenapa masa Mahathir di hina dulu, tiada laporan polis dibuat?

Jelas .. memang jelas. UMNO hipokrit dan tindakan mereka hampir semua ada agenda tersendiri. Kebanyakannya tidak adil, double standard dan kebudak-budakan.

Memalukan.

BN ada tugas berat di Bagan Penang

Calon BN, Allahyarham Azman Mohd Nor yang meninggal dunia memenangi kerusi itu dengan mendapat 6,430 undi dengan majoriti 2,333 undi.

Meskipun demikian, dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS Ramli Ismail berjaya memperolehi 4,097 undi, hampir kesemuanya dipercayai dari 9,267 pengundi yang tidak mengundi melalui undi pos.

Pengundi POS tidak boleh kira, kerana ia talian hayat BN.

66 peratus dari pengundi Bagan Penang adalah Melayu, 10.5 peratus Cina, 19.9 India dan 3.5 peratus bangsa-bangsa lain

Isu yang akan mungkin di ceritakan ketika musim berkempen adalah Isu Kuil di Shah Alam, Kepala lembu, Kalung Selipar dan PKFZ.

BN pasti berhadapan dengan masalah meyakinkan pengundi. Kerja berat terutama kepada pada MIC. Tapi mungkin juga BN yakin sebab talian hayat sebanyak 4,600 undi masih ada. Lantak hangpa la.

Wednesday, September 16, 2009

Fungsi undang-undang

Undang undang boleh buat negara aman. Undang undang juga boleh selamatkan lanun-lanun dari dikenakan tindakan.

Artikel mesti baca
Pendedahan dokumen PKFZ

Lagi kali UMNO kena guna akal

Lagi pasal selipar ...

Dulu UMNO mengutuk Mahathir. Tak cukup cukup. Semua pun nak mengutuk. Cuma gua belum sempat nak cari pautannya.


Sekarang MIC pun nak lawan, tapi tak boleh sebab kena serang ramai ramai oleh UMNO. Gua nak bagi nasihat kat puak puak UMNO ni. Kalau buat apa apa guna akal. Jangan syok sendiri.

Tapi nak buat macamana. Selalunya Melayu kutuk Melayu tak apa, jangan orang lain kutuk Melayu, lain macam pulak rasanya.

Bunga bukan sekuntum, gila bukan sejenis.

Kalung selipar : Masing masing nak buat nama

Bila cetus isu kalung selipar, maka ramai lah yang sedang merancang untuk buat nama dengan membuat laporan polis.

Dah jadi trend sekarang ni. Sesiapa yang buat laporan, dia adalah penyokong/pembodek yang paling hebat.

Tuesday, September 15, 2009

F1 : Perlu kah?

Syok bila belanja duit orang.

Tak payah agak agak. Ikut sedap rasa. Tak payah nak timbang tara, tak perlu timbang rasa. Terasa nak buat .... kita buat.
Cuba keluar poket sendiri. Masa tu mungkin terasa rugi rasanya.

Duit dalam poket aku tinggal USD2 saja.

UMNO memperjuangkan Islam?

Hati mula bertanya betul ke kenyataan itu?
Tokey Arak, Tokey Judi .. semua nya ada. Bukan orang lain, tapi bangsa dan seagama.

Mana nak letak muka?

Perjuangan menutup pekong

Perjuangan mahu kembalikan kepercayaan rakyat. Betul ke?
Atau mahu tutup pekung dari terbongkar?

Terus kuasa kerana mahu terus kaya. Biarkan semuanya di dalam kemungkinan. Mungkin itu dan mungkin ini kerana bukti semuanya di nyah dari mata.

Samy : Patut lawan atau kawan?

Teringat akan telatah Samy Vellu.
Di telan mati mak, di luah mati bapak.

Hendak melawan, apa kan daya? Parut, luka senua orang dah tau. Sikit dedah, semua orang muntah. Terpedaya tentang sejarah silam dan masa hadapan.

Mahu tak mahu, terpaksa ikut arus. Belum sempat kenyataan dibuat, dia sendiri buat tindakan. Ahlinya di gantung.

Ntah ye entahkan tidak. Hanya dia yang tahu. Dah lama berada di kemuncak, pengalaman bukan calang calang hebatnya. Tau bagaimana mahu dedah dan mahu tutup. Strategi di hujung jari. Patut lawan atau kawan.

Terima saja la.

Monday, September 14, 2009

Mahathir bapa tawkey arak

UMNO marah Mahathir di hina? Aikk ... bila pulak UMNO jadi baik. Lantas UMNO kata, MIC kurang ajar. Dah UMNO sendiri pun kurang ajar, bagaimana untuk UMNO ajar MIC untuk lebih berajar dari kurang ajar?

Yang bestnya, sampai sekarang UMNO tak sebut sepatah tentang anak Mahathir yang jadi tawkey syarikat arak. Memilih topik agaknya UMNO ini?

Rasanya mana yang lebih cantik dari Selipar dan muka Mahathir? atau kita sendiri susah nak bezakan antara dua benda ni.

Siapa kata Samy tak pandai silat?

Sekurang kurangnya Samy sekarang sudah kepanasan. Pada awalnya, dia seperti menyindir Mahathir kerana memihak kepada Subramaniam, seterunya. Lantas di dalam ucapannya, rasa tidak puas hati dilontarkan.

Akibatnya, orang bawahan yang tunggu peluang untuk menempa nama, telah meyelitkan ucapan menyokong. Lalu di cadangkan kalungan selipar Jepun.

Telinga UMNO menjadi panas. Itu biasa la. Sikit sentuh pun dah panas, tapi kalau sendiri buat, semuanya macam OK.

Sekarang segelintir dari mereka dah minta Samy untuk minta maaf. Sebelum itu, Samy sendiri dah buat kenyataan. Tindakan pulak akan diambil kepada perwakilan yang buat ucapan tu. Tu dia .. sandiwara pun bermula. Semua cari peluang nak buat nama.

Tapi .... Sapa bilang Samy tak pandai silat?

Sunday, September 13, 2009

Mirzan buat UMNO terkedu

Masih ingat isu Arak di Shah Alam?
Kecoh .. UMNO dulu kecoh bila Arak boleh di jual di Shah Alam. Hakikatnya UMNO hipokrit alim nya. Bila cerita tentang negeri lain, ibu negeri lain, UMNO tidak berkata kata.

Malah, isu Mukriz jadi tokey arak terbesar menjadikan UMNO bertambah terkedu.
UMNO sebagai parti Islam? Tak payah nak berkelakar kerana hiprokit UMNO sejak dulu.

Siapa Mukriz itu? Anak kepada pemimpin UMNO dulu, kini dan selamanya.
Dipuja sebagai Bapa Pembangunan. Tu dia !

Friday, September 11, 2009

Sebenarnya Mahathir dan Samy lebih kurang saja

Samy Vellu ada sikit kiciwa hari ni, Bila komen Mahathir memihak pada Subramaniam, calun Timbalan MIC yang paling dia benci. Tapi Mahathir sapa tak kenal? Mana yang untung, dia buat. Mana yang rugi, dia tinggalkan. Kalau dulu, sapa dalam BN, semua baik, tapi sekarang, semuanya tak betul. Ini masalah pada mereka yang rasa dirinya sempurna.

Bila Mahathir dah cuit samy, hari ni Samy luahkan rasa kecewanya. Pautan kat SINI.
Dalam TV kata, Semua parti ada kebebasannya sendiri. Tapi Mahathir datang kacau partinya.

Cakap pun macam orang sedih. Tang ni aku setuju dengan Mahathir, Samy memang teruk.
Tapi apa kurangnya Mahathir? Perangai sama, asal usul pun macam serupa.

Thursday, September 10, 2009

Siapa lagi mahu bantu BN?

Kenyataan yang dibuat oleh DO Gombak dan beberapa lagi wakil kerajaan ketika soal jawab SELCAT memang berani. Sesungguhnya mereka tiada pilihan. Mahu tutup, atau mahu dedah. Kalau tutup, dikira bersubahat. Kalau dedah, sekiranya BN memerintah, kena fikir cara lain untuk cari makan.

Tapi realitinya, setiap kali pilihanraya kecil atau besar, berguni guni duit akan datang semata mata untuk membeli hati dan undi para pengundi. Dan wang itu dari sumber kontrak-kontrak, dari orang kaya yang menjadi tulang belakang BN. Orang kaya dan peniaga ini melaburkan wang untuk digunakan oleh BN dan sekiranya berjaya, mereka akan kembalikan di dalam bentuk kontrak atau pun apa jua jalan untuk cari kekayaan.

Dan pada PRU12 lepas, mereka yang melabur ini telah kerugian berjuta juta ringgit kerana BN kalah di beberapa negeri, menyebabkan BN gagal untuk membayar balik.

Merujuk kepada kes Elegant Advisory, yang melibatkan hutang BN sebanyak RM218 juta, membuktikan bahawa tiadanya keselamatan berurusan dengan parti politik ni. Walapun jumlah nya tidak lah sebesar mana berbanding kekayaan yang dimiliki oleh pemimpin BN, namun keadaan genting BN, tidak mengizinkan mereka melabur lebih, bimbang terus kalah dan tidak langsung mempunyai peluang untuk kembali berkuasa. Sekarang syarikat itu terpaksa menerima hakikat bahawa melabur di dalam arena politik ini tidak memberikan jaminan lagi. Tambah tambah lagi untuk membantu BN.

Jesteru itu, dirasakan PRU13 nanti, BN akan berhadapan dengan masalah besar kerana kekurangan DANA yang teruk menjelang pilihanraya. Lantas kaedah yang lebih jimat adalah untuk memaksa ADUN ADUN PR untuk melompat parti sebelum tempoh matang pilihanraya.

Sejauh mana BN boleh berkokok lagi? Kita lihatkan saat saat indah ini.

Usaha tutup pekung

Perak sudah di rampas dengan cara menongkah perlembagaan. Insiden ini menyebabkan mahkamah dan perlembagaan negara menjadi tidak menentu. Habis semuanya hancur dibuatnya.

Kini, Kedah dan Selangor menjadi tumpuan utama. ADUN PKR menjadi sasaran utama memandangkan kebanyakan mereka berasal dari UMNO. Dan di dalam UMNO, masing masing tahu pekung masing masing. Maka strategi memaksa mereka berpaling tadah adalah dengan ugut dan paksa. Dengan cara mengimbau sejarah sejarah hitam mereka. Baik dari segi rasuahnya atau peribadi. Kerana itu, tidak dapat di tolak lagi, maka terpaksa mereka melompat parti dari PR kepada BN, di dalam keadaan tidak rela.

BN bersungguh sungguh merampas kuasa dari kerajaan PR adalah kerana untuk menutup pekung semua yang terlibat. Tiada siapa yang berkecuali di dalam hal ini kerana BN adalah gedung korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Merampas kuasa adalah ikhtiar untuk menutup pekung mereka dari dibongkarkan satu persatu.

Apa yang berlaku pada Khir Toyo adalah satu contoh kecil yang berlaku di dalam BN. Walaupun ternyata tuduhan di kepilkan dengan bukti dan saksi, namun tiada tindakan dibuat. SPRM cuba beralasan, siasatan dibuat memakan masa kerana yang terlibat adalah individu berprofil tinggi. Kalau hendak di sangkutkan dengan kes, tak perlu semua tapi satu pun sudah cukup. Kalau satu kes yang disiasat, tidak lah perlu memakan masa yang lama. Tapi ini tidak berlaku.

Jesteru itu, BN tidak mampu menanti untuk PRU13 yang dijangkakan pada tahun 2012 atau 2013. BN tidak boleh berharap kepada Pilihanraya kerana sejak awal pun, BN memang tidak menilai kuasa rakyat untuk menubuhkan kerajaan. Dan itu lah yang berlaku pada negeri Perak. Untuk diterbalikkan kepercayaan, sekarang ni dah ada usaha blogger blogger UMNO menjelaskan kononnya Kerajaan Perak Haram sekarang ini adalah kerajaan pilihan rakyat. Adakah rakyat yang buat pilihan? Tidak ... !

Untuk menantikan PRU13, kita memerlukan masa 3 tahun lagi. 3 tahun pada BN terlalu lama. memandangkan banyak kes yang akan terbongkar akibat usaha SELCAT, misalnya memanggil seorang demi seorang talibarut BN yang bekerja di dalam kerajaan negeri Selangor.

Baru baru ini apa yang didedahkan oleh DO Gombak, memang dah jelas. Tapi SPRM tidak memberikan sebarang komen.

Oleh itu, ada yang mengganggarkan Kerajaan negeri Selangor akan dirampas sekitar tahun ini. Maka berlakukan bantahan kuil dan sebagainya yang merupakan rentetan rentetan yang akan dikumpulkan bagi menguatkan usaha merampas kerajaan Negeri.

Monday, September 7, 2009

1Malaysia satu pembohongan

Sikap perkauman yang jelek yang di tunjukkan oleh penyokong UMNO akhir akhir ini membuktikan bahawa seruan 1Malaysia yang dibuat oleh Najib Razak adalah satu retorik atau penipuan yang terancang.

Ketiadaan tindakan undang undang terhadap pengusung kepala lembu, adalah bukti awalan, segala tindakan yang dibuat seperti salah satu dari langkah untuk menjatuhkan kerajaan Negeri Selangor.

Hisamuddin Hussin Onn, selaku menteri dalam negeri turut menyokong tindakan mengarak kepala lembu yang berdarah menuju ke SUK. Kenyataan terang terangan itu disiarkan oleh Malaysiakini dan sekarang pihak SKMM (Mulmimedia) mengarahkan pernyiaran video itu di tarik balik, bimbang kalau kalau boleh dijadikan bukti bahawa Hisamuddin sebenarnya memberikan kenyataan yagn berlawanan setelah ucapan kedua nya memberitahu tindakan undang undang akan dikenakan kepada yang terbabit.

Sekirannya Najib razak jujur kepada cogankata 1Malaysianya, sudah pasti tindakan bahalol mengusung kepala lembu dan mengganggu majlis dialog akan dikenakan tindakan. Tapi ini tidak berlaku.

Ada pihak yang menyatakan bahawa Najib bertindak sendirian di dalam usaha 1Malaysianya, tapi melihat pada ketiadaan tindakan undang undang pada mereka yang bersalah sebenarnya menjelas kan bahawa beliau adalah talam dua muka. Di depan kata 1Malaysia, di belakang pula kata, belasah 1Malaysia.

Wednesday, September 2, 2009

Betul ke tu?

Hari ni wartawan STAR dikatakan buat Live chat dengan Timbalan SPRM.
Ikuti butiran dialog diorang di SINI
Tentang dakwaan mengatakan SPRM tidak membuka fail siasatan ke atas bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo.

Abu Kassim: Dakwaan tersebut seratus peratus tidak benar. Sebaliknya kami sedang menyiasat semua dakwaan ke atasnya.
Tindakan dibuat tapi tak tau la berapa tahun nak selesai. Semua nya nak fikir tentang buruk baik, kotor bersih rekod UMNO. Kalau perkara yang burukkan UMNO dan BN, semuanya bakal senyap atau terheret kepada tempoh yang entah berapa lama.

Kita ada mata tengok. Ada waktu untuk tolak, kita akan tolak.

Ni maciam pun ada !

Nak ikut perintah pun biar lah guna akal

Persatuan wartawan Malaysia NUJ dengan tindakan polis yang mengasari dan manangkap wartawan yang datang untuk buat liputan di SUK Perak hari ini.


"Anggota polis yang dikatakan memukul Stanley Tan harus tahu bahawa jurugambar itu memakai kad pengenalan media," kata Presiden NUJ, Norila Daud. -
pautan Mkini

Ini maciam pun ada !

Pelik punya menteri


Hari ni menteri yang berkaitan telah berjumpa dengan kumpulan penduduk seksyen 23 Shah Alam. Laporan dah buat, dan dia pun berikan kenyataannya.

Ikuti keterangan dari Blogger Susan Loone

Diberitahu bahawa diorang tak dada kena mengena dengan kepala lembu tu. Yang tambah menarik, gambar pembawa kepala lembu di dalam internet dan video memang ada. Kalau nak tangkap memang dah lama. Tapi sampai sekarang asyik berkokok tak habis habis.

Ini macam pun ada ka?

Tuesday, September 1, 2009

ADUN Perak tak perlu kepala lembu untuk di tahan


Sudah ku jangka. Sudah semua orang jangka. Hipokrit ... melalut.
Setakat ini dikabarkan 4 orang ADUN Pakatan Rakyat sudah ditahan.

Ketika usaha untuk ke dewan, sekumpuan penyokong BN turut hadir beserta sepanduk, kononnya memberikan sokongan kepada mamak zambry. Mereka di leraikan dengan cara lemah lembut oleh pihak berkuasa.

Pautannya di sini.

Rakyat sedang memerhati ...
Insiden kepala lembu dan insiden di Perak. Bodoh benar kalau tak dapat membezakan antara dua perkara ini.

Speaker DUN tiada kuasa?

Tidak hadir ke sidang DUN adalah di bawah kuasa Speaker Kerajaan Negeri. Dengan itu Speaker DUN Kedah pun buat keputusan untuk nyatakan Datuk Abu Hasan Sarif, ADUN Kota Seputih, tidak layak menjadi DUN.

Kemudian ianya di bawa ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah untuk di perkenan. Disamping itu surat memohon untuk di adakan pilihanraya dihantar ke SPR.

Semalam SPR buat keputusan untuk tidak menerima saranan mengadakan pilihanraya kecil di DUN berkenaan.

Di sini jelas SPR lebih berkuasa dari Speaker. Itu sudah bercelaru. Dinyatakan oleh Harakahdaily bahawa ketetapan SPR untuk tidak adakan pilihanraya, boleh di pertikai. Pautan DI SINI.

Perkara yang sama berlaku di Perak dulu, bila keputusan Speaker di tolak oleh SPR.
Adakah ini juga satu titik mula perubahan kerajaan di Kedah?

Kita saksikan mainan politik lawak BN yang sudah biasa menolak dan menggubah perlembagaan mengikut kehendak mereka.

Usaha Rampas Selangor diteruskan

SPRM seperti yang di arahkan terus menjalankan tugas menyelongkar semua perkara dan aktiviti berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa kepimpinan Pakatan Rakyat.

Hari ni seorang kontraktor kecil telah di panggil untuk kali keduanya bagi menyiasat kaitan sekiranya ada, dengan ADUN DAP di Selangor.

Pautan DI SINI.

Di waktu pemerintahan BN dulu lebih banyak, tapi SPRM tak berminat untuk menyelongkar. Rupa nya ada yang ghairah mendapatkan habuan sekiranya ditemui isu yang boleh dibawa ke atas, sehingga jatuhnya kerajaan PR di Selangor.

Sedikit petikan artikel Malaysiakini,
Yong juga berkata pihak berkuasa telah merampas komputer Lee pada 16 Julai tanpa memberi sebarang notis.

"Ini melanggar Seksyen 33 (3) Akta SPRM, yang menetapkan senarai barangan yang dirampas mesti disediakan kepada pemiliknya," kata Yong, yang tidak senang dengan tindakan pegawai penguatkuasa SPRM.


"Adakah ini bermakna SPRM dengan mudah boleh masuk ke rumah saya dan rampas barang-barang saya tanpa memberi sebarang resit bagi barangan yang mereka ambil? Apakah bezanya antara mencuri dan merampasnya?" soal Yong.
Sudah tak perlu mengikut undang undang. Ini yang dinamakan sebagai keghairahan melampau.
Meluat sungguh.

Tak perlu usung kepala lembu untuk paksa polis berkawal

Apa yang bakal berlaku di Perak tidak seperti yang berlaku di Selangor. ADUN Pakatan Rakyat bercadang untuk bersidang pada esok hari di Dewan DUN Negeri perak, belum sempat berkumpul Pihak Polis sudah memberikan amaran.

Mereka berkawal di SUK Perak. Rujuk SINI.
Perak Police will act against any assembly near state building tomorrow

Tak perlu mengusung kepala lembu, sudah ada polis berkawal.
Ini yang aku kata double standard. Atau memang BN tidak standard.

Dewan itu milik ADUN. ADUN pula bakal di halau.

BN memang double standard


Dilaporkan kumpulan penduduk Seksyen 23, Shah Alam akan bertemu dengan Menteri Dalam negeri, Hisamuddin Tun Hussien untuk melahirkan rasa tidak puas hati.

Terdahulu, pada Jumaat lepas, seramai 50 orang antara mereka telah berarak membawa kepala lembu untuk di pamerkan kepada umum bahawa mereka marah benar dengan keputusan kerajaan negeri untuk membangunkan kuil di tempat mereka.

Jelasnya, apa pun alasan Kerajaan Negeri, mereka tidak mahu dengar.

Yang menarik, perhimpunan yang dianjurkan ada minggu lepas, sekiranya di lakukan oleh Pakatan Rakyat, sudah pasti mendapat bantahan oleh kerajaan dan pihak berkuasa bakal menebengkan muka mereka di tepi tepi jalan, bersedia untuk menyembur dengan air kimia, mengasapkan mereka dengan gas pemedih mata dan tidak mustahil yang berada di situ akan ditangkap.

Terlalu banyak bukti untuk menjelaskan semua ini.

Tapi kenyataan Ketua Polis Negeri Selangor, mereka perlu siasat dulu.
Ah! Tiba tiba KPN menjadi manusia yang mulia antara manusia manusia durjana disekelilingnya.
Jelas semakin jelas,
Kalau PR, tangkap dulu baru siasat.
Kalau BN, siasat dulu baru tangkap.

Tapi nampaknya, banyak yang lepas.
Pautan SINI

BN, cuba cuba lah berubah

Ramai yang sudah menduga, sekiranya sebarang urusan kenegerian yang melibatkan UMNO, sudah pasti jawapannya, memihak kepada mereka.

Hari ni segalanya terbukti. Maka berlonjaklah wakil ADUN Kedah yang tidak menghadirkan diri tanpa alasan, pada awalnya, tetapi masih di gelar ADUN.

Keputusan SPR di dalam isu ini amat jelas. Walaupun memihak kepada ADUN BN tersebut, tapi realitinya, ramai yang seperti malas untuk bertegang leher.

Seperti yang di sebut oleh ramai blogger, bahawa SPR dikatakan sebagai kuda tunggangan UMNO sejak azali lagi. Oleh itu, setiap pengerusi yang dilantik, secara tidak langsung atas ehsan pemimpin tertinggi UMNO sendiri. Jika tidak, sudah pasti tidak berdaya mencium walau sekelumit bau aircond pejabat pengerusi SPR. Tambahan lagi, naik turun gaji mereka bergantung kepada kerjasama mereka kepada pemimpin BN.

Mungkin pihak yang menang di dalam isu tersebut boleh mendabik dada. Tapi realitinya rakyat bertambah tambah meluat dengan perkembangan yang semakin jelas membayangkan bahawa undang undang dan penguatkuasaan jelas memihak kepada BN.

Hari ni mereka gembira, tapi rakyat semakin jauh meninggalkan mereka.
Cuma antara sedar atau tidak.