Saturday, October 31, 2009

Kenapa Sirul dan Azilah di tutup muka


Gambar di atas adalah majikan yang dituduh membunuh orang gaji, warga Indonesia. Kalau dia bersalah .. padan muka. Tapi baru berstatus tertuduh dan bukan bersalah lagi. Sistem kehakiman perlu buat keputusan melalui perbicaraan samada dia betul betul bersalah. Sebelum itu, kita tak boleh tuding jari.

Tapi layanan yang diperolehi tidak sama seperti Sirul dan Azilah yang dituduh terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia. Berlainan sekali apabila wajah mereka ditutup, sementara pesalah di atas dibiar terbuka untuk tatapan akhbar dan media.

Apa yang tak kena dengan sistem kita? Kena bersubahat dengan pemimpin, baru dapat layanan istimewa?

Ramai ahli PAS yang masih bangang

Pak Angguk. Ingat dalam UMNO aje ada Pak angguk, rupanya dalam PAS pun ramai juga. Keputusan mesyuarat PAS selesai kan kes 3 barua UMNO di dalam nya, telah berkeputusan, siasatan ke atas PAS selangor.

Merujuk kepada blog Nik Aziz, tidak dinyatakan penglibatan PAS Selangor keseluruhannya, dia nyatakan lebih kurang, 3 mangkok hayun di dalam kepimpinan PAS perlu di buang. Tapi keputusan yang diumumkan oleh Pemimpin PAS pusat, siasat PAS selangor. Kan ke bodoh namanya tu?

Sekiranya siasatan itu untuk mencari pembabitan Hassan dalam merosakkan parti, aku terima. tapi kalau sekadar untuk buang masa, baik tak payah. Tunggu punya tunggu, last sekali, keputusannya, Hassan tak bersalah. Hassan sudah lepas, apa jadi pula pada Nasha dan Mustapha? Takkan hantu itu mahu di biarkan merosak parti?

Ni semua kerja mengarut. Kalau kita nak suruh UMNO menajdi lebih demokratik, PAS pun kena begitu juga. Jangan cakap tak serupa bikin. EGM melibatkan ramai ahli untuk membuat keputusan, tapi nampaknya kepimpinan PAS pentingkan diri sendiri dari ahli mereka. PAS akhirnya, lebih kurang macam UMNO juga.

Tapi bagaimana aku nak komen, kalau ahli PAS sendiri pun bangang.

Thursday, October 29, 2009

Bongkar .. kenapa Badrul lompat Bebas !

Aku kenal Badrul ni dari kecik lagi. Kalau dia berubah perangai, tu aku tak boleh nak komen. Tapi kisah ADUN tak suka MB ni memang dah banyak dengar. Usah tuduh orang lain, tapi dalam Selangor, ramai yang komen pasal Khalid kat belakang-belakang. Depa tak berani nak sound depan depan. Maklumlah, ramai YB dah dapat elaun tu, elaun ini, maka tahan saja la. Sapa nak bagi sampai berbelas ribu untuk jadi YB. Kalau ada rezeki, sambung lagi, kalau tak ada, duit pencen jadi YB pun dah cukup untuk hari tua.

Itu pandangan YB yang sempat aku jumpa.

Kita melalak kutuk Badrul sebab kita tak tau hujung pangkal cerita nya. Di Selangor, ADUN pening nak cari duit untuk jumpa rakyat. Diorang nak masuk tender, tak dapat, nak cari duit sampingan tak dapat. Duit tu untuk sumbang pada rakyat. Untuk bantu rakyat. Dana dari Kerajaan Negeri tak cukup. Bila rakyat jumpa diorang minta tolong, tak boleh nak janji. Silap silap mungkir janji. Tak macam UMNO dulu. Diorang kaya sebab banyak projek, jadi tak ada masalah sangat. Cumanya, UMNO belasah lebih sangat sampai lupa pada rakyat. Sifirnya, 10 untuk aku, 1 untuk rakyat.

Balik kepada Khalid, orang Ijok pun pening pada dia. Mesyuarat tak buat, sampai Anwar jumpa dan belasah Khalid beberapa bulan yang lepas. Kalau tak buat mesyuarat, cawangan yang dibuka jadi tidak sah. Itu yang Anwar pening. Khalid bukan pandai sangat politik.

Khalid tak boleh disentuh. Di sebabkan orang Selangor tak rapat dengan dia, orang tak tau. Aku tak nafikan Khalid ni lagi bersih dari Khir Toyo, tapi ADUN yang bekerja untuk rakyat pening kepala sebab rakyat nakkan perkhidmatan lebih baik dari ADUN UMNO yang lepas. Orang pentingkan wang, kalau ADUN tak boleh bantu bayar anak sekolah, bil itu dan bil ini. Rakyat jadi marah. Masa UMNO dulu, dah sampai tahap bayar bil pun jumpa YB.

Kerana itu lah BADRUL letak jawatan. Dalam pada itu, Noh dah kata, dia akan salurkan bantuan kepada Badrul selepas dia lompat ke BN. Kalau selepas ini Badrul boleh perform sebagai ADUN, Khalid akan ada problem. Apa yang dia tuduh Badrul tu, orang akan sangka fitnah. Dalam pada yang sama, Badrul akan cerita buruk Khalid ni pada orang ramai. Dan yang rugi adalah Khalid.

Pada aku Khalid adalah satu punca kenapa Selangor akan jatuh semula ke tangan BN pada pilihanraya akan datang. Kalau tak caya, nkorang tunggu !

Dalam pada itu, isu 'orang Indon' yang berkaitan dengan Badrul ni mungkin kecil, kalau di banding dengan bantuan yang dia akan bagi pada rakyat nanti melalui dana dari BN.

Sunday, October 25, 2009

EGM : Jangan mudah nak bodohkan kami !

Jangan cuba mempermainkan sokongan penyokong PAS. Sesungguhnya tanggung jawab yang diberikan adalah untuk menjatuhkan UMNO dan mengkukuhkan PAS. Namun kalau di lihat, pemimpin berlaku sumbang, tidak malu malu penyokong akan bangun dan menjatuhkan mereka.

Hari ini, salehuddin ayub menyatakan Pemimpin PAS akan bermesyuarat untuk menggantikan EGM. DI SINI.

Kita terima, tapi jangan cuba memperbodohkan kami. Kerana otak bukan untuk disimpan. Kami bukan orang UMNO untuk mudah di perbodohkan.

Friday, October 23, 2009

Mahathir konon sedih

Kalau Mahathir sebut A, dalam kepala nya mungkin B.
Jadi kalau Mahathir sedih gara-gara kes Lingam di tutup, maaf aku langsung tak percaya.

Banyak kes yang melibatkan Mahathir. Terutama yang berkaitan dengan Anwar Ibrahim. Sampai sekarang dia tak pernah jejak kaki di dalam Mahkamah. Kalau nak bagi alasan, Mahathir memang boleh bagi. Kalau Samy Vellu pandai berbelit, Mahathir lagi bijak. Lidah mamak tu. Berani kah Mahathir menjawab soalan lawyer yang memang dah lama nak belasah Mahathir?

Mahathir kata dia sedih sebab tak dapat bersihkan nama. Bukan satu kes ni saja punca nama dia busuk. Tapi ada banyak lagi.

Mati hidup semula pun, aku tak kan percaya pada Mahathir. Yang percaya adalah mereka mereka yang mudah di tipu. Banyak untuk aku, sikit untuk kau. Itu lah Mahathir. Yang lebih, semuanya bohong.

Wednesday, October 21, 2009

Seleweng dah buat, bila nak buat report?

Di Malaysia ni banyak benda pelik pelik.
Jabatan Audit negara dah buat kerja. Banyak yang tak betul, dari yang betul. Banyak yang seleweng dari jujur. Dah sebut semanya. Tapi sampai sekarang, tiada satu pun laporan SPRM yang dibuat.

Kalau buat audit untuk suka suka, baik la tak payah. Buang boreh saja.
Suruh kakitangan yang terbabit tu buat lagi seleweng. Seleweng lah lagi, tak kena tindakan pun.

Bahaya lagi menggigit dari seleweng, silap silap kena 6 bulan penjara.

Angkat tangan, siapa nak jadi kambing hitam?

Pakar bedah siasat Thailand berkata kemungkinan TBH di bunuh 80% dan bunuh diri 20%. Sebelum ni pakar bedah siasat Malaysia yang serba canggih manggih lain pulak kenyataannya. Doktor ni macam macam rupanya ye? Telur siapa kena tarik macam chewing gum tu?

Bila kenyakinan rakyat bertambah, dalih tak bermakna, tak mustahil la pulak ada yang bakal di kambing hitamkan. Mungkin ada yang sedang merancang sekarang ni.

Segalanya berkemungkinan. Tak pelik dah .. !

SPRM jatuh bodoh


Dia lah .. Dr Pornthip Rojanasunand. Bila tengok gambar ni baru aku ingat, nama dia menjulang naik bila dia buat penyiasatan dalam kes pembunuhan ahli politik Thailand. Selain dari tu, dia ni yang aktif dalam mencari DNA mangsa Tsunami beberapa tahun dulu. Di dalam National Geopraphic ada cerita tentang dirinya. Anak dia sorang je. Pompuan jugak. Serupa style rambut. Tapi memang lah antara yang terror, berani dan tidak mudah dibeli. Dalam penyiasatan nya di Thailand, setakat diugut tu biasa la. Tapi dia memang brani.

Hari ni, maka terkejut lah SPRM bila penemuan yang diperolehi dari mayat Teoh Beng Hock. Kenyataan seperti ini bukan mudah na dapat. Kalau Pakar bedah siasat kat Malaysia tak berani macam dia ni. Semuanya macam dah kena tarik telur. Kecut giler.

Dia kata 80% petanda TBH di bunuh, cuma 20% sahaja bunuh diri. Syabas !
Apa pulak nak di temberangkan oleh SPRM agaknya?

Tapi kat Malaysia, macam macam boleh jadi. Seelok eloknya, rakyat Malaysia dah kena guna pakar dari luar, penyiasat dari luar dan laporan kalau nak buat pun, buat lah kat luar. Kalau kat dalam ni, biasa la .... kes tutup.

Tuesday, October 20, 2009

PAS jangan nak kerek sangat

Baru baru ni keluar artikel dari Prof Aziz Bhari tentang kaedah untuk memulihkan PAS. Beruk beruk di dalam PAS yang walak tak tentu arah, telah mengkritik artikel tersebut. Gua tak ada hal .. Lu nak kutuk, itu lu punya pasal. Tapi kalau lu boleh kutuk orang, maka jangan marah kalau orang kutuk lu pulak. Kalau nak bersikap terbuka, biar betul betul terbuka. Jangan dok hentam UMNO macam macam, tiba tiba bila ada orang hentam PAS, dia pulak melompat.

Nak bagi tau kat Orang orang PAS yang loqlaq ni. Sesungguhnya aku beranggapan orang bijak saja yang sokong PAS. Kerana itu UMNO tak boleh nak gelembong spesis yang macam ini. Kalau tak ada bukti sah, orang tak caya cerita UMNO. Makanya, penyokong yang sebegini akan beralih kepada PAS kerana berharap PAS berada di landasan yang betul.

Tapi ... sedarkah PAS bahawa manusia yang sama menolak UMNO ni, boleh berfikir secara waras tentang tipu helah yang mungkin berlaku di dalam PAS juga. Tentang komplot UG nak guling kan kepimpinan PAS ni, ramai yang bijak pandai dah dapat hidu tektik diorang ni. Ramai yang dah tau nama pemimpin pemimpin PAS yang pro BN ni. Cuma tak payah lah nak sebut banyak kali. Tentang sewa hotel 5 bintang satu tingkat penuh tu .. ramai orang PAS dah tau.

PAS ni kalau tak ada TG NIk Aziz, tak ramai orang sokong nye. PAS menang pun bukan kerana PAS semata mata, tapi kerana orang tak suka UMNO. Gua masih ingat lagi masa jumpa rombongan kaum India di Kelantan dulu dulu. Diorang kata, kaum India sokong PAS bukan kerana PAS tu parti Islam, tapi kerana terpesona dengan TG Nik Aziz. Tu sendiri mau ingat la.

UMNO nak tubuh Dewan Fullamak?

Dalam Perhimpunan UMNO lepas, parti besi buruk tu bercadang nak tubuh Dewan Ulamak .. oppsss dewan fullamak. Sapa yang nak jadi Pengerusi? Masitah atau Firdaus?

Aku nak suruh UMNO selesai kes pertama. Minta rujuk kenyataan Najib pada perasmian 1Malaysia di Ipoh beberapa hari lepas. Dia nak tiupkan ROH 1Malaysia. Apa hukum?

Fullamak UMNO ...

UMNO perjuangkan bangsa? Haha lawak ..

Dulu sama macam minggu lepas. Dulu pun cerita benda sama, sekarang pun melalut UMNO sama iramanya. Nak perjuangkan Melayu? Kah kah kah .. jangan nak buat lawak la bedul .. !

Perjuangan UMNO sekarang lebih pada perjuangan tutup rasuah, tutup kes dan terus nak hidup mewah. Kalau parti lain memerintah, UMNO tak semewah sekarang. Kereta kena gadai, rumah kena gadai, poket pun pokai. Masuk keluar mahkamah. Tak ada kerja lain. Habis semua di bongkar. Sebab tu la berhempas pulas UMNO berjuang. Untuk Melayu? kah kah kah .. buat lawak dua kali ..

Jangan nak melalut la UMNO !

Monday, October 19, 2009

Pilihanraya di Perak?

Di Bagan Pinang, UMNO berjaya. Disusuli dengan kata berapi api di perhimpunan UMNO minggu lepas. Selepas itu Najib dikejarkan ke Ipoh untuk perasmian 1Malaysia di sana. Buat apa kecoh kecoh? Semuanya perancangan.

Ada yang kata, Perak akan ada pilihanraya tidak lama lagi. Itu bergantung kepada keputusan dari mahkmah tentang kemelut yang berlaku. Di dalam masa yang sama, BN akan cuba anjurkan sidang dewan. Kalau sidang dewan berjaya di adakan, maka kerajaan Perak akan kekal.

Soalnya, Sah kah sidang dun itu? Siapa speaker yang sah, sedangkan keputusan mahkamah mashi belum di perolehi?

Segala galanya bergantung kepada mahkamah. Khabar khabar menceritakan keputusan akan memihak kepada PR. Kalau itu berlaku, maka DUN akan di bubarkan dan pilihanraya akan di adakan,

Perasmian 1Malaysia malam tempoh hari adalah untuk melihat sejauh mana sokongan rakyat kepada BN. Dalam masa yang sama, nak tunjuk pada rakyat, kononya 1Malaysia berjaya dan rakyat sokong BN. Kalau ikut khabar dari utusan, 60,000 yang hadir. Dalam Malaysianinsider pula sebut hanya 30,000 yang hadir. Strategi ni dah biasa. Brapa cawangan UMNO di Perak? Kalau satu cawangan dapat hantar 1 bas, semu cawangan dah boleh cecah jumlah sasaran. Kempen bawak orang ni dah mula di buat waktu, perhimpunan UMNO minggu lepas.

Sayangnya Malaysianinsider melaporkan, ada penonton yang dedah, mereka di bayar RM30 dan bas percuma untuk datang stadium. aduh .. sudah pecah lobang. Cerita ni dah di sebarkan seluruh Perak. Maka usaha untuk yakinkan rakyat, tidak menjadi. Fail .. ! Gagal !!!.

Sekarang BN kena tunggu persidangan DUN pula. Kalau gagal, tunggu mahkamah. BN masih ragu ragu. Mereka terus kecut nak terima realiti. Media, berita dan blogger UMNO dok sibuk canang kononnya kerajaan Perak sekarang SAH. Kejantanan mereka tiada bukti. Kalau betul berani, bubarkan saje. Berapa lama nak tunggu daaaaaaaa .....

Zaid Ibrahim berjaya selesaikan misi

Berkejarlah wartawan mencari Zaid dan Azmin. Cerita tentang pertelingkahan mereka disebar disegenap berita tanah air. Berkejar-kejar lah warawan, mencari berita sensasi berkenaan mereka. Sudah ku khabar, itu semua promosi percuma. Antara yang termakan umpan di dalam UMNO adalah Khairy. Khairy cukup berminat dengan isu tersebut dan turut memberikan komen.

Hari ni, Azmin sekali lagi menjelaskan dia dan Zaid tidak mempunyai sebarang masalah. Klik sini. Menurutnya, Zaid bercuti. Zaid sedang menyiapkan kertas kerja untuk Pemimpin PKR. Bila komen itu tersebar, Zaid sudah pun pulang dari Sarawak.

Zaid menjelaskan dia sempat berjumpa dengan beberapa orang pemimpin rakyat Sarawak. Dianggarkan 60 ke 70 orang 'ketua kaum' sempat di temui. Klik sini untuk keterangan lanjut. Didalam wawancara tersebut, dia turut menjelaskan rakyat Sarawak masih bersemangat untuk bersama PKR. Itu lah misi yang cuba di perolehi.

Licik .. satu permainan licik. Yang kena bohong adalah UMNO. Ikuti rancangan selanjutnya nanti. Sarawak bukan negeri yang mudah untuk di bolosi. Berapa ramai pemimpin PKR yang tidak di benarkan jejak kaki di sana? Tapi Zaid Ibrahim berjaya ke sana dengan mudah membawa bersama wartawan yang turut membawa berita untuk di khabarkan untuk orang ramai.

Sunday, October 18, 2009

PKR berjaya bodohkan BN

Azmin kata, tak ada masalah. Zaid Ibrahim pun kata tiada masalah. Anwar Ibrahim kata, media sengaja putar belit cerita. Sekarang berita ni jadi sensasi. Secara tak sengaja, semua orang dah tau yang Zaid akan turun ke Sabah.

Promosi secara percuma dari berita arus perdana. Bukan senang nak dapat. Zaid terus turun ke Sabah dan cuba daftarkan seramai mungkin penyokong baru di sana.

Siapa yang kena?

Kenapa kemalangan di Malaysia tak pernah berkurang


Bila tiba hari raya, yang sibuk di perkatakan oleh semua orang adalah tentang kemalangan jalanraya. Ops sikap konon. Apa yang cuba ditanamkan di dalam kepala rakyat malaysia adalah sikap rakyat yang tak tau undang undang jadi punca kemalangan.

Tapi yang menariknya, tidak pernah sesiapa salahkan keadaan jalanraya di Malaysia yang tidak lengkap dengan sistem keselamatan dan kereta buatan negara kita yang langsung tidak berkualiti.

Cerita lanjut tentang kualiti kereta. Pautan DI SINI

Sampai bila rakyat malaysia mahu di bodohkan?

UMNO : Nama pun tak mampu tukar, konon nak tukar perangai


Bila tiba perhimpunan UMNO, maka anjing pun mulalah menyalak. Dah berapa lama perangai cam ni tak ubah ubah? Dah bertahun tahun . Setakat abiskan duit je.

Semua nak ubah. Itu nak, ini nak. Semuanya nak. Tapi bila keluar dewan, semuanya masih serupa cam tu. Tak ubah ubah ponnnnnn .....

Melayukan nama parti tu dulu baru lah ubah benda lain ..
Pirahhh mabok ... !

Baca komen Anwar : Umno reforms? Actions speak louder than words, says Anwar

PR jangan goyang telur

Semalam, lagi cerita tentang Penduduk Kampong Buah Pala. Awani menyiarkan rintihan rakyat kat sana ketika musim Deepavali ni. Tujuannya nak belasah kerajaan PR.

Aku tak tau bodoh tahap mana kaum India, kalau percaya cerita cam tu. Nak komen lebih pun tak mahu sebab kita tak tau samada berita seperti itu mampu gugat sokongan kaum India pada PR. Nak tau, kena tunggu musim pilihanraya.

Tapi tak mustahil ramai yang bodoh kalau PR sendiri tak buat sessi penerangan pada kaum India sendiri. Nak harap rakyat pikir sendiri, aku tak rasa berkesan 100%. Dalam 10, sorang tu mungkin bodoh tak boleh pikir. Jadi PR pun jangan lah goyang telur jer. Rajin rajin la jumpa rakyat, bagi tau cerita sebenar. Jangan tunggu pilihanraya, baru nak kecoh. nak harap blogger buat kerja FREE untuk pemimpin PR, lu sendiri pikir la.

Semua nak lepak. Harap kan orang lain. Sendiri mau ingat la.

Saturday, October 17, 2009

One Israel

( Pautan )
For the party formed by Yitzhak Yitzhaky, see One Israel (1980).
One Israel (Hebrew: ישראל אחת‎, Yisrael Ahat) was an alliance of the Israeli Labour Party, Meimad and Gesher created to run for the 1999 Knesset elections.

Apa rahhhhhh ! . Indonesia tak bagi ciplak budaya, kita tiru Israel?

'Hujah' akan bersama zambry mamak perak

Hari selasa ni akan datang ni, jam 8.30malam, Professor Dr. Mohammed Agus Yusoff (UKM) akan menjemput Zambry Kadiaq, mamak mengaku Melayu Perak, berinteraksi di dalam rancangan 'Hujah'. Off course berkenaan kerajaan Haram Perak.

Kita tengok melalut benda la mamak tu. Pastinya di tekan oleh Prof. agus.
Lawak .. mesti lawak.

UMNO cuba bodohkan raykat lagi

Kalau ada perhimpunan UMNO, begitu lah lagu nya. Asyik cerita tentang perubahan, transformasi dan tukar wajah. Tapi bila keluar dewan, semuanya seperti sediakala.

1 Malaysia?

Buat lah berapa banyak pun slogan, UMNO kekal UMNO. Hanya Manusia yang bangang dan bodoh saja akan percaya UMNO akan berubah. Dengan adanya ucapan berapi yang 'bertapis' media dalam perhimpunan itu, berharap lah UMNO akan ia boleh memanjangkan nyawanya.

Nak bettting?

Thursday, October 15, 2009

Pilihanraya selesai, Hassan Ali pun jadi bisu

Hassan Ali, bekas BTN bedebah tu senyap semula. Kalau mula pilihanraya, ada saja lah cerita nya. Bertujuan untuk pecah belahkan kaum yang sokong PAS.

Untuk pilihanraya Bagan Pinang, kerjanya dah selesai. Sekarang ni perut dah kenyang, duduk diam diam. Nanti kalau ada pilihanraya lagi, mulut nya berubah jadi pantat ayam semula.

Aku ulang, PAS kena singkir 4 jahanam. Kalau tidak Pilihanraya UMUM ke 13, PAS akan terkubur.

Berapi di dewan, cair di luar

UMNO bersidang lagi. Nak tengok berok berok menjerit, datang ke PWTC.
Di siarkan pada umum agar kelihatan, UMNO tu hebat sangat. Tabur janji sana sini. Dalam dewan, Pemimpin UMNO kata nak jadi bersih, tolak rasuah, buang samseng.

Tapi diluar sibuk tanya projek. Pusat dangdut terus penuh. Tonggang air setan.
Ahhh .. UMNO sampai bila pun sama.

Wednesday, October 14, 2009

Komplot anti Isa di Bagan Pinang?

Ada laporan dari kawan di Bagan Pinang menyatakan bahawa pada hari Jumaat, sehari sebelum pilihanraya, khutbah Jumaat di seluruh Negeri Sembilan bertajuk, "Jangan pilih pemimpin Rasuah".

Menariknya, pada hari itu Hassan di katakan bersembahyang Jumaat tidak di Bagan Pinang, tetapi di kawasan luar Bagan Pinang. Laporan ini aku terima melalui Email.

Soalnya di sini, kenapa Hassan tidak bersolat Jumaat di Bagan Pinang? Ada yang kata, jika dia bersolat di sana, orang orang Isa akan menempelak dia.

Kalau berita ini benar, sudah pasti Isa tahu bahawa ada komplot peringkat negeri sudah kacau pilihanraya tempoh hari. Walau bagaimana pun dia menang. Cuma jika sudah menang, sudah pasti ada pihak yang bimbang kebangkitan orang berpengalaman ini.

Monday, October 12, 2009

Terus usaha hapuskan undi POS

Undi POS?
Aku tak pernah percaya pada undi POS. Yang sokong undi POS adalah parti politik yang takut kalah, tak berani dan tak ada telor.

Tak boleh kempen, tapi dia boleh. Tak pelik ke?
Usaha jangan bermusim. Kala nak tiba pilihanraya, baru sibuk nak cerita pasal undi POS.

Tahniah kepada Mahfuz dan Salehuddin

Kita terima kekalahan. Ada hikmah di sebalik kekalahan di Bagan Pinang. Aku tak tau la apa nak jadi kalau PAS menang kat sana. Silap silap rosak nama je.

Maklumlah, kawasan yang selama ni dipanggil syurga dunia, tiba tiba ikut hukum. Tak menjerit ke orang kampung. Tak hairan lah kalau di Bagan Pinang, PAS cuma berjaya ujud 4 cawangan. Semua nak syok .. bebas ..
Dunia ku syurga ku.

Aku belek belek berita sepanjang pilihanraya, aku dapat rasakan bahawa nama pemimpin yang sering di sebut adalah Mahfuz, Salehuddin dan Hatta. Itu orang PAS la .. Yang lain setakat tunjuk muka je. Mana presiden, mana timbalan? Hidup lagi ke diorang tu?

Ada yang ku dengar, siap ada yang sewa hotel mahal-mahal. Tak berkampung pun. Banyak yang jalan-jalan makan angin.

Penyokong PAS masih hebat. Sanggup turun jauh jauh. Sanggup berdepan dengan provokasi yang paling hebat setakat ni. Sabung nyawa. Silap silap kena belasah samseng UMNO lagi.

Tahniah pada mereka yang memang bekerja, bertugas dan bukan kepada mereka yang macam honeymoon. Berlagak setakat pangkat di dalam PAS tapi tak tau buat kerja.

Hadi ? Nasaruddin?
Bangang sangat ke orang PAS pilih diorang ni?

Tidur lah Hassan

Ha ha ha ... padan muka hang.

Aku dah bagi tau .. sekarang ni Hassan dah tak senang duduk. Anak pak samad dah menang. Dia akan jadi adun. Bila dia dah mula kerja, susah nak 'stop' kan dia. Pengalamannya membohong dah 22 tahun. Duit usah cerita. Berkandang kandang babi pun tak ternilai.

Kalau tak cukup ilmu di dada, jangan laut dalam hendak di duga. Tang tu .. aku salute. Tapi tang rasuah tu aku tak setuju. Tapi politik kita, rasuah kira OK. Cuma jangan di tangkap basah. Tu pasal kalau ada kes, kena tutup. Bukan tutup lobang, tapi tutup untuk ugut. Katanya " Ekau ikut kata ese, kalau tidak ese lotopkan ceghito" ... Mangsa terkedu kedu. "Alamak !"

Bila istihar kemenangan. Mulut dah tak mampu senyum. Tapi nak buat macam mana. DI atas pentas kena berlakun. "Bang senyum bang .. jangan malu malu. Nanti orang tau". Nak tak nak, kena senyum juga.

Anak Samad senyum sinis. Dia tau sapa kawan, siapa lawan. Sekarang ni nko boleh senyum, tapi esok lusa aku kerja kan kau. Baru kau tau sapa aku. Baru kau tau, orang pendek, akal panjang.

Syok .. memang syok. Panjang lagi ceritanya. Kita tunggu bila tanah menggelonsor, bumi pun merekah. Bila tanah dah bergetar, baru lah namanya "Gempa". BUkan "Gempa Padang" tapi "Gempa Isa".

Sekarang sedang enjoyyyy ..
Jadi, Hassan .. tidur seketika, Gempa belum Tiba.

Masih ragu ragu dengan undi POS

Dah kalah sudah la .. apesal nak bising-bising? Kita akur dengan keputusan, tapi kita masih tidak puas hati dengan ketelusan sistem pilihanraya yang ada.

PR sudah muak di tipu. Kita masih lagi bercerita tentang perkara yang sama sejak zaman dulu lagi. Ye la .. kalau dulu ada komunis, kita terima alasan. Tapi bila dah tak ada, takkan nak guna undi pos lagi? Dah sah ada udang di sebalik batu. Kalau BN berani, kenapa tidak dihapuskan?

Usah di cerita PAS perolehi 600 undi dari undi POS. Itu bukan tajuk penting. Yang wajib adalah hapuskan undi POS. Biarpun PAS perolehi 2,000 undi.

Jangan nanti bila mahu pilihanraya baru sibuk cerita tentang tajuk itu. Sekarang bila dah dapat keputusan, kita senyap tak berkata.

Sunday, October 11, 2009

PAS tak mampu tangani provokasi BN


Berlaku di Bagan Pinang... polis tak dapat berbuat apa apa.

Pas perlu akui bahawa mereka tidak mampu tangani provokasi yang dibuat oleh BN, terutama dari parti UMNO. Mungkin pihak berkuasa yang seperti memihak kepada parti tersebut, menyebabkan mereka bebas berbuat apa saja. Tapi PAS perlu professional di dalam hal ini.

Apa yang berlaku di Bagan Pinang, sedikit mengecewakan. Pilihanraya di negara kita sudah seperti satu pesta mandian darah. Kerana provokasi yang dibuat oleh BN, dikhabarkan dibiarkan oleh pihak berkuasa, lantas menjadikan ianya berlarutan. Diserangbalas dan akhirnya menjadi satu tragedi yang boleh digunakan untuk mengurangkan kepercayaan rakyat kepada PAS. PAS juga yang kena. Itu lah tujuan sesuatu itu berlaku.

Peristiwa baling botol di Teluk kemang, misalnya. PAS perlu fikirkan cara baik untuk mengawal semua ini dari berlaku. Mungkin bukan di lakukan pada ahli parti, tapi perbincangan atau perangkap untuk pihak berkuasa agar mereka bimbang bahawa kealpaan mereka menjalankan tugas itu nanti menjadi modal untuk PAS kembali mendapat kepercayaan.

Bagan Pinang : Apa komen Mahathir ?

Sedang BN melonjak lonjak dalam seminggu meraikan kemenangan Calun rasuah malaysia, aku ingin bertanya,

1. Apa komen Mahathir tentang kemenangan ini?
2. Kemana haluan Mohamad Hassan selepas ini?
dan,
3. Bagaimana UMNO menjawab kepada ahlinya yang mungkin akan dikenakan tindakan kerana berasuah pada masa akan datang?

Tentu menarik.

BN menang, biarkan ...

Bersyukur aku atas kemenangan BN di Bagan Pinang. Sebelum ni pun aku dah rasa memang BN akan kekal. Banyak faktor yang mempengaruhi kemenangan mereka. Ada hikmah di sebaliknya. Kita perlu akur dengan kehendaknya. Hasilnya bukan sekarang, tapi kemudian. Tak perlu aku sentuh semuanya. Mungkin di lain masa.

Antara faktor kemenangan BN adalah sememangnya orang Bagan Pinang mahukan kebebasan dibawah pemerintahan BN. Masakan mahu kekangan agama di lakukan di bandar yang penuh dengan hiburan dan kelucahan.

Lihat keliling ... Kebanyakan kawasan perlancungan negara mahu kekal di bawah BN. Kalau tak percaya, tanya penduduk Desaru, Tioman, Pulau Pangkor, Langkawi dan Genting Highlang. Tempat tempat sebegini tidak akan jatuh ketangan parti lain terutama PAS. Takkan mahu di kekang kebebasan sedangkan sudah biasa bebas. Tunggu ada Tsunami baru Aceh berubah. Tunggu ada gempa bumi baru Padang berubah. Itu lah secara simboliknya.

Selain dari itu, pelaburan BN memang hebat di Bagan Pinang. Ada cerita bahawa RM500 untuk seorang pengundi. Lumayan tu. Bukan senang nak dapat ketika ekonomi global sekarang sedang merudum.

Dan akhirnya, memang Allah swt dah takdir kan agar P. Dickson kekal di tangan BN. Perkara ni aku dah sentuh di dalam artikel yang lepas. Kalau rajin, selak selak lah posting dulu dan anda akan temui. Buat masa ni takkan ada tangkap basah. Kamu masih bebas.

Pas wajib muhasabah diri. Mana salah dan silapnya. Kenapa masih ada musuh di dalam selimut. Kalau benda ni pun tak boleh di tangani, aku tak hairan kalau PAS terus terkubur satu hari nanti.

Ingat ! Pas tidak boleh di tentang dari luar. Tapi dia akan hancur dari dalam. Banyak yang jahil sudah pandai berkupiah. Banyak yang sudah pandai menyebut 'anta' dan 'ente' tapi sebenarnya dibelakang lebih gemar sebut 'I' dan 'You'.

Sekarang ianya sedang menyerang dari dalam. Membina akar dan umbi bertujuan untuk merosakkan segalanya. Semuanya politik. Politik kalau di renung benar benar, pasti tau muslihat yang tersembunyi.

Saturday, October 10, 2009

Berapa juta UMNO belanja di Bagan Pinang

Kalau kata SPR nak kawal kos berkempen parti bertanding. Tu bohong !

Tak pernah nya kawal. Tambah tambah lagi kalau BN yang lebih belanja. Aduhai .. tutup mata la kalau dah kawan yang buat salah.

Dulu, di Permatang Pauh, jelasnya BN berbelanja sebanyak RM50 juta. Tu cerita 1 minggu punya tempoh berkempen. Pautan DI SINI.

Cerita di Bagan Pinang lagi hebat. Kawasan ni tak luas sangat. Banyak yang menganjur ke pantai. Tapi kalau kita lalu ditepi pantai sepanjang pantai PD selepas pekan PD lama membawa ke arah selatan anda akan lihat pesta pesta lelaki dan perempuan. Nak kenal UMNO atau tidak, di letak banner UMNO besar besar. Hari hari ada saja anjurannya. Makan tengahari, sambut deepavali, pesta air, nyanyi sana sini, cari harta karun. Boleh kata memang meriah. penduduk kampung pun joint syok sekali.

Tengok gambar di bawah.

putri6

Gambar lain ada DI SINI.

Tu cerita pasal pesta. T-shirt tempahan pula cukup banyak. Rumah sewa, hotel dan penginapan bagi penyokong penyokong, Banner, poster dan kain rentang pilihanraya jelas memang BN la juara, duit minyak, makan minum .. UMNO memang hebat.

Mungkin Isa Samad dah tau kelemahan penduduk di P. Dickson dan Bagan Pinang ni. Dan dia tau apa yang boleh melemahkan remaja di sana. Kerana itu dia cukup confident.

Kalau di kira semuanya, berapa juta lah agaknya yang langsai di Bagan Pinang. Semata mata nak capai cita cita sebagai ADUN. Kadang kadang kita muyshkil juga, kenapa lah parti sanggup berhabisan kerana mahu kuasa. Ada udang di sebalik batu?

Pelaburan. Takkan kalau RM50 juta langsai, cuma untuk jadi pemimpin tanpa untung? tak caya aku ni ..

Provokasi terancang oleh BN malam tadi

Seperti yang dilaporkan awal, blogger dan kepimpinan PR telah dapat mengesan adanya usaha provokasi yang akan dilakukan pada waktu malam hari. Berbentuk Konvoi, seperti yang dinyatakan oleh Salehuddin Ayub.

Pada siangnya, BN telah tahu bahawa undi POS memihak kepada PAS, lantas malam tadi dijadikan satu malam untuk usaha terakhir menakut nakutkan pengundi di Bagan Pinang.

Sekumpulan penunggang motosikal telah datang dan menyerang semua kenderaan berderetan diletakkan ditepi jalan yang mempunyai logo PAS. Banyak kenderaan rosak dan kemek.

Pihak penyokong PAS yang sedia berkawall telah mengejar mereka dan menghalau samseng UMNO. Samseng UMNO yang sudah siap bermotosikal, telah melarikan diri. Ada banyak Gambar penyokong PAS telah diambil oleh blogger UMNO - rujuk SINI.

Blogger UMNO telah memutar belikan keterangan tentang gambar yang diambil. Bermakna mereka sudah siap sedia berada di tempat kejadian untuk merakam gambar dan disiarkan dengan cara 'reverse'. Sememangnya sudah dirancang. Dibawah sekali video pun sudah diambil. Tapi biasa. Cerita putar belit.

Tiada samseng UMNO yang tercedera kerana mereka lari ketakutan. Motor ditinggalkan. Kerana itu tiada gambar yang diambil. Jika ada yang tercedera sudah pasti, gambarnya disiarkan oleh blogger UMNO.

Blogger PR ada, tapi mereka datang lewat. Kerana jarak kejadian jauh. Dalam pada itu tiada kelengkapan secukupnya berbanding blogger UMNO. Pautan di blog PAS

Gambar di ambil oleh blogger PR.



laporan insiden di PD Marina
Pergaduhan di hadapan Marina Resort!
Lagi provokasi dari Pemuda BN apabila mereka secara sengaja bertembung dengan kumpulan penyokong PR di tapak ceramah berhampiran Marina Resort, Teluk Kemang kira-kira jam 1.15 pagi tadi.

Kumpulan pemuda BN terbabit yang menunggang motosikal (seperti biasa) dalam jumlah yang agak besar, telah bertindak menyerang bukan sahaja kumpulan penyokong PAS, malah bertindak lebih liar dan biadap apabila menyerang dan merosakkan kenderaan yang mempunyai lambang PAS di sepanjang jalan berhampiran. - Pautan di SINI
Gambar ada, video pun ada .. UMNO akan buat laporan polis esok? Belit atau betul?

Berikut adalah rakaman video oleh blogger UMNO yang dimaksudkan. Tonton video guna akal. Fikir logik, jangan terima bulat bulat.



Lihat .. semua yang terlibat berbaju hitam. Tajaan?

Provokasi berlarutan bila BN nak kekalkan kerusi Bagan Pinang

Hari-hari berbalah. Kalau di Permatang Pasir dulu, pilihanraya kecil berjalan agak tenang. Sebab, tiada calun BN yang bertanding. Sampaikan polis boleh tidur di tepi tempat buang undi.

Tapi di Bagan Pinang ni berlainan pula, semuanya kecoh. Kecoh dari awal minggu berkempen, sampai hari ini dan mungkin sehingga selesai pengiraan undi esok.

Jangan hairan kalau malam ini ada penyokong yang buang banner dan poster satu pihak yang lain pulak. Bila cuba di leraikan, maka ramai lah pasukan yang 'standby' untuk menyerang. Pendek kata Polis takkan boleh tidur lena. Kepoh tak habis habis.

Mula nya Azeez punya membelit, lepas tu kes tetak kepala, poster, banner .. dan semuanya adalah kerja UMNO kerna Bagan Pinang sebelum ini adalah milik BN.

Takkan mahu menyerah begitu saja. Siapa tak kenal BN?
Selagi ada duit, selagi ada belit .. macam macam boleh jadi.

Jangan terkejut kalau aku kata, kes tetak kepala pun hasil rekaan UMNO.

Friday, October 9, 2009

Anak muda Bagan Pinang bakal tolak BN

Tinggal sehari lagi waktu berkempen akan berakhir. Dengan ini, bermula tengah malam ini, tiada siapa di benarkan berkempen lagi.

Isu undi pos terus menjadi teka teki. Proses undi ini dilanjutkan kepada 2 hari setengah berbanding jangkaan awal, selama 2 hari saja. Ia dinyatakan malam tadi, oleh Pengerusi SPR. Tentu ini menjadikan kemusykilan kerana undi anggota tentera hanya berada dikem dan sekitar kewasan Bagan Pinang. Kalau anggota tentera berada di luar kawasan dan SPR terpaksa menanti mereka pulang untuk mengundi, maka Undi POS itu sendiri menjadi pelik. Kenapa tidak datang mengundi seperti rakyat biasa?

Antara yang masih menjadi kebimbangan BN di Bagan Pinang ini adalah jumlah anak muda yang bakal kembali ke kampung halaman untuk mengundi. Kebanyakan anak muda yang berada sekitar Lembah Kelang adalah lebih cenderung untuk memilih PR kerana fikiran mereka lebih terbuka, berbanding anak kampung yang terus menetap di Bagan Pinang. Selain dari kerap menerima berita dari saluran alternatif, termasuk media internet dan blog.

Pengundi kaum India dan Cina, tidak perlu di ragui lagi. Mereka bakal bersama mengundi Pakatan Rakyat. Harapan BN hanyalah dari pengundi Melayu, generasi tua yang sukar untuk diubah pendirian mereka kerana sudah sekian lama di bohongi oleh Barisan Nasional.

Namun, kembali nya anak muda untuk mempengaruhi minda orang tua adalah senjata yang tidak kurang hebatnya kepada Pakatan Rakyat.

Azeez sengaja mulakan sengketa?

Jika dilihat, tiada lah kesan lebam di leher Ketua Biro Putra UMNO, Azeez. Tak cukup dengan itu, rakaman video ketika dia melalui di dalam kumpulan penyokong PAS juga tidak menunjukkan dia di serang.

Tidak lama selepas itu, dia mula mereka reka cerita yang dirinya dipukul, di terajang dan macam macam lagi. Kemudian keesokan hari nya, tiba tiba leher nya kelihatan di balut agar menampakkan ianya satu kesakitan yang serius. Akhirnya selepas sehari, menurut berita, dia keluar dari Hospital kuala Lumpur. Semuanya disiarkan oleh media, walau pun sehingga sekarang, tidak terdapat sebarang bukti untuk pengesahan.

Semalam, dikhabarkan orang UMNO berkumpul. Selepas berkumpul pada malam itu, selepas keluar, terjadi lah insiden tetak kepala seperti di laporkan oleh PAS. Dan bermula lah episod keganasan.

Sebelum ini, kita tahu bahawa Bagan Pinang adalah dibawah ADUN BN, setelah BN di kalah kah beberapa kali pada pilihanraya kecil lepas, kini tiba giliran BN untuk mempertahankan kawasannya. Adalah malu, sekiranya ianya jatuh ke tangan PAS. Lantas ia menjadi isyarat apa akan berlaku pada PRU13 nanti.

Kerana itu maka, usaha untuk mengekalkannya dibuat, biarpun memerlukan kaedah kaedah haram termasuk cara samseng termasuk membawa senjata parang dan lain lain lagi.

Pada 8hb, berita ganas di keluarkan di dalam Sinar Harian. Ianya satu ancaman, ugutan dari UMNO. 2 perenggan yang cukup menarik untuk diperhatikan. yakni,
1) Setiausaha Pemuda Kebangsaan, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid memaklumkan seramai 4,000 jentera barisan sayap Pemuda UMNO ditempatkan di Bagan Pinang bersedia bertindak lebih ganas jika polis masih gagal menjaga keselamatan

2) Sementara itu, Exco Pemuda Kebangsaan, Abdul Razak Abdul Rahman berkata, Pemuda yang sebelum ini sudah dilatih ala komando akan lebih kental dan tegas bertindak jika pihak Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi cuba mencetuskan suasana tidak baik semasa berkempen.
Adakah maka dengan semua ini bermulanya episod pilihanraya samseng?

Rujuk artikel ini ..angkasanuri

Anak bekas menteri berlagak samseng


4,000 jentera BN sedia kawal keselamatan

BANDARAYA MELAKA - Setiausaha Pemuda Kebangsaan, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid memaklumkan seramai 4,000 jentera barisan sayap Pemuda UMNO ditempatkan di Bagan Pinang bersedia bertindak lebih ganas jika polis masih gagal menjaga keselamatan akibat sikap segelintir penyokong Pas yang boleh dianggap sebagai samseng.

Beliau berkata, seramai 500 bagi setiap lapan peti undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang itu sudah bersedia untuk menggempur bagi memastikan kemenangan kekal milik Barisan Nasional (BN).

Megat Firdouz juga melahirkan kesal selepas kejadian itu dan memberi jaminan Pemuda akan memastikan jentera mampu mengawal keselamatan calon serta pengundi.

“Kami bersedia untuk bertindak balas lebih ganas jika polis gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Pemuda berkempen menjaga keselamatan, tetapi falsafah orang kata, ‘kalau orang menjual, kami Pemuda tak segan dan tak silu untuk membelinya’. Kita akan memastikan semua jentera terutama calon (Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad) dalam keadaan selamat.

“Konvoi jentera BN juga akan selamat. Pemuda tidak kurang daripada 4,000 orang akan memastikan semua lapan peti undi termasuk di ladang estet dijaga dan dipantau,” katanya pada Majlis Aidilfitri Pemuda UMNO Kota Melaka, malam semalam.

Megat berharap dalam kemeriahan Syawal yang masih dirasai, kedua-dua parti dapat berkempen secara baik.

Sementara itu, Exco Pemuda Kebangsaan, Abdul Razak Abdul Rahman berkata, Pemuda yang sebelum ini sudah dilatih ala komando akan lebih kental dan tegas bertindak jika pihak Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi cuba mencetuskan suasana tidak baik semasa berkempen.

“Kita sudah melatih satu unit ala tentera dan ala komando di mana melantik Pemuda selama ini dan kita hanya bertahan.

“Namun saya rasa tidak perlu lagi untuk bertahan dan ditegaskan di sini, kalau pihak pembangkang cuba cuba mengambil langkah kekerasan, Pemuda tidak teragak-agak bertindak,” katanya.

dipetik : Sinar Harian

Thursday, October 8, 2009

Kalau tentera undi PR, apa BN boleh buat?

Ugut?
Tu askar tu ... bukan polis. Kalau polis memang takut kena pindah tempat kerja. Tapi tentera mana mana pun sama. Tak hairan. Dah tugasnya duduk kat hutan.

Kalau army undi PR, apa kerajaan boleh buat?
Buang kerja? Tindakan disiplin? Potong gaji?

BN Ketakutan, media tak siar laporan insiden tetak kepala

Saya memperolehi email dari adik saya baru ini. Menurutnya, media arus perdana di Malaysia, tidak menyiarkan sebarang berita tentang insiden tetak kepala yang berlaku di Bagan Pinang awal pagi tadi.

Berita jam 7, NTV 7, Awani, Berita Bernama, TV 3 dan semua seangkatan dengan nya seolah olah terima arahan untuk TIDAK menyiarkan berita tersebut. Berbanding dengan apa yang kononnya berlaku pada Azeez (Ketua Biro Putra UMNO).

Keadaan yang berbeza ini menjelaskan bahawa BN sekarang sedang nazak mengharap agar pengundi mendapat berita berita gembira dari BN dan tidak sebaliknya. Bimbang akan kehilangan undi.

Perlu di perjelaskan kepada pemimpin pemimpin BN yang sesungguhnya bangang tidak habis habis bahawa pengundi pilihanraya adalah terdiri dari Pengundi Bagan Pinang. Berita yang berlaku di sekitar kawasan tersebut tidak memerlukan media arus perdana untuk diketahui.

Kerana itu, apa yang berlaku pada saat ini, kurang dari 3 jam, semua penduduk sudah tahu. Lantas, menghalang berita dari disiarkan, tidak menjamin kemenangan kepada BN, malah BN di lihat ketakutan dan cuba menyembunyikan fakta dan cerita semata mata untuk menang.

Dengan kata lain, cuba menipu pengundi Bagan Pinang.

Setan berkeliaran di Bagan Pinang

Ada yang bimbang dengan kepimpinan yang akan turun padang. Lantas setan di biarkan berkeliaran, diberikan dadah dan arak secukup rasa. Agar lupa semua agama, tanggung jawab dan akal budaya.

Awas ... Pautan DISINI

Wednesday, October 7, 2009

UMNO sudah menunjukkan KEBANGSATANnya



Maka kecoh la hari ni berita tentang serangan kumpulan yang dipercayai sebagai penyokong UMNO di bilik gerakan PAS. Gambar di atas aku ambil dari Harakahdaily. Beberapa blog turut menyiarkan berita yang sama. Malangnya media arus Perdana menyembunyikan isu ini. Tiada satu pun antara berita berita arus perdana yang menyiarkan berita ini.

Tidak seperti layanan yang diperolehi oleh Biro Putera UMNO, si Azeez mamak.
Nampaknya UMNO sudah menunjukkan kebangsatannya. Selain dari itu ada khemah PAS yang dirobohkan, penyokong di halau oleh beberapa bangsat UMNO.

Apa tindakan polis agaknya? Gambar yang merobohkan khemad ada, saksi dan bukti pun ada.
Takkan masih goyang telur?

Kes niaya


Sudah la tangkapan tiada waran, dibelasah lagi.
Pautan DI SINI.

Patut lah integriti Polis di pertikaikan.

Tuesday, October 6, 2009

BN ingat undang undang bapak dia punya


"Kita dapati BN telah menyalahi seksyen 4 A (1) Akta Pilihanraya, jadi kita Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat telah buat laporan polis di Balai Polis Teluk Kemang hari ini," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Saya serta wakil calon telah bertemu pengerusi SPR negeri memaklumkan isu kita tidak berpuashati berkenaan billboard 'Tolak PAS,' 'Usah biarkan dipesongkan' kemudian ada lambang parti BN, jadi saya rasa BN perlu bertanggungjawab kerana menimbulkan provokasi, prasangka jahat yang menyalahi akta berkenaan," katanya lagi ketika ditemui di sebuah program PAS di Taman Desa Rusa, Port Dickson. - Malaysiakini

Atau BN ni memang jenis bangang undang-undang?

1Malaysia pun tak jadi, nak cadang 1World

Hari ni Najib cuba bagi tau pada dunia bahawa konsep 1Malaysia nya hebat. Pautan di SINI.
Kononnya, 1Malaysia can be expanded to 1Region, then 1World

Chewaahhhhh ....Bunyi macam hebat, tapi,
Orang BN sendiri pun tak faham konsep 1Malaysia, ini kan pula nak buat 1world.

Pirahhhhhhhh .........................

Isa Samad masih tidak bersih dari rasuah !

Dengan bangganya, Isa samad dikatakan oleh pemimpin BN sebagai satu contoh pemimpin yang hebat dan dosanya terhadap rasuah sudah terhapus kerana hukuman telah di jalankan.

Hebat mana anggota Disiplin parti sehingga boleh memaksa kita terima bahawa hukuman itu boleh di terima ramai sedangkan badan yang sepatutnya mewakili rakyat di dalam hal rasuah, langsung tidak campur tangan?

Ingat Datuk Norza Zakaria yang disoal siasat oleh SPRM? Ya .. dia sekiranya bersih dari tuduhan di mahkamah kelak, masih boleh kita terima keputusannya kerana adanya campur tangan SPRM dan sistem kehakiman di sana sedangkan kalau sekadar Badan disiplin parti yang buat tindakan, kita tak sepatutnya pandang pun. Kerana kita bukan lah ahli UNMO yang wajib terima keputusan yang mereka buat.

Secara dasarnya, di dalam kesalahan rasuah,  2 badan perlu bertanggung jawab. Yakni SPRM dan Sistem Mahkamah.  Selepas soal siasat oleh pihak SPRM, pendakwaan di buat dan akhirnya melalui perbicaraan Hakim akan memutuskan samaada individu yang dituduh itu bersalah atau tidak. Dengan kata lain, Badan Disiplin UMNO telah melakukan kerja untuk 3 pihak termasuk SPRM, Mahkamah dan Hakim.

Dengan itu anda sendiri fikir samada logikkah kita terima tindakan UMNO itu sebagai sah di sisi undang undang negara atau UMNO cuba memperbodohkan kita kononnya mereka telah bersihkan ahli mereka sedangkan kelihatannya seperti cuba menyelamatkan ahli mereka dari tindakan undang undang yang sepatutnya di kenakan.

Monday, October 5, 2009

Nak demokrasi, biar betul betul

Dengar khabar pertempuran di Bagan Pinang semakin senget. Ceramah BN pun boleh tahan jugak. Ramai yang datang. Mungkin nak tengok real tak realnya Isa Samad tu. Ceramah PR pula kurang menyengat. Tak ada laporan dari para blogger. Ada yang kata, hero tak sampai lagi. Aku yang jauh ni susah sikit la nak tau berita.

Ada laporan pula menyebut, mungkin PAS menang tipis. ye ke?

Aku tak kisah.
Yang penting, demokrasi biar betul betul demokrasi. Kalau anak jantan, bersilat cara anak jantan. Jangan la pulak, kita bersilat, dia hunus pedang. Tak gentleman la.

Kalau la Undi POS bersaksikan dua dua wakil parti dari mula mengundi sampai undi di kira, Aku angkat tabek pada SPR dan BN. Tapi kalau menang cara tipu, demokrasi mende?

Baik tak payah ada pilihanraya.
Kata demokrasi, jadi rakyat yang buat pilihan. Bukan dalang dalang yang tukang pangkah undi.

BN di saran terus belasah PR dalam media

Dulu mungkin kita rasa marah kalau kalau media arus perdana kritik PR. Kita sebenarnya bimbang kalau kalau rakyat percaya dengan dakyah yang dibawa. Tapi sekarang tidak lag kerana rakyat tidak bodoh lagi.

Semalam teman lepak di restoran. Bila media siarkan kritikan dari Muhyiddin dan Pemimpin UMNO terhadap PR, maka ramai penontong yang ketawa sinis. Ada pulak yang siap kutuk kutuk Muhyiddin. Suasana yang sama berlaku bila cerita tentang Azeez yang kononnya di 'karate' oleh penyokong PAS tempoh hari sehingga lehernya berbalut seperti jatuh kuda.

Apa yang berlaku adalah, perubahan yang begitu jelas tentang penerimaan rakyat Malaysia tentang semua berita berita media. Semua berita yang disiarkan di dalam media, akan di tapis oleh minda rakyat melalui perbandingan dengan berita internet. Kalau benar, maka benar lah ia. Tapi kalau tidak, yang buat cerita karut tu akan dikutuk pula oleh penonton.

BN tidak bijak kalau terus menggunakan media arus perdana untuk menghentam PR dan menunjuk nunjuk budi dan jasa kerana persepsi rakyat berbeza. Apa yang perlu PR bimbang adalah, sekiranya BN betul betul berubah berbanding dulu. Kalau masih sama, kita boleh terus makan kuaci dan cekak pinggang. BN akan jatuhkan diri sendiri dengan cara mereka yang sama.

Kita tak perlu nak susah susah. Kita hanya perlu galakkan BN gunakan media seperti biasa atau pun kalau boleh, lebih hebat lagi.

Mahu tahu Pas menang atau kalah di Bagan Pinang?

Isu kontroversi di Bagan Pinang adalah undi POS. Di sebabkan di Port Dickson merupakan kawasan yang ramai jumlah tentera nya, maka undi POS di Bagan Pinang tinggi jumlahnya.

Kerana itu Port Dickson merupakan kawasan selamat untuk BN memerintah.
Orang tak suka pun, dia masih menang. Kalau tentera mengundi, kita faham. Tapi kalau pendedahan demi pendedahan menceritakan tentang bagaimana beberapa undi POS di lakukan oleh hanya seorang, makanya ianya satu penipuan. Tak mustahil kalau BN bersungguh sungguh mempertahankan undi POS. Sedangkan zaman undi POS sudah sepatutnya tiada.

Kalau kita sudah tahu bahawa pengadil menipu dalam satu satu perlawanan, maka apa yang diharapkan pada kemenangan?

Untuk menilai kemenangan sebenarnya parti yang bertanding di Bagan Pinang, lalu perlunya kita mengira jumlah undi dengan menolak undi POS. Kalau kelebihan kepada PAS, maka PAS menang walaupun pada SPR mungkin ianya kalah setelah undi POS dikira.

Jadinya, jumlah undi POS sebanyak 4,600 perlu di tolak samasekali atau pun sekiranya majoriti kemenangan BN kelak berjumlah kurang dari 4,000, maka dikira PAS masih menang.

Ada faham?

Kalau BN kalah, salahkan Azeez


Mungkin Azeez ingat mentaliti rakyat Malaysia sebodoh dia. Tu sebab dia gunakan tektik 'tipu temberang' untuk menang dalam pilihanraya Bagan Pinang. Orang sekarang, sudah canggih. Ada talipon yang boleh ambil gambar dan kamera digital pun sudah banyak. Tuduhan nya 20 orang memukul dirinya, kita dah tak layan.

Semuanya temberang.

Akibat temberangnya ini mungkin menyebabkan pengundi Bagan Pinang hilang minat untuk undi BN. Dalam pasa itu pemimpin PAS yang berkempen siang malam, akan bercerita tentang tektik bodoh si Azeez ni.

Ikut idea aku .. kalau BN kalah di Bagan Pinang, eloknya di salahkan Azeez. Kalau UMNO masih bodoh backing si Azeez ni, MIC dan MCA kena ajar sikit sama ini mamak yang mengaku melayu. Baru padan mukanya.

Sunday, October 4, 2009

Azeez cuba bodohkan rakyat Bagan Pinang

Selepas 24 jam mengaku di pukul, Ketua Biru Pemuda UMNO, terlantar di katil hospital Kuala Lumpur dengan leher yang berbalut. Bagaikan teruk sangat di pukul. Kalau tak mamak, tak membelit lah dia.

Dari dulu lagi, tugas Azeez kepada BN adalah untuk menimbulkan cerita sensasi bagi mendapatkan undi kesian dari pengundi yang mudah di tipu.

Hari ini, satu laman blog telah menyiarkan gambar sebelum dan selepas Azeez melalui kawasan yang dikatakan tempat di serang.

Pautan di baganutama.blogspot.

BN kalau dah gabra, boleh sampai ke tahap tu.

Bandar tentera tapi undi POS

Baru baru ni, PM lancarkan bandar tentera di Port Dickson. Hari ni Isa Samad sebut nak buat pengisian Bandar Tentera kalau menang pilihanraya. Pautan di SINI

Ni jenis bodoh tak di sengajakan.

Tentera dah masuk ke bandar, tapi undi POS masih kekal.
Dimana kah logiknye?

Pemimpin UMNO ni tau ke apa yang diorang ceritakan?

Pekerja ladang lebih logik guna undi POS

Maka ramai lah pro dan tak pro BN menuduh PAS cuba cari alasan untuk kalah bergaya. Mereka bilang, PAS mempertikaikan undi POS agar, ianya di jadikan alasan sekiranya PAS kalah dalam pilihanraya. Kalau PAS menang, tak pula di pertikaikan undi POS tu. Betul ke?

Sebenar nya pak lawak-pak lawak ni semua tak faham. Apesal terpusing pusing isu? Persoalan di sini, apa perlu nya undi POS?

Sekiranya tiada undi POS, tiada lah pertikaian.

Dihutan, komunis sudah tiada. Chin Peng pun tak dibenarkan pulang. Kem tentera pula letaknya di tepi jalan. Tentera hantar anak kesekolah, jalan kaki. Kalau tentera boleh pergi Pasar, kenapa tak boleh pergi undi?

Masih lagi dengan pot pet pot pet, menyalahkan satu sama lain. PAS salahkan SPR, SPR dan BN salahkan PAS.

Nak hentikan pertikaian, hapuskan undi POS. Kenapa di panjang panjang kan cerita yang tak bermanafaat ni? Sekarang tak macam dulu. Rasanya pekerja ladang (estate) lagi duduk jauh di dalam ladang di banding tentera. Kalau ikut jarak, lebih logik kalah buruh ladang praktik undi POS berbanding tentera.

SPR tak payah buat lawak la ...

Saturday, October 3, 2009

UMNO Bagan Pinang berpecah dua

Anda pasti nya sudah mendengar ceita tentang surat Adnan Mansor menolak calun lain bertanding di Bagan Pinang. Pautan SINI. Tapi Adnan Mansor cuba menafikan diri nya terbabit mengeluarkan surat tu. Lantak hangpa la. Kita dah biasa tengok fe'el UMNO. Sindrom nafi ni memang selalu sangat jadi.

Gua dengar cerita dari Bagan Pinang sendiri. Kata pemberi maklumat tu, ada 2 group sedang bertelagah tentang pilihanraya kecil ni. Ni berlaku dalam UMNO sendiri. Katanya, satu pihak tidak mahu Isa Samad kerana bimbang, kaduk naik junjung. Dan ada satu lagi nak kan Isa Samad kerana dahagakan projek. Alasannya, aku dah ceritakan pada posting yang lepas.

Sekarang ni peperangan dingin sedang berlaku lagi. Antara puak A dan puak B.

Keputusan PRU 12 dulu pun kebanyakannya berpunca dari cerita yang sama. Tapi kita masa tu tengah sibuk meraikan kemenangan. Tak peduli lah itu semua.

Sekarang ni undi kaum Cina dan India sudah confirm ke PAS. Cuma yang tinggal, undi POS dan undi Melayu. Kalau Undi melayu berpecah kepada 2, silap silap PAS boleh menang kali ni.

Baru baru ni pun bila projek Mee segera di lancarkan, katanya sudah ada kumpulan yang tak berpuas hati. Diorang dah mengadu pada boss mereka. Tapi pemimpin UMNO ambil sikap lepas tangan. Kenapa masih nak pilih Isa? Kalau pilih Isa, dia sudah ada sponsor untuk tanggung semua belanja. Tu yang diorang cerita tentang 1 Tan Sri dan 2 Datok tu.

Ha ha menarik kan?

Tiba tiba mulia nya UMNO pada kaum India


Memang hipokrit.
Kalau sebelum ni UMNO lah yang sibuk jinjing kepala lembu, sekarang UMNO dah berubah. Berapa lama agaknya UMNO boleh jadi mulia seperti yang ditunjukkan tu? Paling lama pun cuma seminggu. Kalau musim berkempen sebulan, maka sebulan lah diorang berlakon.

Mengenangkan banyak ladang kelapa sawit di Bagan Pinang, hendak atau tidak terpaksa la buat buat mesra walaupun agak janggal sikit.

Sebelum ni isu kepala lembu di larang bawa ke sana. Bimbang ada yang TERmakan kertas undi?

Isa dah melalut

Isa Samad dah pening. tak pasal pasal dia cerita tentang Anwar Ibrahim.
Di sebabkan dia ketandusan idea nak belasah calun PAS, orang lain pulak yang kena.

Pautan di sini

Gila tak bertempat. Melalut lalut tak tentu pasal. Tak dapat dahan ranting pun jadi.

Bila ada UMNO, mesti kecoh

Seperti yang diduga, bila ada penglibatan calun UMNO di dalam pilihanraya kecil, sudah pasti keadaan menjadi kelam kabut.

Ketika PR bertembung dengan calun BEBAS di Permatang Pasir, tidak ada apa yang berlaku. Tiada hasad dengki, tiada provokasi dan tiada usaha usaha untuk melagakan penyokong mana mana parti. Semuanya berjalan secara aman dan tenteram.

Tapi kebiasaannya, alasan kekecohan akan cuba di putarbelitkan oleh media agar kelihatan PR itu ganas. Sedangkan kisah lontaran botol air ke arah penyokong PR yang berlaku pagi tadi tidak dijadikan isu penting.

Bagaikan dirancang, berita berita yang tidak pasti kebenarannya ini akan dijadikan berita utama sebagai usaha mempengaruhi pengundi di lokasi pilihanraya. Selepas pilihanraya semuanya akan selesai.

Friday, October 2, 2009

Pengkebumian Noordin dan Gegaran di Sumatera

Ada blog melaporkan, 3 beg simen di bawa ke majlis pengkebumian Noordin Mat Top di Johor. Tak tau apa gunanya simen tu. Dalam berita dianggarkan 4,000 orang yang mengiringi jenazah ke kawasan perkuburan.

Dalam pada itu, Jakarta dan Sumatera di gegarkan dan banyak bangunan yang runtuh sehingga banyak nyawa terkorban.

Apa kaitan 2 peristiwa itu?

Provokasi dari BN, apa komen SPR?

Awal semalam, SPR bagi 'warning' , jangan provoke !
Tapi semalam jugak bendera PAS di patahkan oleh seorang mangkok yang tiba tiba datang menyerang. Pagi ni pula ketika pencalunan, botol air berterbangan dari arah BN.

Apa komen SPR?
Kalau BN yang buat, SPR pening nak cakap.
Takut gaji tak lepas.

Orang Mohamad Hassan akan undi PAS

Desas desus orang ramai di Bagan Pinang mengatakan bahawa sekirnya Isa Samad menang, rancangan seterusnya adalah ambil kembali kerusi MB N9. Perkara ni buat sesetangah orang tak puas hati. Perbalahan besar bakal berlaku. Isa memang ada orang nya di semua kawasan kerana dulu dia pun MB. Tapi Hassan pun ada jasanya.

Lantas sekarang, khabarnya orang MB Mohamad Hassan rancang untuk elak benda ni dari berlaku dengan cara mengundi calun PAS di Bagan Pinang.

Betul kah cerita ni?

SPR buta, SPR pekak

Setiap kali pilihanraya, PR akan berdepan dengan bukan hanya BN, tapi semua jenis jentera mereka. Orang tengah pun dah memihak kepada BN. Kalau PR masih boleh menang seperti PRU 12 lepas, PR memang hebat.

SPR seperti biasa. Macam macam lah alasannya. Mencari silap salah PR dalam pilihanraya. Merujuk kepada pengalaman, SPR akan cuba sekat kemaraan PR. Layanan tidak pernah seimbang. Perasan yang BN bayar gaji mereka. Tak sedar setiap sen yang di perolehi adalah gabungan wang rakyat tak kira parti.

Kalau minggu ni, SPR larang pasang bendera dan poster pemimpin PR selain dari PAS. Sebelum ini, dia larang PR berkempen di dalam kem tentera. Tapi BN boleh pulak? .... Check SINI. Siap ada jadual lagi.

SPR ni buta ke pekak?

Tak pelik kalau DNA bertukar

Kecoh lagi. Kes Teoh Beng Hock nampak nya bertemu jalan buntu. 2 DNA di kesan, tapi satu antara yang dikenal pasti, milik orang yang dah meninggal dunia..

DNA ni memang berguna, tapi kalau selagi ada malaun malaun di sekeliling, tak mustahil DNA pun bertukar. Sama juga dengan undang undang. Patutnya undang-undang untuk jaga keamanan, tapi kalau ada barua barua yang tak betul, undang-undang pun boleh tonggang langgang dibuatnya.

Kita tunggu apa lagi ceritanya.

Thursday, October 1, 2009

Tempoh pujuk pengundi

Rakyat sokong Isa.
Isa pilihan pengundi,
Macam macam lagi.

Ni la tempoh untuk pujuk pengundi. Segala yang baik adalah dari Isa. Tak ada yang tak baik, semuanya baik baik belaka.

Dalam tempoh sekarang, Isa lebih baik dari malaikat. Nak tau belang sebenar, tunggu ...

Bodoh nya BN

Musim berkempen belum pun bermula. Penamaan calun pada 3hb Oktober. Tapi yagn menariknya, akhbar media arus perdana dah start membelasah PR dan membodek pemimpin BN termasuk calun.

Isa Samad tak cakap banyak, dia sengeh saja. Dia tau dirinya korup, haprak, rasuah dan macam macam lagi. Cerita Babi di Bukit Pelanduk tunggu masa untuk keluar. Hatinya berdebar. Dosa mana satu yang akan di cerita kan oleh lawan pada PRK kali ini. Kalau nak jawab, kena ada fakta. Kalau tidak, orang akan kata Isa cuma beralasan.

Menarik tentang berkempen adalah, BN tidak berupaya mencari kesilapan calun, kerana itu BN akan belasah kepimpinan parti lawan. Ia merujuk kepada calun tertentu. Kalau calun itu datangnya dari PKR, maka Anwar lah jadi bahan belasah. Kalau calun dari PAS, maka TG Nik Aziz lah sasarannya.

Kita tengok BN nak hentam sapa di Bagan Pinang nanti.